admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 20, 2013 7:53:54 GMT -5
“Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya.” 20.4.2013 Hari pernamaan calun2x untuk menjadi wakil rakyat baik parlimen ataupun dewan undangan negeri. Banyak muka lama dan juga muka baru dan yang tidak tahu malu atau yang tidak jemu2x untuk menjadi wakil rakyat walaupun sering kehilangan wang taruhan.
Depan rumah penuh motosikal para penyokong. Aku tak perasan kerana aku jarang open jendela kamar sebelah depan sejak anak bebulu bonda seringkali masuk melalui jendela yang terbuka.
Ada banyak tempat satu lawan satu dan ada juga satu tempat lawan sampai 6 penjuru itulahhebatnya untuk para menjadi wakil rakyat. Apa agaknya istimewa untuk menjadi wakil rakyat yang harus menjadi orang yang berkhidmat untuk rakyat dan bukan orang yang mengaut hasil kekayaan untuk diri sendiri atau mendapat hak istimewa sebagai seorang wakil rakyat.
Pekan pm satu lwan satu dengan wakil pas. Timbalan pm juga satu lawan satu. Harun din atau hassan din akan melawan shahidan kassim di arau. Senarainya akan ku rumuskan kemudian siapa yang aku jangka menang atau kalah. Itu adalah rumusan dari fikiran aku sendiri.
Moto masing2x sebagai wakil?? apakah untuk berkhidmat kepada rakyat atau untuk menaniaga rakyat sehingga ada rakyat yang merasa diri mereka dikejami tapi entah dari aspek mana mereka rasa kejam. Barangkali kerana barang2x naik atau mereka dirompak oleh kerajaan yang mereka pilih??
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 20, 2013 8:05:57 GMT -5
500+ borang percalunan diterima untuk parlimen 1000+ borang percalunan diterima untuk dewan undangan negeri.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 20, 2013 8:22:51 GMT -5
P 162 gelandangan maut antara A.Ghani dan lim kit siang.. :)
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 20, 2013 9:04:18 GMT -5
TERENGGANU
P 033 Besut Datuk Seri Idris Jusoh P 034 Setiu Mohd Zulkifli Jusoh P 035 Kuala Nerus Datuk Mohamed Nasir Ibrahim Fikri Dr Khairuddin At-Takiri P 036 Kuala Terengganu Mohd Zubir Embong Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Kamaruzaman P 037 Marang Datuk Yahya Khatib Mohamed Datuk Seri Abdul Hadi Awang P 038 Hulu Terengganu Jailani Johari P 039 Dungun Datuk Rosli Mat Hassan Wan Hassan Mohd Ramli P 040 Kemaman Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Kamaruddin Chik N1 Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar N2 Kota Putera Mohd Mahdi Musa N3 Jertih Muhammad Pehimi Yusof N4 Hulu Besut Nawi Mohamad N5 Jabi Mohd Iskandar Jaafar N6 Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafie Wan Mokhtar Wan Ibrahim N7 Langkap Sabri Mohd Nor N8 Batu Rakit Bazlan Abdul Rahman N9 Tepuh Muhammad Ramli Nuh N10 Teluk Pasu Datuk Abdul Rahin Mohd Said N11 Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman N12 Bukit Tunggal Ismail Nik N13 Wakaf Mempelam Wan Mahyuddin Wan Ngah N14 Bandar Datuk Toh Chin Yaw Azan Ismail N15 Ladang Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh N16 Batu Buruk Datuk Che Mat Jusoh N17 Alur Limbat Alias Abdullah N18 Bukit Payung Zaidi Muda N19 Ru Rendang Nik Dir Nik Wan Ku Datuk Seri Abdul Hadi Awang N20 Pengkalan Berangan Abdul Latiff Awang N21 Telemong Rozi Mamat Narawi Embong N22 Manir Yusoff Awang Hitam N23 Kuala Berang Datuk Tengku Putera Tengku Awang N24 Ajil Razali Taib N25 Bukit Besi Rosli Daud Mohd Shamsul Mat Amin N26 Rantau Abang Datuk Za'abar Mohamed Adib N27 Sura Zakariah Ali N28 Paka Datuk Matulidi Jusoh N29 Kemasik Rosli Othman N30 Kijal Datuk Seri Ahmad Said N31 Cukai Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid N32 Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 20, 2013 11:54:59 GMT -5
Suasana sedikit tegang di pusat penamaan calon Parlimen Shah Alam tengahari tadi apabila penyokong Pakatan Rakyat tidak dibenarkan mendekati kawasan Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19 di sini. Pengumuman rasmi yang sepatutnya dibuat Ketua Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan terpaksa dihentikan seketika gara-gara calon Parlimen Khalid Samad tidak berpuas hati jarak penyokongnya agak jauh. Selain pembesar suara yang kurang jelas kerana jauh, pemandangan mereka juga terhalang kerana lori kontena yang diletakkan di tepi dewan. Berbeza dengan penyokong BN yang dapat mendengar dengan jelas melalui sistem pembesar suara dewan dan dapat melihat jelas di luar pagar. Keadaan itu menimbulkan rasa tak puas hati Khalid yang mendesak polis memberikan ruang kepada penyokong Pakatan Rakyat mara sedikit ke hadapan untuk mendengar pengumuman rasmi. Khalid pada mulanya yang berdiri dibarisan calon secara tiba-tiba menjadi emosi mahu keluar memanggil penyokongnya supaya bergerak kehadapan. Namun dihalang Mohd Jaafar yang tidak mahu Khalid berganjak kemana-mana kerana bimbang jika keadaan menjadi tak terkawal. Namun hasil kerjasama dan toleransi polis yang mengawal keadaan dan pegawai SPR, perkara itu dapat diselesaikan dan pengumuman rasmi calon berjalan dengan lancar.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 22, 2013 7:45:37 GMT -5
SHAH ALAM - Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyertai Pas berkuat kuasa hari ini.
Yang Dipertua Mubarak Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, tindakan Muhammad itu tidak pernah diduga biarpun banyak dinasihatkan Mubarak dan rakan parti supaya tidak meneruskan hasratnya itu.
"Kita kesal dan syukur kami Mubarak Selangor tidak ikut jejak beliau, hanya beliau seorang tinggalkan kami.
"Sebelum ini ramai kawan beliau cuba merapatkan hubungan dengannya untuk meminta pendapat dan nasihat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha Sekretariat Mubarak Selangor, Datuk Abd Samad Maharudin; Ketua Penerangan Mubarak, Datuk Salomon Selamat dan Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.
Muhammad, 65, yang turut dikenali dengan panggilan Mat Taib, menyerahkan sendiri borang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi.
Sehubungan itu, Abu Hasan berkata, Mubarak Selangor akan mengemukakan laporan kepada Majlis Tertinggi Mubarak bagi memaklumkan perkara itu untuk diambil tindakan susulan.
Ditanya sama ada Mat Taib akan menjadi ancaman kepada BN khususnya sepanjang tempoh berkempen nanti, beliau berkata, ia tidak sedikit pun menjejaskan peluang BN untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Kami yakin Mat Taib tak ada ruang dan tempat di Selangor lagi dan usaha dia untuk menagih undi daripada rakyat negeri ini tidak mungkin berjaya," katanya.
Meskipun Muhammad jelasnya masih mempunyai pengaruh yang kuat di Selangor, namun perkara itu beliau serahkan kepada rakyat untuk menentukannya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketika diminta mengulas status keahlian Muhammad dalam Umno, beliau berkata, perkara tersebut akan diputuskan oleh majlis tertinggi parti walaupun beliau mempunyai keahlian seumur hidup.
"Kalau ahli tidak patuh kepada garis panduan parti, individu itu boleh dipecat dan digugurkan keahliannya," katanya.
Dalam pada itu, Mubarak dan BN Selangor juga bersedia menghadapi sebarang serangan terhadap mereka dalam kempen pilihan raya PR yang mungkin akan digunakan untuk membantu jentera parti pembangkang.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 30, 2013 0:23:46 GMT -5
Dun Batu Buruk.. Bn memilih Mat Jusuh, pasti kalah. Kerana anak2x muda memang tidak menyokong beliau. Kepastian dalam tangan apabila umno masih lagi tidak mendengar rintihan orang bawahan yg tidak ingin kepada mat jusuh apalagi melihat masalah yang dia bawa dalam persatuan bola sepak. So dari situ Bn sudah hilang satu kerusi.
Mereka sangat ego untuk mendengar suara orang bawahan mereka lebih pentingkan juluk2x dan juak2x yang menjuluk yg tidak membawa faedah kepada parti so kita lihatlah berapa yang mat jusuh akan dapat nanti. Kalau menang itu nasiblah..!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 2, 2015 5:43:40 GMT -5
Kejatuhan ringgit yang sangat membimbangkan tetapi tidak menjadi hal bagi 40 peratus rakyat malaysia kenapa aku kata 40 peratus kerana mereka itu telah di asuh untuk patuh kepada orang no 1 UMNO. Walau apapun kesalahan asal mereka duduk di tempat no 1 mereka akan dianggap benar kecuali mereka dijatuhkan dengan kasar.. atau meletak jawatan seperti Abdullah Badawi.
Beginilah sikap setengah setengah pemimpin mereka adalah dari kalangan koporat. Dan sanggup menabur wang untuk melobi undi. Lantaran itu kesakitan rakyat marhaen amat sukar untuk mereka rasakan apatah lagi untuk menolong. Menolong sekadar untuk menempek nama di dada akhbar atau pun syok sendiri di laman sosial atau apa apa berita yang senang diri.
Ada yang sanggut membangsatkan melayu kalau ketiadaan parti tunggak padahal mereka tidak faham konsep politik itu sendiri. Pada aku pemimpin haruslah ditukar dalam satu atau dua penggal sahaja. Tidak perlu terlalu lama diatas sebab akan tiada pembaharuan yang akan dibuat. Parti boleh datang dan pergi tetapi pembangunan minda dan moral itu haruslah tinggi. Tak perlu kalau melayu hanya ada kuasa tetapi tidak berkuasa. Tidak perlu taksub kepada bangsa kalau bangsa itu tidak lagi berbangsa apatah lagi bermoral.
Yang penting kita membangun bersama agama seiring dengan moral. Sempat atau tidak aku menunggu dua tahun lagi untuk melihat malaysia masih lagi ditapak yang lama... percayalah itu? Orang yang sudah biasa makan gula gula akan sangat takut tergigit sedikit garam.. apalagi ditabur garam. Percayalah itu...
|
|