Post by admin™ on Jul 28, 2016 6:41:03 GMT -5
Bila kau dirikan tembok bisu
aku mengerti itu jalan yang terbaik
untuk engkau dan kecintaanmu
Bila engkau mula melangkah pergi
aku fahami kerana besarnya
cinta mu untuk kecintaanmu
orang yagn sedang mencintai
akan sanggup melakukan apa saja
untuk kecintaannya.
sebagai orang luar yang pernah hadir
aku tidak akan membina tembok benci
apa lagi dendam
aku faham dan akur
siapa aku yang sebenarnya
di hatimu.
Gerak tingkah yang dibaca
langkah gaya dan perbuatan
melambangkan segala apa yang dimaksudkan oleh raga
lantaran itu aku fahami kehendak hati
pergilah aku selalu dan sering mendoakan
engkau berbahgia selamanya bersama orang yang
engkau cintai dan mencintai engkau
bukankah begitu yang seharusnya aku lakukan?
dan aku tidak akan pernah putus
mendoakan kebaikan dan keberkatan mu
hidup berdua dengan rukun.
orang asing seperti aku
akan tetap asing dalam dunia siapapun
petang semakin sepi cuma ditemani oleh teman
yang belajar untuk mengerit hatiku
katanya hati ku terlalu kering
barangkali benarlah itu
apabila kita sering melepaskan orang yang kita cintai
untuk mereka dicintai dan dihargai sewajarnya
aku telah berhenti untuk memberi mimpi
aku tidak marah
aku tidak dendam
tidak juga ingin melarikan diri walaupun
sebenarnya banyak yang ada dalam fikiran
untuk aku lari jauh jauh dari dilihat
kerana aku orang yang melukakan
sibujang yang memilih hidup terhina
ermmmm....
sering dalam diam ku aku berfikiran
saat engkau berbahgia dan menikmati lazatnya cinta
apakah pasti engkau benar mengatakan cinta??
ujudkah cinta itu sebenarnya
atau sekadar ungkapan waktu engkau memerlu bahu
untuk menangis...
la tahzan *jangan bersedih"
jangan bersedih ketika melihat orang yang kita sangat cintai
berbahgia dengan orang lain
jangan bersedih saat mendengar mereka rukun dan tenteram
menikmati hidup bercinta
jangan bersedih ketika merasa sendirian
jangan bersedih kerana pastilah kesedihan itu tidak akan memberi harap bahgia
teruslah melangkah jangan menoleh lagi
aku sering mendoakan engkau bahgia seperti mana orang lain
yang memilih jalan yang lurus
yang hidupnya tanpa was was
gembira dalam tawa
jangan secebis pun engkau mengenang apalagi menatap warna hatiku
sekali orang pergi berkali kali aku tidak akan memanggilnya lagi
kerana orang seperti aku faham
hakikat keinginan hidup insan.
jiwa mati seperti aku amat faham dan sangat faham
walaupun sering terluka itulah
kerana aku sendiri yang membenarkan ..
bukan salah sesiapapun.
sekali engkau melangkah ke jalan yang benar
jangan kau toleh lagi pada hinanya wajah rerentaku
aku nothing sejak dulu
sampai kini nothing...
nothingggg....
hurmmm.... pergilah dalam pelukan kasihsayang dan cinta
segala nya pasti yang terbaik untukmu
melangkah ...
jangan menoleh...
titik
titik
titik.