admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 10, 2013 22:17:28 GMT -5
Leo Yang Dapat Dipercayai Ciri Positif: Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta, mesra, bersifat pemurah, ada daya kepimpinan, menonjolkan kemegahan, sentiasa hidup, menonjolkan keagungan, keberanian, keupayaan, rapat dengan anak–anak, berbakat dan suka pada hiburan.
Ciri Negatif: Walau bagaimana pun, ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego, banyak cakap, memperlihatkan sifat ketuanan, menunjuk–nunjuk, mengejar kemewahan, dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.
Kualiti Astrologi: Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 13, 2019 9:13:54 GMT -5
Errrr... banyak menaip sepatutnya hahahhaa kan kan kannn
|
|