admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 30, 2016 21:32:11 GMT -5
2016 teda sudah edisi repair longkang bagaii.. tukar jawatan kepada mesin rumput tanah jenjirann kerjaan tanpa gaji. sehari potong rumput seminggu teydo terkedang .. demam dan sakit dada.. umang aiii manusia ke jin ni.. pelemah benar jasadnya.
jumaat hari tu mereka buat gotong royong kampung. Bro ku sekeluarga siap tiduran dirumah. Mestilah bondaku gembira apalagi mereka pepakat teydoran di luar berkaparan dekat dengan katil bonda. Cuma aku yang tetap dikamar. Kata bonda aku bukan anaknya... ya ya lah mangkali. anak jin!!!
so pepagi mereka gotong royong bersihkan area kawasan rumah sendiri lucu pula. Ada kematian rumah jiran akibat dari denggi. Kata pegawai kesihatan ada sebuah kampung tu ramai penduduknya kena demam denggi dan empat kematian. Itu bikin mereka ngeri saja. Tapi ku rasakan sekejab seja tu membersih mereka.
Aku potong pokok pisang yang belakang dapur ontah biarlah jiran ku marahpun dia tak tanam dekat rumahnya tapi berhampiran rumahku memanglah tanah kakaknya tapi kenapa nak sesepah kan ruang belakang rumahku?? eee hati manusia memang banyak dibuat dari batu bata sejaaa
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2016 14:01:23 GMT -5
Erkkk..............
|
|
Deleted
Deleted Member
Posts: 0
|
Post by Deleted on Jun 20, 2016 15:24:01 GMT -5
Errrrr
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 21, 2019 18:38:29 GMT -5
Errrr... Haa... then kadang ikan ikan yang biasa aneh.. itulah dunia kecil aku sebenarnya.. tapi aku bukan jenis orang yang memaksa orang aku jenis yang terima apa adanya .. tapi siapa lah yang akan faham? semalam potong rumput ruang belakang dapur dan tepi rumah. Padahal aku penat gila pulang work . Terfokus pula memotong rumput tapi tak sempat aku kemas betul betul sebab badan aku sudah penat gila. Padahal bagus juga rerumput yg aku potong itu aku masukkan ke dalam sangkar burung. Makin ramai pula burung merpati bro ku. Semalam semasa aku memberi mereka makan, ada yang ingin keluar padahal aku pernah open or terlupa tutup pintu mereka tak ada pula nak keluar. Ada tiga empat ekor terkedek kedek keluar. Sempat aku sepak sekor dua suruh masuk balik dalam sangkar. Bermain dengan burung burung, tapi bukan dengan burung sendiri sekadar burung burung liar. Bermain dengan kucing kucing. si bacak pun menjadi kucing liar sudah jarang tinggal dalam rumah. Sibuk mencari betina entah lah betina mana yang dia suka, macam seekor saja betina yang ada di tepi rumah. Berebutan jantan jantan keparat mahu cucuk betina tersebut. Macam biasa sikap gender tersebut kalau dikejar kejar jantan mestilah ada sedikit aneh perangainya.. hahahaha aku tergelak bila si Ekk Ekk nama kucing betina yang aku berikan nya.. marah dah halau si bacak. Mementanglah si bacak itu kaki tak ada... hahahahahahaha.... tapi aku rasa si Ekk ekk itu adalah emak si bacak sama si kecik.. aneh kan dunia binatang mak anak cucu cicit sedara mara mereka main gasak sajaaa asal nak cucuk!!! tapi kita ini manusia harus fikir baik buruk dan masalah yang akan timbul dalam komuniti kita bukan cuma ikut perasaan kita saja. Zazzzzzzzzzzzzzzz dunia manusia dan binatang sudah hampir sama sekarang.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 25, 2019 19:06:59 GMT -5
Opssss................ apa citer ni admin ahazzz
potong rumputlah daa panjang gila depan rumah tu.. macam malas betul dulu suami si kazen aku yang selalu potong tapi sejak dia pindah dah makin meninggi rumput depan rumah.. nanti raya mesti orang segan nak letak kereta..
masa aku pula lately sangat lah fix dengan work!! lagian tidurku adalah part yang paling best..
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:06:40 GMT -5
Oooooooooooooooooo.. admin kelupaan rupanya bila nak potong rumput lagi admin ? sini tak banyak benda kena delete tak ada gambar gambar cuma dengan perasaan hati admin yang lunta lunta huhuhu
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 25, 2020 7:24:39 GMT -5
Masi malas mau potong rumput. Bio lah kan. Lagipun cantik seja rumput panjang panjang. Duh jiwa lemas lately kesibukan memikirkan hal hal yang tak penting.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 19, 2021 21:49:06 GMT -5
Dari semalam nak potong rumput tapi masih tak potong potong lagi. Dua hari lepas mesin rumput meragam. Aku start dia hidup then bila aku angkat dia mampus. So malas nak ambil tahu aku simpan balik. Kelmarin aku dah beli plug baru dan kazen aku dah godek godek sikit katanya ada air dalam minyak. Erkk.. bila masa aku campur air dengan minyak pula yaaa..
Jiran dua tiga rumah tu memang aneh. Sebenarnya tanah belakang rumah tu tanah ipar dia. Tapi dia yang kadang kadang melebih. Kalau dia cangkul cangkul rumput dia akan buang rumput rumput di jalanan. Maksud aku tempat kereta limpas. Nak membersih jalan kah atau nak bagi orang tak limpas? Aku selalu nak fikir positif malas nak fikir negatif pasal orang sebenarnya. Manusia ini bergantung kepada hati eh? bukan pada wajah or kulit luaran mereka. Kadang kalau aku rajin aku sapu semua sampah or rumput rumput batu batu yang dia buang dijalanan. Aku bakar or aku kemas kemas batuan di tepian agar tak kena tayar kereta orang or sukar untuk orang jalan jalan . Lagipun itu memang tanah persendirian tapi kalau kita memberi orang limpas apa salahnya kan? pahala dapat ibadah pun dapat. Tapi itulah hakikat manusia. Tak semua nya sama dan sependapat dengan kita. Berbalik ke pada rumput rumput yang dia buang dijalanan aku malas nak sapu , lagi pun hujan sejak semalam udara sejuk.
Sejak hari raya aku belum lagi pergi work. Jaga bonda aku pun tak faham nak buat macam mana dengan bonda. Kata nya lenguh seluruh tubuh dia, aku dah urut dan picit picit tapi masih tak berkesan. Dia suka si sebelah yang urut dia katanya pandai mengurut aku tak pandai lol........ aku memang bukan tukang urut. Tapi lalui saja lah.
Pepagi sudah bersih seluruh rumah, cuci depan tapi aku malas lagi nak mob ruang atas. Dan blender baju bonda dah jemur juga. So belum sarapan lagi aku ingat nak sarapan sekalian dengan lunch. Tengok rumput panjang macam tergoda nak memotong rumput. LOL!!!!
Foxy Bear apa khabar? bagaimana dengan doremon? apa khabar.. sudah beranak pinak kah di musim convid ini? hahahah semoga bahagia lah yaaa.. tapi jangan menipu orang lain untuk rasa senangkan diri sendiri tak berbaloi tahu? Tuhan marah jangan buat tuhan marah dengan kita, hidup kita tak akan berkat tau kalau tak ada berkat tuhan apa lagi yang kita dapat dalam dunia ini? Atau kita merasa apa yang kita buat itu telah betul? tak mengapalah setiap orang mempunyai jalan fikiran yang aneh aneh. Semalam berbahgia.
Free insan insan yang terluka atau yang teraniaya.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Jan 9, 2022 8:35:53 GMT -5
Rumput semakin tinggi dan bersemak. Hujan dan udara dingin membuatkan rumputan cepat membiak sama cepatnya membiak anak anak kucing ku. Entah berapa ekor diluar rumah. Harus memotong rumput agar tidak menyemakkan mata memandang dan membiak nyamuk. Tapi udara kerajinan semakin memudar bersama keinginan.
Yang tinggal cuma kemalasan meraja dalam jiwa. Sepi.. hati ini sangat sepi sekali. Aku tidak tahu harus bertanda kemana? Tak punya teman bicara itu pilihan aku sendiri, kehilangan teman teman dekat itu juga pilihan aku sendiri, apakah aku fobia dengan kawan kawan? Entahlah. Aku takut membuat mereka kecewa dengan orang seperti aku yang tidak acuh dengan kehadiran mereka.
Hidup ini amat kosong sekali rasanya...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 1, 2023 5:17:46 GMT -5
Baiki mesin rumput hari ini. Dah lama rosak tapi tak berkesempatan untuk dibaiki tukang baiki nya sibuk benar. Rumput tempat dekat bonda duduk dah tinggi. Apa lagi sekarang ini musim hujan dan dingin. Rumput akan cepat bercambah. Anak jiran sebelah bagi aku pinjam mesin rumputnya tapi aku sebenarnya segan nak meminjam tapi dia bersungguh sungguh suruh aku pinjam , aku pinjamlah sekali dengan minyak. Lama tak mesin rumput, terasa seperti nak patah sebelah tangan aku. Bersih dan segar. Tapi aku tak full mesinkan rumput ada area belakang yang malas aku nak mesinkan lagi pun hujan mula turun lagi. Yang penting area tempat bonda dah bersih. Kalau rumput panjang mesti banyak nyamuk yang akan bersarang kasihan dengan bonda. Then mesin rumput aku pun siap dibaiki kopak rm65. Aduyaiiii aku tak tahu dekat mana benda turun harga. Barangkali barang yang turun itu cuma barang Menteri Kewangan. , ayam mahal jangan makan ayam, restoran mahal jangan makan direstoran senang betul buat aturan. So kalau hidup mahal jangan hidup.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 28, 2023 9:06:45 GMT -5
Diliputi rasa malas untuk memotong rumput depan rumah. Asyik aku jer yang potong lagi pun bukan tanah aku. Bonda dah duduk kat ruang belakang so aku cuma bersihkan di area tempat bonda duduk. Lagi pun macam tak dihargai apa yang kita lakukan untuk semua orang. Masing masing selfish.
|
|