admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 1, 2016 1:33:06 GMT -5
Lucu kan di malaysia. Patutlah orang yg korupsi berbilion bilion dipertahankan oleh KPN dan macai macai otodork. Inilah malaysia kamu tapi bukan malaysia ku. So shy to be malaysian!!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 1, 2016 1:37:44 GMT -5
satu kes yang sedang berjalan adalah orang yang membunuh perompak akan menghadapi hukuman mati oleh mahkamah. Bagus betul barangkali olahan peguam arwah si perompak ini sanggup putar belit keadaan untuk membolehkan orang yg merompak dipertahankan.
sudah gila agaknya kebanyakan para manusia dimalaysia ini. Ada satu menteri suruh rakyat buat dua tiga kerja siap suruh buat niaga online. Lucu juga makhluk makhluk bodoh ini timbul dari pada pak najis yang menjadi PM ramai betul menteri menteri bodoh yang lahir dari dia. Tak respect langsung aku dengan malaysia sekarang ini.
Dan lah rasuah banyak perompak pulak dipertahankan apalagi pengiat rasuah. Ramai jugak orang awam yang pertahankan boss mereka yang kaki rasuah padahal salah .
Itu belum lagi hal zakat. haram zakat diberikan bukan melalui kerajaan tapi kerajaan adakah memberi zakat kepada orang yang betul betul memerlukan atau pun memperuntukkan wang zakat orang ramai untuk buat meeting di paris or rombongan sambil melihat dengan wang zakat dan gaji orang yang dibawah badan zakat dengan gaji yang melampaui batas.
tapi siapakah yang akan mempertahankan rakyat marhain kalau rakyat sendiri membiarkan diri mereka dibodohkan oleh orang yang mereka lantik.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 1, 2016 1:56:43 GMT -5
UncategorizedKITA TAK BOLEH BUNUH ORANG YANG MEROMPAK KITA – KETUA POLIS NEGARA 13 Hours Ago No Comments FACEBOOK PREV ARTICLE Kita Tak Boleh Bunuh Orang Yang Merompak Kita - Ketua Polis Negara.jpg
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian.
Khalid berkata demikian bagi mengulas siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika cuba mempertahankan dirinya di Terengganu.
Pertuduhan itu mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.
Khalid juga mempertikaikan peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.
“Jika seseorang merompak kita, itu tidak bermakna kita boleh membunuhnya.
“Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).
“Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?
“Disinilah Majlis Peguam memainkan peranan dalam mendidik orang ramai,” katanya di Bukit Aman pada Khamis.
Khalid berkata hak untuk mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.
Baru-baru ini, netizen marah apabila berita mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkifli yang didakwa bakal menghadapi hukuman gantung sampai mati selepas menikam seorang perompak yang memecah masuk ke dalam rumahnya di Kerteh, Terengganu, tersebar di media sosial.
Menurut laporan itu, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan senjata berbahaya atau cara lain.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 1, 2016 2:09:58 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 5, 2019 11:14:18 GMT -5
Berita terbaru laa bossku......... kes kehilangan kucing kes orang mati termakan nasik kes orang pecah amanah pecah rumah banyak tu update plssss..............
|
|