admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 31, 2016 1:04:02 GMT -5
Mar 08, 2010
10am...
Selamat satu kehidupan manusia. Apabila jasad kaku mula terbaring didalam sejuk dingin tanah. Apa yang kita bawa? Dan aku pun sering tertanya apa yang akan aku bawa, barangkali dosa2x yang merimbun yang tak sempat ku tadahkan pada setiap hening malam meminta keampunan dan taubat.
Sahabatku, moga engkau berani disana, lalui apa yang seharusnya engkau lalai pada setiap kematian manusia. Yang diberikan akal dan pilihan. Tapi aku selalu salah memilih. Tapi itulah jalan hidupku.
Sahabatku.. hidup ini memang tidak pernah puas. Dunia ini bagi yang memiliki cukup segalanya akan tetap juga tidak cukup. Kerana kehendak manusia memang tidak pernah terbatas namun kemampuanlah yang membataskan segalanya apalagi kemampuan seperti ini.. dari yang hidup memisahkan kepada kematian.
Kami membesar bersama satu sekolah rendah dari darjah satu sampai darjah enam. Kemudian aku melanjutkan ke sekolah yang beraliran sosial.. semua bangsa ada, cina india, melayu. antarabangsa. Waktu itu sekolah ini adalah sekolah golongan elite. Standard grade yang diperlukan untuk masuk sekolah ini adalah 3 A ke atas.. pada waktu dahulu untuk mendapatkan A barangkali untuk anak2x kg agak sukar apalagi dari sekolah kebangsaan yang rata2x kaum melayu saja. Sekolah ini lebih kurang setaraf dengan sekolah sains Mara. Masa aku di LCE or SRP dulu.. standart kelulusan 100 peratus . tapi engkau dihantar ke sekolah agama. Disini ada dua sekolah agama yang terkenal. Untuk murid lelaki sekolah agama sultan zainal abidin dan untuk budak perempuan sekolah agama khursiah ke apa tah aku dah lupa. So pergaulan antara lelaki dan perempuan dipisahkan. Bagi sekolah aku pergaulan lelaki perempuan memang tiada batasan asalkan mempunyai kepintaran dan kuat bersukan.
So yang ingin aku ceritakan adalah bagaimana masalah perpisahan sekolah ini membuatkan satu jiwa terkorban dengan keinginan yang tidak pernah kenal puas. Tetapi sebenarnya ini adalah pilihan masing2x.
Apabila naik tingkatan 4 barulah mereka dipindahkan ke sekolah agama sultan zainal abidin (atas) dekat dengan rumahku. Disini barulah ada percampuran lelaki dan perempuan. Ada asrama. So apabila 3 tahun mereka tidak ada perhubungan antara gender mestilah banyak masalah yang timbul apabila disatukan kembali. Banyak kes khalwat yang terjadi dan aneka benda tetapi macam biasa menjadi cerita2x tersembunyi yang tidak disebarkan lewat koran. Ini adalah waktu itu peranan koran masih lagi tidak memfokuskan kepada masalah sosial atau masalah pinggiran.
so sahabat ku ini... mulai jatuh cinta dengan seorang gadis. mereka bercinta dari tingkat 4 sampai lah khatam sekolah barangkali. aku tidak ikuti perkembangan mereka yang ku dengar adalah cerita samar2x dari sahabatku sendiri waktu kami pernah jumpa makan2x di taman batu buruk. tapi perhubungan itu tidak kemana kerana gadis itu dikahwinkan dengan orang lain . Mereka pernah terlanjur bersama. Eh!! lumrah hidup. Tetapi dia tidak dapat melupakan gadis itu didalam hidup dia dari sejak itu dia mulai berusaha untuk teguhkan ekonomi dia supaya tidak lagi dipandang rendah oleh orang.
so dia berjaya menjadi orang, punya rupa dan segalanya. Tetapi tidak punya cinta. Bagi dia cinta dia hanyalah kepada gadis yang pertama itu. So mana2x perempuan yang datang itu adalah sebagai hiburan pelengkap kehidupan dunia lelaki yang tidak perlu dipertanggungjawab. Asal engkau setuju suka sama suka kita teruskan. Bayangkan orang yang ada pendidikan sekolah agama.. berbanding dengan aku orang yang sekolah sosial.
katanya hidupnya dengan perempuan tidak pernah puas. Dia pernah dapat aneka perempuan dari status dara, janda sampai wife orang. Tetapi tidak mampu menampung apa yang dia inginkan. Sebab itu dia tidak ingin berkahwin. Sampailah pada satu tahap ibu telah lelah untuk mendoakan kebaikan buat anaknya itu.
Itulah besarnya penangan cinta untuk seorang lelaki...sebenarnya banyak di otherside story untuk sahabatku ini.. sebagai pengajaran untuk diri yang pernah hidup... kita harus membataskan apa yang kemampuan kita tidak mampu terima.
Dia pernah ketawakan aku dulu, untuk apa sedihkan pada cinta yang pergi... padahal dia sendiri tidak mampu untuk melawannya. Dia cuma berdendam tapi tidak memiliki keluhuran cinta. Dia tidak melepaskan orang yang dia cintai dengan sejujur dan seikhlasnya. Dan yang menjadi mangsa dia adalah orang lain orang yang tidak bersalah. Give and take ditempat yang salah.
Manusia amat sukar untuk kita tandakan wajah mereka....sama seperti wajah sendiri.......
entahlah......... aku makin binggung dengan kehidupan!!!! sampai aku terlupa dengan teguran seseorang kepada aku di facebook... baru sekarang aku sedar diri... eh!! benarkah orang ini yang memberi ucapan salam pagi untukku? aaa Maha suci dan Maha Besar Allah.. segala puji pujian hanya bagi Allah.
Terimakasih Allah!!! syukran!!
the otherside story...
Tetiba pepagi ini aku rindu dengan arwah nenek aku. Rindu pada bau kuburan. So after cuci baju tanpa jemur off pc aku ke kuburan arwah nenekku. Sudah lama aku tidak bercerita dengan nenekku.
Aku rindu ingin berbaring disebelah arwah... mencium bau wangi bunga tanjung dari baju kurung kedahnya, melihat teduhnya warna mata arwah dengan rambut putih dan gigi yang putih. Aku terbayang2x wajah arwah.... yang sering menyikat rambutku dan minyakku rambutku. Aku rindu...... sangat2 rindu untuk berbaring disamping arwah... untuk menenangkan hatiku yang rawan... hati yang melata dan sengsara akibat perasaan sendiri.
Kuburan sepi dan sunyi... rumputan hidup dengan subur. Bunyi suara burung meriah diatas pokok jambu laut disebelah kuburan nenekku. Kuburan arwah step fatherku agak jauh dari arwah nenekku. Banyak daun2x kering bertasbih... dan aku ingin tetap tenang tanpa mengeluarkan bunyi tangisan sepi hatiku.
Cucumu sedang sengsara sekarang nenek.. sudah habis waktu bahgia yang dihantarkan seketika cuma. Tapi tetap ingin kuat dan teguh walaupun sudah roboh. Tunggulah aku nek... aku pun ingin sangat berbaring diam2x disampingmu..untuk melepaskan segala penat lelah hidup ini.
Kadang aku ingin berbaring didada laut.. kadang aku ingin terbang ke langit kadang aku ingin mengenggam awan...
tapi aku masih tetap disini berteluku pada tanda rasa yang tidak pernah pergi dari rasa sengsara.......
maafkan aku nenek...!!! aku tidak kuat dalam kehidupan ini aku cucumu yang manja dan lemah.
|
|
|
Post by sinna on Jul 13, 2016 14:14:10 GMT -5
Setiakah awak?? Pengalaman dari masa lalu itu mengajar bukan mengejar.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 13, 2016 14:15:20 GMT -5
setia k!!!! k!!! :|
|
|
|
Post by sinna on Jul 13, 2016 14:15:44 GMT -5
|
|
|
Post by sinna on Jul 13, 2016 14:16:56 GMT -5
Tahun bila rindu pada arwah nenek. Sedang kuburan nenek pun sudah terlupa mana letaknya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 13, 2016 14:17:31 GMT -5
arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
|
|
|
Post by nataliavulany on Aug 22, 2016 20:48:23 GMT -5
:| dendam dan cinta atau nafsu dan cinta? .
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Aug 22, 2016 22:44:53 GMT -5
move on boss with someone who realy needed you indeep :).
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 2, 2016 6:41:05 GMT -5
move on boss with someone who realy needed you indeep :). I will try. cuz thats better for love. Belajar menghidupkan diri dalam keseorangan. Today aku menutupi setiap ruang bicara bersama siapapun. Tidak melangut di cenel kcfm or trivia. cuma di kandang or sengkek ataupun gasak klondike. Itulah dunia ku kini. Ada yang datang tanpa komitmen kemudian pergi. Just untuk melihat aku masih bernafas barangkali. Untuk membuat hidup mereka tidak ada rasa bersalah. Barangkali atau kebarangkalian. Today terasa ingin makan. Barangkali kerana sudah hampir dua minggu makan ku terjaga. Dengan bubur tanpa padas kadang membosankan. So dua hari ini aku gasak apa saja. Tapi jus masih tetap aku minum. Bisuk kena ke pasar basah cari ulam raja dan apple hijau. Aku terpaksa amal kan minum jus itu untuk sebulan dua. Tapi sebenarnya aku harus jaga makan juga waktu makan. Usia makin meningkat bukan kerana aku takut pada kematian tapi aku tidak mahu hidup yang sejengkal ini akan menyusahkan orang lain. Ada krisis untuk menghantar bonda ke rumah. Bro ku diam diam di call oleh sisterku. So bonda pula beria ria mahu pulang dan sister ku pula beria ria mahu hantar. Ku suruh hantar ke rumah kaklong pun dia orang tak mahu. Cuma aku pertimbangkan long distance drive lately agak bahaya kalau malam malam. Kadang kita tidak memegang pada janji. Itulah aku lihat rata rata dengan orang. Memandang remeh dengan perkataan. bonda pun buat buat sibuk untuk apa entah pulang . Padahal rumha anaknya juga. Di rumah pun bukan ada orang. Tetapi juga dia sendirian dibawah. Barangkali entahlah. Kereta ku masih lagi abglong guna. Kerana Serena nya masih belum sembuh sakitnya. Barangkali makan masa dua minggu juga. Tapi dia mau reniew kereta yang satu lagi roadtaxnya. So barangkali bisuk lusa baru dia hantar keretaku. Aku tak apa apa sebenarnya. tapi bondalah. Aku pun tak tahu apa yang dia kejar dalam hidup ini. Duit??? macam tak akan pernah cukup . Barangkali kerana aku orang yang tidak mempunyai kehidupan tentulah tidak memandang kepada nilai wang. Entahlah. Biarlah. So... sendirian kadang memang perih apa taknya .. hampir 5 atau 6 tahun bersama sama menempuh aneka pengalaman akhirnya hubungan terputus saja. Demi kebahgiaan kan?? Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri. Walaupun aku sebenarnya tidak memerlukan jasad orang lain untuk hidup disebelahku. aku cuma ingin seseorang ada dalam waktu jaga dan sebelum lenaku. Temani aku seketika , di udara . aku tidak pernah meminta banyak dengan orang yang aku cintai sejak dulu. sejak aku kenal erti cinta erti kasihsayang erti rindu. Aku cuma memberi dan memberi. Dan cuba sebanyak mana ikhlaskan hati atas kehilangan dan kehilangan. Arghh entahlah.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 22, 2016 18:55:21 GMT -5
Apabila membuka mata tadi, hujan cuma renyai renyai. Aku ke tandas bawah untuk membuang. Tertengok buangan sendiri. Biasanya aku tak sempat mahu melihat. Tapi ada palitan darah. Hurmm "buasirkah?" atau akibat makan pedas?. Memang perut or usus aku sakit lately. Sebelah kanan. Kadang takut untuk membayangkan sebab dan akibat. tapi tak berani untuk aku berkongsi rasa sakit itu dengan sesiapa. Dulu ada ubat akar kayu yang abg Bukit Payung bagi pada aku. Tapi lama sudah. Aku takut menjadi racun pula kalau makan. Ada bungkusan tersebut aku letak dalam peti sejuk. Mahu xraykah perutku?. Kemudian aku keluarkan si bacak dari sangkarnya. Semalam memang aku letakkan dia dalam sangkar sebab dia suka tidur merata diruang belakang. Padahal dalam sangkarnya telah aku buatkan tempat yang bagus. Semalam aku biarkan dia di beranda tapi kalau hujan hujan aku takut dia kedinginan. Petang semalam dia membongkang dalam bilik ku setelah habis kaki ku dia kerjakan dengan mengigit. Kemudian tanya bonda mahu ke suraunya kah. Jawap pun hendak tak hendak. Ku tanyakan lagi pokus. Katanya tak payahlah hujan. so ku okies naik mandi. tapi perut ku sakit.. minum air putih. Engkau kalau sedang apakah itu? Hati sering merasa risau dan rindu tapi aku menjawab kata hati sendiri untuk tidak larut dalam pikiran yang simpang siur. Kalau engkau sakit pastilah ada yang akan membawamu ke rumah sakit, yang akan menjaga mu kalau flu, yang akan memberi mu perhatian untuk cepat sembuh. Yang akan merawatmu dengan penuh cinta dan kasihsayang. Kalau engkau kekurangan wang, pastilah ada yang akan memberikan kepadamu. Dia bekerja kuat untuk hari depan kamu berdua untuk membuat engkau berbahgia dan mendapat apa saja yang engkau inginkan dari kehidupan ini. Pastilah engkau tidak akan berkurang apa pun dalam hidupmu walaupun tanpa aku bahkan akan lebih baik engkau menguruskan hidupmu. Kalau engkau terluka cinta, pastilah ada yang akan memberi mu ubat melepaskan cinta. Pastilah engkau tidak akan teringat pada bekas sakit luka yang ku tinggalkan kerana aku tidak pernah engkau cintai mu. Kabur aku tentang kehidupan. Aku takut. tapi aku harus tetap melangkah. Mimpi semalam pun aneh aneh pula. Asyik pula pada keramaian orang. Padahal aku bukan suka pada keramaian. Apakah akan ada kematian?? akukah yang akan pergi nanti?? hdiup apapun harus lah diteruskan. Selamat pagi cinta. Aku mencintaimu dalam apa pun keadaan mu. Dan dalam apapun keadaanku. Walaupun mata terpejam cinta ku padamu akan tetap terang dan terjaga.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 22, 2016 21:15:52 GMT -5
Jumaat yang sangat sepi. Bonda dibawah dan aku diatas bersama si bacak. entah apa yang dimainkan oleh si bacak kadang buatkan aku panas. Nasib baik tidak jatuh modem ku dia mengigit wayar dan menarik dengan kuat. Perasaan masih lagi lemau dengan berpikiran tentang perutku seperti tidak boleh menangkat barang berat pula.
Kadang tak henti aku memikirkan akan engkau. apa yang sedang engkau lakukan ketika ini. Pastilah sibuk kan. Barangkali shopping sana sini dengan mentua dan suami. itulah untung nya ada family yang caring. Mesti meriah raya mu tahun ini. Apa lagi kalau ada anak anak. Pastilah hidup mu akan sentiasa bahgia dan sentosa. Itulah yang dicari oleh kebanyakan manusia.
Aku? aku orang yang tiada apa apa. hanya mendengar, melihat dan membayangkan dari jauh. Hujan turun lagi dengan lebat. Kadang aku ingin berlari deras dalam hujan dan menangis. Agar tidak ada orang yang nampak aku menangis.
Kesepian memang amat terasa sekali. Hp diam. tak ada apa yang hendak ku ajak bergaduh. Tak ada orang yang hendak aku menyakat. Semuanya aku sendirian.
words may lie, but actions will always tell the truth.
Entahlah... kau yang terindah dan selalu terindah dalam hidupku walaupun aku tidak dapat memilikimu.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 24, 2016 7:21:48 GMT -5
8.11 malam Berita kemalangan ngeri bas express. Beberapa hari ini memang banyak kemalangan yang melibatkan kematian. Pada aku bukan cuma ajal dan maut mereka dijalanan kecuaian itu juga puncanya. Kalau kita bad speed tak ikut aturan tak tau gaya asal hentam saja mementang kereta baru or happy untuk cuti melanggar aturan had limit di jalan or terlalu menjaga had limit pun susah juga. Pada aku pemandu itu sendiri yang bersalah bukan juga kerana ajal. Banyak kemalangan di highway , kalau hujan lagi mereka lari laju. Padahal mereka tahu kalau dalam kelajuan yang tinggi apa apa yang terjadi kepada kenderaan memang tidak mampu untuk mengelak or mengawal kecuali kamu pro dengan kenderaan. Ramai rakyat malaysia sebenarnya menjadi pembunuh di jalanraya. Membawa kenderaan berat dan besar pun mereka lari laju apa lagi kalau drive kereta kancil . Bukan hendak mengkondem mereka guna kancil tetapi kereta kancil kalau lari lebih dari 90km kalau apa apa terjadi memang tidak dapat diselamatkan. Kereta kecil dan bentuk kereta juga tidak menjamin keselamatan diri. Sebab itu kalau di oversea bila membuat pilihan membeli kenderaan mereka akan mengira banyak aspek selain dari ketahanan kenderaan juga tahan dalam bentuk 4 musim mereka. 14 nyawa melayang. kalau kita mengambil mudah memang lah alasannya ajal dan maut kan? dan meletakakn kesalahan akan kecuaian kita kepada Tuhan. Itulah sikap kita rata ratanya. Lena betul si bacak di bawah meja pcku. Kesian pula nak letak dia diluar. Dan habis kaki aku dikerjakannya dia bantai tidur. Tadi aku cuma dinner sandwich pagi tadi yang masih ada baki seketul. Kopi sejuk pagi tadi juga dan kemudian air putih. Tapi aku pun suka speeding di bandar sekarang. gasaj sajalah.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 25, 2016 7:10:56 GMT -5
7.49 malam
Mood macam ke laut hari ini. Sejak pagi tadi memang mood aku kurang baik dengan bonda. Tah kenapa rasa sangat bosan dan macam macam perasaan dalam hati. Kes dia marah si bacak ku biarkan dalam rumah. Aku dah masuk kereta pagi tadi nak hantar beliau. Dari belakang dengar omelan beliau pasal aku biarkan si bacak dalam rumah. Katanya rumah orang sembahyang kan. Najis.
Tak pernah aku dengar kucing itu najis. Memang lah kucing membuat dan memang habit dia orang membuang tapi kaki mereka tu mana lah melekat najis mereka. Apa kata kucing kucing yang ada didalam masjid? najis kah ? aku jadi panas hati. Aku keluar dari kereta ambil si bacak letak di belakang dapur. Memang aku pelajaran agama tidak banyak. Tak kan solat merata rata. Kan bilik? siapkan satu bilik untuk solat. Ini tidak di ruang tamu depan pun solat di bilik tempat naik turun tangga pun solat.
Aku jadi pilik dan tak puas hati. Kesian sama si bacak. Dan lah kaki tak ada kurang kurang dia boleh kawan dengan aku dibilik. kadang aku jadi pikiran jahat. Kita sangat taat dengan tuhan tapi kita tidak ada hubungan dengan insan lain selain dari manusia. Kita kedekut sana sini . Berkira dengan binatang. Kita hanya berbaik untuk ke syurga untuk diri kita sendiri kan?. Semua nya jadi gumpalan buat aku tidak selesa. Percakapannya aku tidak melayan. Malas sok betul semua dan ego. Kalau ego tidak bergantung dengan orang tu tak apalah. Tapi ego hati menyusahkan orang. aku sebenarnya jarang nak berkira dengan beliau. Sebab aku tahu beliau itu bonda aku. Bukan orang lain dan lagi beliau tua.
Tapi beliau jarang memikirkan perasaan aku sejak aku kecil lagi. Hurmmm.......
Today aku cuma makan ikan yang digoreng sama tepung enam ekor kemudian kopi panas segelas besar itu pun petang baru habis dan sedikit buang. Biasalah kan orang semacam aku. Malam ingat mau keluar bila aku turun bawah aku tengok beliau ada dibawah tidak ke masjid. so aku malas. Nanti bising. Setua aku ini pun tidak boleh keluar malam. kalau hidup di rumah beliau kena ikut rules beliau. Aku pula jenis telinga nipis. tidak suka orang bising. Kalau sister aku or bro aku mereka jenis tidak kisah. Mereka suka saja dengar ceramah bonda aku. Aku memang sejak kecil kalau mula saja bonda mau ceramah aku akan berkurang dalam bilik.
So minum air putih sajalah malam ini dan tidur awal. Rindu? Kalau aku tidak rindu untuk apa aku menjawab kan?? Entahlah malam ini memang mood aku merudum terus. Hidung aku berhingus pula dan tersumbat. Flu datang lagi.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 25, 2016 18:12:36 GMT -5
Awal pagi terjaga. Kemudian ke bilik air. On pc langut. Perut tak lapar pula. Lol sudah jam 7.08 am. today mesti hantar beliau tempat surau biasanya tapi sudah dua kali minggu lepas puan gurunya tidak mengajar. Katanya tidak sihat. Today kalau tidak mengajar juga pun mesti pergi, ku rasakan beliau itu bukannya pergi belajar tapi pergi tengk surau saja barangkali. Tak mengajar pun tetap mau masuk surau. Asal meninggalkan tanda ada saja alasannya. dua minggu lagi usia beliau sudah masuk 73 tahun. Entah apa lagi perangai anehnya.
Tetapi ada ingatan melintas. Ada ingatan yang memenatkan, ada ingatan yang membuat tersenyum. "sekali dalam hidup ku aku mencintai dan membuat aku terluka, ku lakukan semua untukmu setiap kali kau tanya dari jawapan hatiku tapi bila kau memilih untuk pergi tak kan aku sesali kerana cinta mu memang bukan untuk ku". bukan kan??
arghhh.......
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 25, 2016 22:44:36 GMT -5
Engkau adalah jantungku, hidupku, satu-satunya yang aku pikirkan. Baru sampai rumah dari jalanan jem giler. Bikin puyang. Menyempit asal nampak peluang. Kalau tidak mestilah belum sampai rumah lagi. Dari ambil bonda di suraunya dalam jam 10.10 hampir jam 12 baru sampai rumah bayangkan??. Berapa ratus km sudah tu kalau jalan biasa.
So simpan ikan yang bonda beli dalam aisbox. malas untuk aku bersihkan . Lagipun lauk beliau untuk hari ini ada lagi . Lauk dua hari lepas. Biar lah bukan bangas pun. Apa taknya cuma beliau saja seorang yang makan. Ada ayam madu yang aku bakar pagi tadi, tapi bonda mesti tak makan kut. Ada juga sup sayur yang aku bikin. So today tak ada hal untuk menu makan makan bonda petang nanti. Just tunggu jam 3+ untuk ambil beliau lagi dikedainya. Siapa cakap aku tidak bizian?
Ada rindu yang mengalir laju sangat laju menerobos hatiku. Laluan nya seperti air sungai yang mengalir dengan deras. Ada daerah yang sangat sukar untuk dilepaskan rasa. Arghh aku ingin berhenti!!!.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 27, 2016 8:37:40 GMT -5
Entah kenapa hari ini terasa sangat panjang. Satu lagi acc baru aku kena block sama fb. bikin panas saja. Barangkali panas hati sama aku terlalu banyak acc fb kut. puiiiii. Padahal acc sekadar untuk main games. Kadang warga fb ni pun bodoh dan bongak jugak. Macamlah benda benda dekat fb tu boleh dipercayai sangat. Baghal 100 peratus fb ni. Arghhh........ macam lah tak cukup acc lagi ku bikin acc baru.
So biar lah sama juga macam proboards Bangsal kamben aku yang kena blocked dengan probards. sama saja tuh. Rules yang tidak rules. macam dupang dupang juga mereka ini bikin kerjaan. mau maju maju lah janganhalang halang orang dijalanan.
macam mau tidur awal. Entahlah. macam rasa lama benar ditinggalkan. Hurmmm. aku masih dalam mood diet dari makan nasi. Bonda dibawah aku dibilik atas macam biasa. macam orang asing juga kami ini. Apapun yang terjadi adalah harus maju dan terus maju. ekekekeke apa apa tah.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 27, 2016 17:35:35 GMT -5
6,30am pagi benar. Sangat sejuk cuaca. Dengar kembali voicemail semalam. Sian. Kalau orang sudah tiduran siapa lagi mau pickup call kan. Aku rasa macam ada aku angkat tapi tersalah tekat memana. Kadang aku ingin membiarkan semua rasaku itu berlalu sebegitu saja tanpa perlu melangkah tujuh langit.
Kadang pula aku ingin ada rasa bosan supaya aku meninggalkan semua aktiviti ku di maya. Tapi rasa bosan itu malah semakin tidak ada. Mimpi ku aneh juga tadi. Entah macam mimpi pembunuhan macam novel. Mimpi adalah mainan tidur. Walaupun jarang punya mimpi apa lagi mimpi manis.
rindu kadang membuatkan aku mendiamkan diri. Ada pertanyaan gombal semalam kepadaku. Pertanyaan yang sama dan berulang. Aku jenis orang yang tidak tahu untuk menggunakan bahasa tolakan barangkali. Entahlah.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 27, 2016 19:19:25 GMT -5
8.16 am
kadang sukarnya untuk mengungkapkan bahasa hati sendiri. fikiran kenapa harus berputar kepada daerah yang terlarang. Padahal aku telah mencoba untuk menghindar dan membina tembok penghalang untuk perasaan ku melepasi daerah yang memangnya tidak mampu aku pergi.
kadang sukarnya untuk menjawab bahasa hati. Untuk apa? pertanyaan yang mudah tapi jawapannya tidak pernah ada dalam fikiran yang semakin merewak. Pernahkah tanda soal itu menjadi tanda jawap?.
kadang aku ingin bertanya apakah sebenarnya perasaanmu untuk orang seperti aku? perasaan apakah yang benar ujud dan bagaimana engkau mengimbanginya dalam duniamu yang benar?. mandilah...... tapi udara sejuk benar.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Dec 28, 2016 21:14:55 GMT -5
breakfast magie dan milo panas. today dirumah bonda ikut bro ku hantar si adam ke sekolah tahfiz. ada kazen tua ku datang tadi. Bekas cikgu . katanya kenapa tidak hantar ke sekolah biasa. Entahlah. padaku sekolah biasa or luar biasa terserah apa yang diinginkan oleh individu dan ibubapa nya. Sekolah pondok tak salah. yang salahnya adalah diri kita yang barangkali cepat terpengaruh.
kalau semua orang mengambil urusan dunia siapa yang akan uruskan akhirat?. rejeki itu ada dimana mana kalau kita berani dan tegar hati kan?. lepasan ijazah luar negeri pun belajar sekolah kerajaan pun kalau tiada kekuatan diri akan terjebak juga dengan anasir anasir negatif. so berdoa lah agar mereka dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. hurmm.
padas magie. ada rindu yang mengalir laju. ada sepi rasa yang tersirat. tapi keberanian makin mengurang. untuk apakah semua rasa rasa ini? anugerahkah ? atau untuk menghukum perjalananku sebagai seorang manusia? angin sepi menemani siangku, apa ada dengan semua rasa rasa ini?
tadi pagi awal aku mob dan vacum bilik. bersih bilik dari debuan. ada tanya yang ingin aku ukirkan pada kelopak hatimu tapi yang pasti aku tidak bertanda tanda. aku bukan siapa pun.
|
|
|
Post by AdamAdham© on Dec 29, 2016 23:57:07 GMT -5
12.42 pm Baru selesai mandi sabun lama lama. Cuaca redup dan ada renyai. Padahal aku baru siap cuci kereta kilat kilat. Hurm. Biasalah kalau limpas jalan kampung kereta memang akan extra kotor. Apa lagi kalau kebetulan ada bahan buangan lembu dijalanan. Walaupun mengelak pastilah terkena juga. Ada bekas becak becak selut akibat dari lopakan air hujan. Baru juga aku selesai potong rumput bahgian dapur panjang betul dan nampak semak. Membakar sampah kasi bersih walaupun bukan tanah area rumahku. Biarlah membersih itu satu sifat bagus walaupun bukan kawasan kita tetapi kejiranan. Jiran memang lah tidak menyuruh kerana dia tidak bikin rumahnya disitu cuma tanah yang dia warisi sahaja. Kemudian kasi makan burung liar dan burung dalam sangkar. Bersihkan air. Makanan burung pun sudah habis. Today mesti kedai tutup. Kesian burung burung. Bro ku memang cuai kalau lama lama memelihara binatang. Begitulah sifatnya selalu. Dan aku lah yang biasa jadi mangsa untuk menjaga. Tadi after hantar bonda dan kawannya ke surau nun dihujung kampung aku keluar mencari tempat breakfast. Dua minggu lalu ada aku makan rojak ayam disatu kedai tapi tidak sedap. So ada hari tu masa aku makan nasi dagang kak pah ada satu kawan tua yang ku jumpa cakap ada orang menjual nasi dagang baru di satu daerah perkampungan. Ramai orang makan sana dan que pun panjang. Makanan nya boleh tahan. Aku aku try cari pada hari rabu hari tu. Aku jumpa hampir dengan sekolah Jalan yang biasa aku limpas hantar bonda. Kampung Atas Tol? nasi dagang Kak Ros ekekekeee... Lucu cumel cumel juga pekerjanya. Tapi ramai gila orang que. Aku dibelakang hampir dua puluh orang. Itu que untuk makan. Dalam kedainya pun full. So bila turn ku , ku mintak nasi lebih. Erkkk macam best ku tengok. So tambah tiga ketul keropok goreng. Cari tempat. Ada satu tempat kosong tapi famili. So ku tumpang saja sana. Malas nak ku tumpang dekat orang lain kalau tempat yang ada orang tua pasti mereka akan bersigut. Airnya pun pelik pelik buah ombak rindu? Teh tarik ombak rindu? entah apa ada gelas nya gedabak gila. Malas nak ku snap kemudian update. Ramai ku tengok asik snap snap saja. Erkk....... memang ramai gila orang. sampai aku mintak air berkali kali sebab nasi ku sudah hampir habis. Tapi waktu mau membayar family tersebut bayar sekali untuk ku. Ku mahu kasi duit dia tidak mahu pula. So apa lagi say thanks sajalah kan? orang suda berbudi. Tapi segan pula aku. Tapi memang orang tidak mahu duit ku hari ini kut. Tadi masa aku hendak bayar awal awal , taukenya cakap makan dulu. Lol...... Pulang penat gila. Aku malas nak tapau untuk bonda. Nanti ada saja yang dia tak berkenan. So biarlah dia makan nasi dirumah. Lagipun nasi tidak luak semalam dia makan nasi beriani. Membazir nanti di makan ayam saja. Gemok gemok ayam jiranku . Penat. Tapi ada rindu yang mengalir lesu. Sedang apakah engkau saat dan tika ini? Adakah rindumu masih untuk ku atau bersimpang siur dijalanan?. Semalam ada kazenku texting tanya adakah aku turun KL untuk new year. Memang ada niat untuk turun KL for new year.. tapi macam berfikiran juga aku. Lama juga aku tidak merayap rayap di KotaRaya. Hurmm........ tengok keadaanlah kan?
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 1, 2017 23:23:24 GMT -5
After hantar bonda ke kedainya pulang. singgah carik lauk. ayam dada dua tongkoi dan ikan basung rm25. sayur erkk makanan burung. Arghh... tadi sarapan koewtiaw campur teh halia. Kemudian langut di kaki bukit sambil berangan angan . Macam manis betul angan angan. Apakah aku hanya ada angan angan? orang seperti aku mampukan untuk merealitikan angan . Mimpi pun tak berani apa lagi untuk mendakap kebenaran.
so pulang rumah bersih semua barang yang perlu dibersihkan. kasi makan si bacak dan burung liar. Masak lauk untuk bonda. tomyam ayam campur sayur. Perkara paling senang masak adalah rebus rebus. Kemudian siapkan ikan untuk digoreng. Beliau pulang nanti kalau rajin beliau goreng sendiri kalau mau makan. kalau malas beliau makan saja lauk tomyam sayur ayam itu. Biasanya tahap kemalasan bonda sangat tinggi.
duit dalam wallet memang cepat mengalir seperti air paip. Blender baju pun nampaknya kena ganti baru. Arghh.. arghhh.
So apa bikin. ?? rindu adakah masih ditempat yang sama pada tahun baru ini?? atau beralih arah??
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:32:06 GMT -5
:| dendam dan cinta atau nafsu dan cinta? . Hurmm.. Rindu dendam atau dendam rindu?
|
|