Sakit pastilah
perih wajarlah
terkejut itu tidak kerana aku tahu
cuma nyaliku terasa terobek paling sakit
saat ku baca sepotong dua ayatmu
"kali ini saja"
Sesunggunya luka yang kau tinggalkan
dan aku relakan ini amat dalam
kau tidak tahu bagaimana sakitnya aku melaluinya setiap hari
walaupun aku yang merelakan demi
untuk melihat dan membuat mu bahagia
Kadang pertanyaan "kenapa" itu berulang dalam fikiranku
tak berani aku memberi suara atau membuat tanya terus kepadamu
kerana aku tahu pastilah jawapan itu
akan tambah melukai hati ku yang memang sudah lama tersobek dengan luka
diam..
Diam menjadi temanku paling setia
Diam adalah jeritan paling berkuasa
begitu lama engkau mengambil masa untuk bersikap jujur
padahal aku telah kenal engkau sebegitu lama
aku faham dan apa keinginan mu
tapi aku diam..
kerana aku takut pertanyaan ku akan mengurismu
lantaran itu biar aku saja yang merasa sakitnya terluka
Katanya engkau bahagia sekarang
baguslah begitu
kerana Tuhan telah mengangkat setiap kali doaku untuk mu
yang aku miliki cuma diam dan doa
dan aku pun menjadi semakin tua
semakin larut dalam kehidupan yang malang
yang harus berkorban untuk semua orang
asalkan orang lain di permudahkan kehidupan mereka
Dan aku harus berterimakasih kepada Tuhan
kerana setiap ingin ku Tuhan sentiasa kalbukan
walaupun jarak waktunya memakan remuk hati
apa perlu lagi kata maaf
sedangkan sebelum engkau melakukan hal yang engkau inginkan
engkau sudah meminta maaf denganku
dan aku pun sentiasa memaafkan mu
kerana itulah aku
yang kau tidak pernah nampka ikhlasku dalam memberi mu setiap rasa
yang kau fikirkan aku cuma dengar kata kata orang
hati ku sendiri tersobek
dan aku pun tidak ingin bersedih kerana hidupku sudah cukup dengan semua kesedihan
diperlekehkan oleh orang
diambil kesempatan oleh orang
diperbodoh bodohkan oleh orang
di menjadi badut digossip orang
aku terima semua itu
kerana apa?
kerana ingin melihat semua orang berbahagia dengan pilihan mereka sendiri..
kau tidak perlu bersembunyi
jadilah dirimu sendiri beranilah seperti mana engkau sentiasa berani dalam apa pun tujuanmu