Post by LeeSeungPitt© on May 14, 2016 8:39:57 GMT -5
Just note from deeper my hurt heart.
Sukarnya melalui hari hari sepi. Belajar untuk menerima kehilangan bukan mudah walaupun hal yang sama berulang. Tapi bila kita seringkali bersama banyak tahun segalanya agar sukar untuk diterima seperti apa adanya. Rasanya aku lebih lama bersama engkau dari orang yang pernah aku cintai selama ini. Tak sedar tahun berganti tahun.
Sedar sedar engkau telah berada dalam pelukan orang lain. Untung bukan orang tu. Berjaya memiliki satu satu nya orang yang hinggap dengan lembut dihatiku. Walaupun aku tidak pernah kenal engkau secara benar. Sekadar di udara tapi ianya sangat melekat terlalu dalam.
Segala kesukaran yang pernah dilalui bersama, turun naik perhubungan telah dilalui. sukar untuk aku gambarkan akan kehilangan ini.
Dulu aku telah bersedia, walaupun pahit aku tetap akur. Kemudian hilang lagi kerana perselingkuhan tanpa sadarku. Orang orang yang pernah hadir dalam hidupku semuanya baik baik. Yang salah adalah aku sendiri tidak mampu untuk berterus terang.
Kini sepi dan sendiri. Sekadar melihat engkau ada , sihat dan bahgia itu sudah cukup padaku. Keperihan sendirian ku bukan salahmu. Tapi itu adalah pilihanku.
jangan menoleh kebelakang, kerana engkau tidak akan temui lagi bayang ku. Kadang aku ingin jauh jauh agar segala perih ini tidak membuat aku semakin terluka.
Setiap detik hanya engkau dalam ingatan. Sukar untuk aku usir walaupun dalam mimpiku. Padahal engkau tidak pernah salah kepadaku.
Aku gembira engkau bahgia. Kalau engkau berduka engkau carilah aku. Bahu ku sentiasa ada untuk engkau. tapi aku tidak akan mencari mu walau sesukar manapun hidupku. aku tidak ingin mengadu kepadamu akan kesukaran ku. cuma teman ku adalah tulisan tulisan gombal.
sekadar melepaskan rasa perih dihati. Bisuk akan tetap aku jalani lagi kehidupanku tanpa engkau. Begitulah setiap hari yang harus aku lalui.
Terimakasih kerana pernah hadir dan pernah memberi isi dalam hati ku . Terimakasih kerana membuatkan aku merasa hangatnya rasa itu sendiri.
senyum ku yang tulus dan merajuk ku yang panjang. Terimakasih kerana sanggup bertahan dengan sikap burukku. Apapun aku doakan engkau bahgia bersama keluarga barumu. Banyak anak anak dan disayangi suami seutuhnya.
Hidup ini bukan mudah belajar lah bertolak ansur dalam semua hal. Aku tetap sayangi engkau apa adanya sama seperti dulu. Tak beranjak apapun. Semua kenangan yang lain telah lama pergi. Mereka itu cuma dihadirkan seketika tanpa memberi harapan indah.
Maafkan aku kalau aku tetap merinduimu dalam diamku. Berbisik dengan diri sendiri dan membaca hati sendiri. Maafkan aku seringkali menatap mu dalam diamku agar rinduku berkurang. Maafkan aku kalau sesekali hadir dalam fikiranmu kerana saat itu barangkali kerana aku terlalu merindui engkau.
apapun ku harap engkau bahgia. dont look back yaaa........ baik baik sayang hidup dengan orang. Pandailah membawa diri agar disayangi dan dicintai seutuhnya.