Post by admin™ on Sept 16, 2015 0:19:41 GMT -5
SUBANG JAYA - Polis hari ini mengklasifikasikan kes kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais sebagai selesai selepas penemuan mayatnya pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh, motif pembunuhan Morais itu ada kaitan dengan satu kes mahkamah di Shah Alam membabitkan seorang pegawai perubatan tentera berusia 52 tahun dan suspek utama itu sudah ditahan semalam.
Pada sidang media tadi, Mohmad memberitahu, polis sudah menahan tujuh individu yang ada kaitan dalam kes pembunuhan Morais, berusia antara 22 hingga 52 tahun.
Polis juga akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lima orang yang dianggap suspek utama manakala dua lagi iaitu wanita dan kanak-kanak, bukan saksi utama.
Menurutnya lagi, polis tidak tolak kemungkinan terdapat unsur dendam dalam kes pembunuhan Morais.
Tedahulu, polis mengesahkan mayat yang ditemui terikat di dalam guni dan bersimen di kawasan terbiar Jalan Subang 3, di sini, pagi tadi adalah mayat Morais.
Konkrit yang menempatkan mayat itu sudah dipecahkan dan mayat mangsa sudah dikenal pasti.
Pada 4 September lalu, Morais dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
Nota kaki
mesti ada yang menjadi kambing hitam arnab merah kepada kes kematian ini. Seberapa ramai penjawat awam yang telah meninggal hanya kerana menyiasat kes dalam kerajaan. Kes di hong kong, banyak kes terdiam sebegitu saja tanpa jawapan dan yang pastilah ada yang mengetahui hal sebenarnya. Mata sekarang dapat ditutup tapi bukan mata akan datang. Bertanggungjawablah hai manusia.