Post by admin™ on May 7, 2013 8:47:20 GMT -5
Aimon Hassan
Hari ini aku ingin berperang.
Melihat betapa ceteknya pemikiran manusia sebangsa, aku dah mula muak. Bangang dah bodoh dimana-mana.
Persetankan parti apa yang kau junjung. Jahanam dengan apa yang kau perjuangkan. Makin lama kau makin tersasar. Mengadu keluh pada Barrack Obama, President sebuah negara yang secara jelas membedil Iraq dan Afghanistan.
Kau nak kan keamanan? Kau nak kan keadilan? Adilkah tentera Amerika Syarikat tiap kali peluru mereka muntahkan di bumi Islam? Aku mahu tanya.Kau berperang dengan bangsa sendiri kerana KAU rasa kita sedang ditindas? Kerana KAU rasa kita sedang menderita? Bodoh la kamu.
Malaysia melatah bila hanya seramai 200 orang tentera Sulu datang mencuba nasib. Adakah kita mampu menanggung ribuan tentera Amerika yang inginkan kuasa? Bodoh la kamu.
Sentimen apa yang kau mainkan? Ini bukan lagi isu pilihanraya. Ini bukan lagi perjuangan masing-masing. Bangsa kita harus bersatu. Biarkan sejarah Singapura terus berlalu. Ini Malaysia.
Melayu. Islam. Berpijakkah kau pada bumi yang nyata? Tegur kah kau pada kekhilafan? Atau cuma suara dan demonstrasi jalanan yang mampu kau lakukan? Maka bodoh lah kamu.
Kau mahu tol dihapuskan, aku setuju. Kau mahu harga petrol dikurangkan, aku juga mahu. Tapi pernah kah aku menabur fitnah untuk menjatuhkan? Pernah kah kau menadah tangan untuk berdoa? Ini adalah jihad kita bersama. Jangan terus dikuasai kebodohan.
Kita bersatu. Jangan biarkan dunia melihat kebodohan kita. Aku dah muak. Kita semua dah muak. Kita jangan biarkan pemimpin itu korup. Kita cuba sanjungkan agama kita. Tegurlah dengan cara kebenaran, ikut lah jalan yang putih.
Logik kah demonstrasi diteruskan? Anjingkah anggota polis yang menjaga kamu? Segelintir dipijak. Ada yang diterajang. Disepak ke muka. Mereka juga manusia. Seperti kau. Dan aku. Mereka punya rasa marah. Mereka punya rasa letih.
Wajarkah mereka dihina? Wajarkah kau mengharamkan rezeki yang mereka cari? Tuduhan mereka rasuah. Tuduhan mereka berkroni. Kau siapa? Besar sangat kah jasa kau pada bumi Malaysia? Ya. Kau pembayar cukai. Tapi bukan kau pembayar gaji mereka. Mungkin 10 atau 20 peratus sahaja wang kau ke saku mereka. Tapi mereka tetap mulia. Berapa nyawa mereka jaga dan berapa nyawa kau kecam?
Mereka tidak pernah berdemonstrasi arahkan kau membayar gaji mereka. Mereka tidak pernah tuntut hak ketika kerja lebih masa. Kau mengeluh bila menahan keringat membuang undi berejam lamanya. Tanya aku. Aku pernah bersama mereka. Ketika kau baru masuk tidur sebelum hari mengundi, mereka sudah mula memakai stokin di kaki. Ketika kau sudah enak keesokan hari, mereka masih berdiri menanti.
Yang kau tidak suka cuma korupsi menteri, tapi caci maki kau bagi pada bangsa sendiri. Jangan jadi bodoh. Kau lupa kah. Atau kau tak pernah ambik tahu sejarah moyang kita berperang mendapatkan kemerdekaan? Pernah kah kau lihat kesan akibat mortar? Oh. Internet mungkin ada.
Jangan. Jangan jadi bodoh. Ini masa kita. Ini bumi kita. Aku dah muak. Sampai detik ini, kita sudah patut mula rasa, kita semua patut bersatu.
UMNO dan PAS, ini masa kita. Lurus kan lah apa yang bengkok. Salam harus diberi, tangan perlu menyambut. Kerana kami, sudah mula bosan.