Babey
Lepaskan aku seperti orang masa lalumu
hilangkan aku dari segala rasa perihmu
berikanlah cinta sayang dan rindumu
cuma kepada orang yang berhak atasmu
seperti mana yang kau cari
Babey
jangan kata kau tidak mencintainya
tak akan ada sebuah ikatan
tanpa kau balut dia dengan cinta dan sayang
rindu dan harapan
Babey
jangan kau ingat lagi gelandangan seperti aku
aku bukanlah cintamu
aku cumalah teman dan saudaramu
yang tetiba datang dan hilang dari sebuah kehidupanmu
Babey
engkau keliru bila mengatakan yang kau cinta padaku
kerana apabila cinta itu ada
banyak hal yang berbeda kita lakukan demi cinta
engkau tidak pernah mencintaiku
kerana aku yang sentiasa ada untukmu
bukan engkau yang ada untukku dan saling ada dalam tiada
Babey
aku tidak marah juga dendam
tapi terus melangkah dengan longlai
bahawa dalam tahun kebelakangan ini
aku ditipu oleh rasa cinta itu sendiri
bukan engkau
walaupun aku benar mencintai dan menyayangimu setulus hatiku...