admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 12, 2015 22:01:13 GMT -5
BENTONG: Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak kini ditutup semula bagi kerja-kerja pembersihan, susulan kejadian banjir lumpur di Km52.4 lebuhraya berkenaan.
Beberapa jentolak pemegang konsesi, Anih Berhad telah memulakan kerja-kerja pembersihan sejak pukul 9.30 pagi tadi.
Kenderaan yang kini berada di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) boleh melakukan pusingan-U untuk berpatah semula ke lokasi asal.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 12, 2015 22:02:34 GMT -5
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dinasihat menggunakan laluan alternatif ke destinasi masing-masing, berikutan kejadian tanah runtuh di Km52.4 lebuh raya itu, pada 7.18 malam tadi.
Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan berkata pengguna dari arah Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur, dinasihat keluar di Plaza Tol Karak dan mengambil laluan Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.
“Mereka juga boleh melalui laluan Bentong-Karak-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu, yang dipaparkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menerusi akaun Twitternya.
Bagi pengguna yang terlepas Plaza Tol Karak, mereka dinasihat membuat pusingan ‘U’ sebelum Plaza Tol Bentong dan mengambil laluan Karak-Pelangai-Bahau-Seremban-Kuala Lumpur.
Sementara bagi pengguna dari Kuala Lumpur dan berada di sekitar hentian rehat Lentang untuk ke Pantai Timur, mereka boleh membuat pusingan ‘U’ ke Kuala Lumpur dan mengambil laluan Seremban-Bahau-Pelangai-Karak.
Kenyataan itu turut menyebut kerja-kerja pembersihan lebuh raya itu dijangka dapat diselesaikan seawal 10 pagi ini.
Untuk maklumat terperinci mengenai jalan alternatif, pengguna dinasihat menghubungi Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kerja Raya di talian 03-26107727, yang beroperasi 24 jam atau boleh merujuk laman web bencanaalam.jkr.gov.my. — Bernama
|
|