admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 5, 2015 8:14:48 GMT -5
Magie telor heyma ekekekekeke
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 5, 2015 8:16:45 GMT -5
mee meriah daun bawang... Korea magie ... arghhhhhh ku punya
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 5, 2015 21:32:58 GMT -5
today menu.... magie guren dua bijik telo tapi tersilapp letak semua rempah masinnn arghhhhhhhhhhhh
|
|
Deleted
Deleted Member
Posts: 0
|
Post by Deleted on Sept 6, 2015 10:29:59 GMT -5
Eeeeeee tolo toloo aigoooo
|
|
|
Post by AdamAdham© on Sept 29, 2015 4:22:19 GMT -5
tahun bila nya menu tah lah..........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 8, 2015 22:22:24 GMT -5
sarapan aku pagi ini. ini pun dibuat apabila perut terlalu lapar. Kopi agak terlebih manis. Makan di kamar saja. Bonda dibawah hari ini tidak kemana mana beliau. Biasa hari jumaat dia pergi ke surau di Rawai di Kg Limau Nipis area Bukit Payung rasanya. Tapi today tidak mahu dia, dirumah saja sambil betulkan telekung. Entah aku tidak tanya apa yang dia sarapan tadi cuma ada ku tgk dia makan pulut kuning barangkali dari masjid semalam. Bila makan mee segera kadang aku teringat ada orang boleh gasak mee segera dengan nasi. Kawan ku paling suka dulu dan juga te amor ku. Tapi aku masih tetap tak pandai makan macam tu. Kalau mee tetaplah mee segera saja. Tidak pandai aku gaduk gadus dengan nasi. Katanya itu untuk kenyang. Ya berapa ramai orang makan hanya untuk kenyang? Aku dari kecil seingat aku, bonda sering saja asingkan makanan aku dari orang lain after arwah nenek aku meninggal. Biasanya mee aku kosong, tanpa sayur tanpa ayam. Aku tidak makan sayur dan makan ayam dulu. Ikan ku cuma ikan kecil di goreng dan menu utama nasik ku mestilah kicap dan cili padi. Itu saja cukup untuk aku. Bila dewasa kadang aku suka mencari makanan yang enak tapi tetap juga aku tidak pandai makan makanan yang pelik2x. Kadang selalu juga bro ku belanja makan steak or lelain menu tetapi biasa ku mintak tetap saja mee hoon sup padas sama teh O panas or air putih panas. Itu saja . Orang seperti aku jarang berubah bukan? jarang mahu menyesuaikan diri dengan hal hal yang baru. Kata temanku "aku makhluk yang sudah mahu pupus" .. ya lah mana ada orang semacama ku sekarang ini. Orang lain hari minggu keluar sana sini karaoke, jumpa teman tengok wayang, macam macam buat bersosial tapi aku masih tetap dikamar seperti mana aku kecil dulu. Kalau waktu kecil dulu aku suka membaca buku dan semenjak aku pandai dan kenal huruf bukulah temanku yang paling dekat. Apa saja jenis buku pengembaraan akan aku baca sampai lahap ulang ulang sampai hapal jalan ceritanya dan aku suka membeli buku buku yang aku suka. Biasanya wang saku yang ku dapat ku habiskan dengan membeli buku juga majalah. Itu yang bonda selalu marah padaku. Majalah Gila gila, batu api penuh satu almari. Tapi bila aku hilang lari .. semua barang barang kesayangan ku juga ikut hilang diselongkar orang. so sad kan? Sekarang aku pandai makan sayur apa lagi ayam. Ayam yang aku makan cuma dada ayam tanpa kulit fresh isinya ikan paling besar ikan kayu atau ikan tongkol itupun simple masak , just rebus or kukus kicap sepastinya lah kicap kipas udang. Kata bonda kicap kipas udang orang kaya kaya saja makan sekarang sebab mahal gila. Sebotol kecil mahu suda harga rm6. Tapi itulah yang aku suka. Pernah juga aku merantau jauh di tempat orang, aku masih tetap tak pandai menyesuaikan diri pasal makan. kesian ada bapa orang terpaksa mengayuh basikal berkm untuk keluar ke kedai mencari telor , kicap sebab aku tidak makan ikan darat atau ikan pendang. Aku tiada pandai makan durian dengan pulut dengan santan mentah. Aku tiada pandai makan sagu yang dimasak .. aku tiada pandai makan umai, belangkas.. tapi aku tetap disayangi oleh setengah orang tua? kenapakah? Barangkali kerana wajah aku penyedih. ... benar aku rindukan seseorang saat ini. Tapi haruslah aku kuat untuk melangkah dan pergi. Cuma dikandang saja tempatku.. kalau ada yang datang dan membaca aku sendiri pun tidak tahu apa yang mereka cari dengan apa yang aku postkan di thread. kadang entry nya entah apa apa saja........ sesuka ginjalku!!! happy friday happy lovely day happy grow relation wif sOmeOne else who can bring you so much happiness....... i proud to be yours yesterday but today.. im sad nop cuz im not "yours" anymOre.. im sad cuz im so alOne so lOnely,... but what can i do? der road so long...... wenn ich tot bin??? wennn?? arghhhhhhhhh....
|
|
Deleted
Deleted Member
Posts: 0
|
Post by Deleted on Oct 17, 2015 14:13:35 GMT -5
Woww te amor....
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 17, 2015 21:14:42 GMT -5
:|
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 11, 2016 19:14:35 GMT -5
Buka entries ini sambil mengemas katil. Today open jendela kamar dan open langsir. Sejak area sini diserang wabak denggi ingin membuka jendela kamar pun agak ngeri. Bukan takut pada penyakit or sakit or nyamuk tapi tidak mahu menyukarkan orang lain akan sakit kita. So berjaga jaga itu aalah lebih baik bukan? tapi aku pun terkena demam juga. cuma mengubat diri sendiri.
Hurmm today berpikiran mahu puasa lagi kah atau tidak. Sebenarnya amat sukar untuk aku menjadi seorang muslim yang baik. Aku pun tidak tahu. Semalam aku puasa senin temani bonda selain ganti puasa puasa yang duluan ataupun sunat bulan rejab. Bonda rajin berpuasa sejak dulu. Dulu dulu pun aku rajin juga puasa sunat. Tapi sekarang bila semakin tua atau fikiran aku entahlah. Sukar untuk aku describe kan diri sendiri lately. Yang pasti dan sangat pasti aku bukanlah muslim yang baik.
So semalam berpuasa penat menunggu waktu berbuka. Kadang aku rasa aku seperti budak kecil yang baru belajar berpuasa. Seringkali sejak duluan aku sebegitu.
Paling pusing aku mencari menu untuk bonda. Padahal kalau aku, simple saja. Masih ada lagi sisa ikan kayu yang bro aku bagi hari sabtu lepas. Dia mula kerajinan ke laut. Pagi semalam pun bonda ada belikan sotong kecil di tempat dia belajar. Sudah aku bersihkan tapi aku tidak tahu menu apa mau dimasak. Bonda sangat malas masuk dapur sudah banyak tahun.
So petang sebelum aku mengambil beliau aku masak singgam ikan kayu letak timun batang dan singgam sotong letak serai. Arghhhhhhhhhhhhhh cuma itu yang ku tahu.
Bonda kadang ku lihat semakin tua. Dan aku pun semakin tua. Tapi jiwa bonda penuh dengan hal hal agamanya cuma jiwa aku masih tetap seperti duluan penuh dengan games games. Dunia games ku tidak pernah mahu lari sejak aku kenal games. Hidup ini juga sebuah permainankah untuk orang seperti aku????
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 18, 2016 22:37:51 GMT -5
Today menu brunch ft dinner. ramen wif prawn. Banyak gila udangnya hampir 20 ekor. kalau dekat kedai sekor dua itu pun dengan kulit. Ini siap ku bongkar kulit. Tapi yang pasti belum abis lagi ku gasak masa post thread ni. Tadi semasa hantar bonda beliau cakap lapar dan sakit perut. Padahal ada juga telur telur dalam aisbox tapi kalau dah dasar malas masak begitulah jadi nya. Apalagi banyak songel tentang makanan kedai. Aku jenis makan apa adanya. So katanya tak jadi puasa. Tak tahan apa entah. So dia tanya aku kat mana biasa ipar aku beli nasi kerabu yang best. Ku cakap on the way pergi kedainya saja. so sampai tempatnya ku berhenti. Dia bagi rm10 suruh beli untuk ku satu. Ku cakap tak naklah. Aku sebenarnya jarang ambil duit beliau untuk makan ku. Kecuali untuk umum ramai aku makanlah. So ku belikan beliau sebungkus nasi kerabu letak semua jenis yang ada, ayam bakar, daging bakar , hati ayam masak apa tah sambal ke apa. Itu pun rm 6. So ada hatiyang yg sudah dimasak diletak dalam plastik siap dibungkus. Ku tanya adik tu berapa harganya dia cakap rm2 sahaja. So aku ambil satu. Nanti petang cuma masak nasi dan panaskan hati ayam yg sudah dimasak sambal ni. Lagipun beliau tu bukan makan banyak. Nak suruh aku masak macam dia makan sorang. Aku manalah pandai. Dan dan membazir abis macam siapa "syaitan" so kalau hari hari menrungut seperti itu lama lama aku pun akan jadi manusia yang bertanduk lah. Sebenarnya beliau baik. Cuma kadang aku rasa cara dididkan beliau masa kecil. Aku pun bukan ada orang mendidik sangat kan? Tapi aku jarang hendak menggunakan bahasa yang boleh menyinggungkan hati orang apa lagi hati orang yang kita sayang kan? aku tak faham kadang kadang sifat manusia. So apapun beliau tetap bondaku. Hurmm tahan salahlah pitt tak lama juga umur ku ni. Abis abis setahun dua lagi masuk kuburanlah ku. Dan lama sangat menderita kan? so apa nak ku tulis lagi?? entahlah.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 18, 2016 22:41:25 GMT -5
ini semalam punya menu. hahahah hari hari gasak ramen saja. Tapi itulah perutku boleh terima. Semalam perutku sakit sampai dini pagi. Nasib baik ditemani oleh si aniss. Tak apalah berhabiskan untuk calling ku kan? lagi pun engkau disana pun tiada siapa siapa lagi. Dan aku pun tiada siapa siapa lagi. Saling isi mengisi perasaan sunyi. Aku suka saja mendengar engkay bercerita tentang hidup mu yang jauh nun di negara mu. Sudah jadi negaramu kan sekarang? kadang nasihat mu payah untuk ku pakai niss. Kau kenal aku lama sudah kan. Sejak aku bocah , sejak engkau masih bertocang dua dan selalu ku tarik sampai kau menangis. kadang aku tidak tahu dimana letaknya hatiku kalau sering kejam denganmu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 18, 2016 22:47:08 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 18, 2016 22:52:09 GMT -5
ni wifi urg punya menu. Errrrrrrrrr kusung. errrr tapi sayang gila aku sama urg nie..........sob sob sobbbbbbbbbbbb helpppppppppp
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 5, 2016 20:47:34 GMT -5
Today tiada kemana mana. Pepagi tadi terjaga lebih kurang jam 4am + entah kenapa ingatan berteluku saja disana. Mimpi digigit ular. Arghh macam ditempat asing bukan dirumah. Mimpi aneh dan bersimpang siur tetapi tidak membuatkan aku berpeluh. Barangkali cuma mainan tidur. Kemudian meneruskan tidur di dingin dini pagi. Masih ada sisa hujan semalam. Terbongkang awal sakit perut entah kenapa. Gasak sajalah. Pepagi bangun turun bawah tengok bonda terlelap di sofanya. Dirumah saja dia lately. Aku bukannya malas nak cakap sama abglong suruh hantar kereta. Tapi sengaja aku biarkan kereta di rumah abglong agar bonda boleh berehat dirumah. Tapi pada keadaannya tidak juga dia berehat. Songgahan sana sini saja kemudian terlelap disofanya dengan tv yang terpasang. Apakah bonda tidak bosan? entahlah. Anak cucu sudah membesar dan jarang mahu ke rumah. So after kemaskan sangkar si ahcatt, aku baiki sangkar burung yang terkopak akibat angin kuat. Bersihkan kawasan yang ada sampah sarap. Bonda memang kadang suka buang merata padahal telah aku sediakan tempat buang sampah yang besar gedabak. Masih juga suka buang merata tisu or apa apa plastik yang telah dipakainya. Macam terasa sesak nafas pula. Padahal semalam di check semua okies. Kali penghadaman kurang bagus macam terlekat sosej di usus atas dekat dengan area jantung. Eeeeeeeee makin pelik pula ku rasakan usus ususku berkerja. Kali suda tua mereka pun penat. So today sarapan western. sosej telor dadar fries dan kopi panas tapi telah sejuk akibat lambat diminum.Ku rasa aku banyak angin kut dalam perut. Penyakit angin apa eh?? lupa sudah ku. Kena cari obat kentut lah. Semalam cuba tertonggeng macam disuruh kecintaanku tapi macam pelik pula gayanya . Ada juga terkentut dua tiga kali tapi penat. Kemudian aku tukar fosisi di katil dengan tangan dibawah tapi badan diatas katil . Lucu pula posisi sebegini untuk suruh kentut . Iskk........... pelik benor petua nya. Macam tak habis pula sarapan ku. Iskk......... Apakhabar mu disana? sedang apakah engkau? kadang aku sering ingin tahu dan bertanya tapi orang seperti aku banyak mendiamkan rasa walau sebanyak mana ingin tahu itu tergumpal dalam raga. Miss everything about you..........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 30, 2017 5:53:49 GMT -5
menu berbuka today.....
1. telo dadar 4 biji.. kecah2x telo letak bawang hirisan banyak banyak lada padi hirisan sedikit garam dan sesedap rasa tabur lada hitam kemudian goreng.
2. nasi panas panas
3. ulam bendi mentah ada acar timun masak semalam ada juga ikan tongkoi stim semalam dan ada juga masak lemak ikan tongkoi semalam .
Tadi ada dalam kereta bonda cakap ku mau beli ayam kaa? betuikah tiada ikan? .. kadang aku malas untuk berkomunikasi yang benar.
aku terjawab.."makan apa sajalah orang yang berkerja cam ku apa saja boleh dimakan asalkan kenyang jauh dari kebuluran".
sebenarnya spesis aku tak suka mengira tentang makan. Dulu kalau aku ada duit, anak buah aku jamu hari hari apa saja mereka nak makan. Aku tak mengira apa ada dalam poket ku itulah rejeki mereka. Ataupun adik beradik ku. Aku boleh kerja untuk cari makan, untuk isi perut mereka walaupun masih bersekolah. Kerana aku tau abah aku tak bertanggungjawab. So haruslah aku yang bertanggungjawab untuk menolong meringan kan beban bonda.
sekarang, aku yang menjaga bonda.. tapi aku seperti robot yang tidak ada keinginan. Seperti bukan apa adanya. Itulah hakikat kehidupan. Dan aku belajar untuk tidak lagi menghargai orang lain selain dari diri sendiri.
Pergilah kalau aku ingin menyakitkan, pergilah dalam pelukan kasihsyaang sejati. Aku tak apa apa aku telah terbiasa dengan kehidupan sepi sebegini aku suda terbiasa disakiti orang apalagi orang yang paling aku cintai dan aku sayang. Aku sudah terbiasa ............
|
|