Post by admin™ on Mar 25, 2013 21:48:51 GMT -5
Apa itu mimpi?
Mimpi ialah sebuah khayalan dan pandangan yang wujud dalam minda kita semasa kita tidur. Dalam dunia ini tiada seorang manusia yang dapat mengelakkan dirinya daripada bermimpi. Manusia akan mula bermimpi dari zaman kanak-kanak lagi. Sesiapa yang ada anak-anak kecil boleh lihat mereka ketawa, menangis, berbual, bergerak atau bertindak dalam tidur. Aktiviti-aktiviti ini adalah tindak balas daripada mimpi yang dilihat kanak-kanak tersebut.
Para pengkaji minda sekarang telah menemui bahawa manusia akan mula bermimpi seawal zaman bayi lagi. Tiada siapa yang dapat terlepas dari bermimpi. Ada saintis yang mendakwa bahawa binatang pun akan bermimpi.
kenapa kita bermimpi
Seorang manusia akan bermimpi kerana banyak perkara iaitu tindak balas minda di atas masalah peribadi, tekanan kehidupan, tekanan pekerjaan, penat, keinginan atau kehendak, peristiwa silam, pandangan yang dilihat roh semasa tidur, pesanan dari minda dalam “Internal Mind”, pesanan dari alam roh, pesanan dari alam semula jadi, pesanan yang dihantar manusia lain, pesanan yang dihantar oleh Tuhan dan sebagainya.
Mimpi kerana nafsu
Kebanyakan mimpi yang kita lihat; diwujudkan oleh minda kita untuk memuaskan hati kita sendiri. Contohnya: Mimpi seperti kita membeli sesuatu, menggunakan sesuatu barang yang diingini, mengadakan hubungan seks, memandu kereta mewah, menghuni rumah banglo dan sebagainya. Mimpi-mimpi sebegini berpunca dari cita-cita dan keinginan kita yang belum menjadi kenyataan.
Mimpi-mimpi ini adalah tindak balas dari perasaan dan keinginan yang terpendam dalam hati kita sekian lama. Apabila wujudnya sebuah situasi yang sesuai “Internal Mind” kita akan menyebabkan kita bermimpi bahawa keinginan kita telah tercapai untuk memuaskan nafsu dan menenangkan minda kita. Mimpi-mimpi sebegini juga akan wujud sebagai tindak balas terhadap cita-cita, duka cita, gembira atau perasaan lain yang terpendam dalam hati dan minda kita.
Mimpi dari alam roh
Tempat, peristiwa dan orang-orang baru yang kita lihat dalam mimpi adalah sebuah peristiwa yang sedang di lihat oleh roh kita yang keluar dari badan kita semasa tidur “Astral Projection”. Peristiwa yang berlaku dalam mimpi sebegini akan berulang atau akan menjadi kenyataan pada kebanyakan masa. Tempat-tempat itu akan kita kunjungi suatu hari nanti dan akan bertemu dengan orang yang kita lihat dalam mimpi sebegini.
Anda mungkin ada pengalaman seperti ini. “Apabila anda pergi ke sesuatu tempat anda terasa seperti pernah kunjungi tempat tersebut dan apabila bertemu dengan seseorang anda akan terasa seperti pernah bertemu dengan orang tersebut sebelumnya”. Perasaan seperti ini wujud kerana roh kita telah sampai ke tempat tersebut sebelum ini dan roh kita telah bertemu dengan orang atau roh orang tersebut semasa keluar dari badan “Astral Projection”. Pertemuan itu mungkin berlaku di dunia ini atau di dunia roh.
Berita dan pesanan
Setiap manusia akan menerima mimpi yang memberi amaran, panduan, arahan dan mimpi yang membawa pesanan. Mimpi-mimpi seperti ini wujud kerana minda dalam “Internal Mind” kita menerangkan kepada kita amaran, panduan, arahan dan pesanan yang diterimanya dalam bentuk gambaran. Amaran, panduan, arahan dan pesanan seperti ini diterima dari alam semula jadi, alam roh, manusia lain, makhluk halus dan Tuhan.
Keterangan Mimpi
Kebanyakan masa minda kita tidak akan tenang semasa tidur. Kita sering akan fikirkan masalah dan tekanan kehidupan semasa tidur, walau pun otak kita tidak fikirkan masalah tersebut, minda kita tetap akan berfikir tentangnya tetapi kita tidak akan menyedarinya. Jadi mimpi yang kita lihat dalam jangka masa yang singkat dari mula tidur hanyalah tindak balas dari tekanan kehidupan, mimpi sebegini tidak perlu dipandang serius dan tidak akan membawa sebarang maksud bagi kita.
Mimpi yang bermaksud atau mimpi yang membawa berita untuk kita biasanya akan wujud dalam lingkungan 4 hingga 6 pagi. Mimpi yang wujud dalam masa-masa lain tidak perlu diberi perhatian atau kepentingan. Apabila kita menerima sebuah mimpi yang membawa maksud, biasanya mimpi tersebut akan berulang untuk beberapa hari.
Apabila kita menerima mimpi-mimpi yang ada maksudnya, kita tidak akan melupakan mimpi tersebut apabila bangun pagi dan hati kita akan mengulangi bayangan mimpi tersebut. Jika kita terlupa sesuatu mimpi setelah bangun pagi kita perlu risau; kerana ia hanya mimpi kerana tekanan hidup.
Petikan dari: Kenapa manusia sering bermimpi ? | Rahsia Alam. com