admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 14, 2012 13:05:19 GMT -5
Nota 1.
Masih dalam kebingungan sambil menghitung waktu untuk bergerak. Walaupun tidak perlahan, ruang masa seperti tak beranjak. Masih didepan pc dalam waktu2x yg seharus nya sibuk. Sibuk untuk apakah. Aku bukanlah spesis orang yg suka menyambut raya atau mendengar lagu raya.
Banyak yang bertanda dalam fikiran, tetapi banyak juga aku diamkan didalam hatiku sendiri. Memberi ruang hati untuk berbahgia dengan apa cara sekalipun wahhal didalam sana kebanjiran tsunami kelukaan yang amat sangat. Peduli perlukan aku peduli??
Bonda seperti biasa memahami anak bujangnya sesatunya yang payah dibuat perhitungan dan hanya mengikut kepala sendiri. Bonda sudah terbiasa aku hilang di hari raya sudah banyak tahun bonda beraya dengan apa adanya.
Cuma tinggal besok sehari lagi aku di rumah. Ada keinginan untuk membuat nasi beriani buat bonda hari ini. Tetapi aku hanyalah mengtertawakan diri sendiri aku masih tidak search google untuk mencari bahan2xnya. Hari tu ada bonda berbuka nasi beriani yang si sebelah belikan tetapi omelannya tak tahan ku dengar. Bukan mudah untuk memuaskan hati orang tua itu sebenarnya.
Eh!! aku ini anak apa agaknya untuk beliau?? Saudara mara aku jarang bergaul aku jarang berjumpa apa jenis majlispun aku jarang menghadirkan diri dan aku hanya hidup dalam duniaku yang tersendiri. Sudah berapa tahun begini?? Selagi mampu aku mengheret jasad yang tak ada harganya ini selagi itulah aku akan ada dalam dunia yang aku pilih sendiri.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 14, 2012 13:05:56 GMT -5
NOTA 2.
Today berbuka berdua dengan bonda saja. Anak buah ku si fatin berbuka di luar. Keluarga si sebelah juga tidak dapat ke rumah petang tadi.
Kami berbuka mee hoon rebus dengan teh tarik panas. Bonda mengomel apa entah, aku cuma makan tanpa apa2x omelan. Itulah rejeki hari ini bagiku. Barangkali kerana bonda orang tua, mesti ada perasaan tidak puas hati atau apa2x saja, biasalah orang tua mesti ada saja yg tidak puas dihati beliau.
Cuma tinggal besok saja aku dengan bonda. Tadi petang ada jiran bonda datang berborak2x dengan bonda. Jiran yang telah kematian suaminya. Beliau juga berpuasa cuma ditemani dengan dua orang cucu yang masih kecil. Entah bagaimana topik yg bonda borakkan tetiba keluar pasal aku akan belayar jauh. Lorr jiran bonda cakap setiap kali raya memang selalu aku hilang.
Aku cuma garu2x kepala dan bermain main dengan dua ekor anak kucing teman bonda nanti kalau aku tak ada. Dua ekor anak kucing yang sangat nakal sekali. Ada saja barang2x bonda yang mereka korek dan keluarkan , kemudian songgah2xkan menjadi bersepah2x. Apalagi kalau melepas mereka akan mencari tepi tepi dinding. Bonda memang bising satu hal ini, kelmarin beliau letak mereka berdua dalam kandang, menngiyau setengah hari yang seekor tu, yg satu lagi hanyalah melayan kantuk saja, aku tak lepaskan dari kandang, bagi aku siapa yang letak dalam kandang dialah yang lepaskan tunggu bonda balik sebab bonda yang letakkan.
Eh! bonda tau aku marah, habis tu siapa yang suruh beliau kurungkan kucing tersebut.
Sudah banyak wish hariraya yg terlihat. Rasanya tahun ini tanpa apa2x wish. Tinggalkan teman2x sekelian sebegitu saja, kalau aku rajin aku akan online atau sekadar diam2x saja. Orang seperti aku sangat tinggi hati barangkali. Aku sesungguhnya tiada teman selain dari teman2x si facebook. Kerana itulah pilihan aku. Kalau mereka tidak ada, teman aku hanyalah games2x saja. Aku sesungguhnya sangat memilih siapa yang dekat dan tidak berjarak denganku, kerana aku bukan saja tidak mahu melukakan mereka dengan sikapku apalagi melukai diri aku sendiri dengan sikap mereka. Orang seperti aku sangat sensitif sekali dengan apa bentuk rasa sekalipun. Hatta dengan satu ketukan saja.
Bonda sibuk tentang baju raya anak buah yg minta di repair. Dia tahu aku tidak pernah membeli baju raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini ataupun sejak aku balik. Tahun pertama aku balik beliau pernah bersuara untuk membuat aku sepasang baju baru tapi aku menolak dengan baik , kerana aku tidak mahu menyusahkan beliau. Lagipun aku tidak pernah merasa ingin raya. Kalau dulu waktu aku kecil, baju raya aku lah yang paling lambat siap kerana aku jarang bertanya, jarang mengomel dan jarang minta dicepatkan, biasanya selepas solat hari raya baru baju aku siap atau pun hari raya kedua.
Bila dewasa aku larut dalam kerja. Aku jarang merasa ria di hariraya aku tidak tahu kenapa, tapi biasanya kalau hari raya aku rindukan arwah nenek dan arwah abahku walaupun aku sangat tidak dekat dengan arwah abah. Dua tahun lepas aku ke kuburan arwah abahku dihariraya kerana kebetulan aku berada di Melaka. Tahun ini ikut rejekilah.
Aku benci orang yang bermain mercun. Bunyi mercun yang kuat mengejutkan jantung aku yang tengah memancing. Tensen dan sakit hati.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 14, 2012 13:32:56 GMT -5
NOTA 3.
2.06 am
Suasana sangat sepi. Tiada lagi kedengaran bunyi mercun. Ditemani dengan games online seperti biasa memancing ditepi tasik holly water mencari 10 ekor unique siberian solomon. Sudah banyak hari aku mencari 10 ekor ikan ini tetapi satu ekor pun belum dapat lagi. Seperti sebuah kerja yang sia- sia. Sama juga dengan kehidupan yang aku lalui.
Aku kembali melihat list custom pemilihan secara rambang siapa yg ku pilih untuk dapat membaca setiap catatanku, adakah mereka ini pilihan yang wajar atau pun sekadar memilih?? tapi yg pasti setiap orang yang aku pilih ada reasonku yang tersendiri. Aku bukanlah orang yang membuat sesuatu tanpa memikirkan, yang melakar sesuatu atau melemparkan sesuatu tanpa memikirkan terlebih dahulu. Apalagi untuk memaki atau merendahkan orang lain. Biasanya bahasa aku akan berbelit2x dan terkadang membuatkan aku sendiri tidak faham.
Pernah ada orang mengatakan yang aku melihat dia seperti "wabak" , aku ignoring, aku diam dan jarang mengomen. Terkadang membuatkan aku fikir, aku ini teman, sahabat yg sebagaimana agaknya?? ataupun saudara yang sebagaimana agaknya.
Agak pelik bukan?? Aku selalu memilih untuk menjauh diri dari keriuhan atau keramaian. Sesungguhnya aku telah berada dalam dunia maya ini terlalu lama dan aneka benda telah aku lalui dengan dunia yang aku pilih ini.
Bahkan aku pernah ditikam depan2x bukan lagi dibelakang. Tidak curi2x tapi dengan penuh terhormat tanpa rasa bersalah atas apa yang telah dilalui bersama demi untuk melepaskan diri sendiri. Semua itu aku terima, kerana aku pasrah dengan apa yang aku lalui.
Kadang2x aku terlihat lebih dari open talk, terkadang seperti bersembunyi dalam kata2x. Sesungguhnya aku boleh bermesra dengan siapapun dan boleh melepaskan sesiapapun tanpa kekesalan dihati.
Pengalaman dari masa lalu, tak akan ada satu yang kekal disamping kita, yang mampu untuk berdiri dan menerima setiap kelemahan, keburukan kita. Mereka akan berprasangka dan mengolah diri kita dari aspek pemikiran mereka sendiri. Di maya ini mereka hanya melihat dan membaca apa yang kita statuskan tetapi yang pasti mereka tidak merasa apa yang kita lalui. Catatan siapapun boleh mencatat asal ada keyboard, skrin, line tenet. Apalagi dengan menggunakan jari tanpa insuran. Semua boleh asalkan hati terpuas.
dari Tanah mengalir Air dari air berhembus Angin dari angin berteriak gegak gempita memarak jiwa menjadi Api membakar dan merosakan raga terbelit sengsara dibawah payung sengketa benci mulai meraja dari rekah kasihcinta sayang yang terbuang menjadi dendam hatta hanya kerana secebis diam yang menyembunyikan topeng jiwa yang sentiasa mendusta
Jarak sebenarnya bukanlah pemisah untuk sebuah perhubungan yang bagus, tetapi sesungguhnya perhatian dorongan keinginan untuk lebih mengerti dan memahami bukan hanya dari diri kita sendiri, memahami keadaan yang dilalui oleh orang itu, keadaan dia waktu itu, bukan hanya pada pihak kita saja. Bukan setiap kemenangan itu bererti kita menang dan setiap mengalah itu bererti kita betul. Sesungguhnya memberi ruang untuk memahami dan berkomunikasi dengan bagus itulah kerukunan sebuah perhubungan.
Kita mahu orang lebih memberi perhatian kepada kita, sedangkan kita sendiri sedingin salju. Aku tidak mengharapkan orang mengerti apapun tentang diriku itu yang pasti. Apapun yang orang lain judge aku pada pandangan mata mereka terserahlah. Bukankah itu hak peribadi seseorang??? Lagipun terbuka mana kita membuka pintu hati kita, andai seorang itu menutup walaupun dengan perlahan kita tidak akan nampak apa yang ada disebalik pintu sana.
Bersahur, satu hal yg memang aku jarang lakukan kecuali semasa aku tinggal di flat SKMK Muhibbah, Batu 4, Sandakan aku dipaksa untuk bersahur walaupun dengan segelas air.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Aug 17, 2012 6:26:57 GMT -5
Nota musafir di aidil fitri
Tadi keluar membeli juadah berbuka puasa. Puas keliling pusing sana pusing sini tak tahu apa yg hendak dimakan. Last2x ku membeli sayur nangka campur sayur rebung, masak asam ikan termenung. Air jus kurma, steam boat..kopak rm 20 untuk berbuka sendirian. Padahal kalau berbuka dengan bonda itu2x je yang di makan.
Mee hoon rebus, mee kuning rebus, nasi ayam or nasi biasa dengan tumis2xan sawi dengan teh o panas.
Bonda berbuka sendirian hari ini. Maybe tahun ini last aku beraya sendirian. Tahun depan aku tetap tinggal dengan bonda sampai habis puasa. Kerana kesempatan yang aku berikan kepada anak2x bonda yang lain mereka tidak mahu mengambil kesempatan berbuat baik kepada orang tua dibulan puasa.
sudah azan magrib, tapi aku belum lagi berbuka. Hurmm.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 17, 2012 23:46:56 GMT -5
Nota 6
Sendirian di rumah. Pagi tadi sudah keliling mencari daun saderi dan daun bawang, Jumpa di pasar yang ke dua. Terbeli cili padi dan tomato. Memang cadangan hari ini tidak makan di luar. Just masak apa yang ada di rumah.
Dalam peti ais , ada aku nampak ayam. So boleh masak mee segera dengan ayam atau goreng ayam aku boleh masak nasi. Tapi bulan puasa ni, rasanya terlebih makan ayam setiap hari ada saja menu ayam cuma sesekali ikan tongkol.
Tadi pagi call bonda, kata beliau anak2x beliau belum balik lagi. Tak apalah mati pun seorang juga. Pada aku bukan cerita pasal mati. Tetapi kehidupan. Bila mati kita tak payah nak cerita sebab sudah tiada kehidupan lagi.
Tidak bolehkah tahun ini anak2x bonda mengambil peluang balik awal untuk bersama bonda berhariraya?? Kalau tahu aku tidak ada dirumah??? Tidak bolehkah tahun ini mereka berkorban sehari dua untuk bonda kalau tidak seminggu?
Apakah fungsi bonda buat mereka? Kalau tinggal di Amerika tu bolehlah nampak agak aneh kalau tidak dapat pulang. Apa salahnya walaupun sudah ada rumah sendiri sudah ada keluarga sendiri apakah bonda bukan keluarga mereka?? Bonda sudah tua hampir 70 tahun kita tidak tahu ajal maut seseorang.
Aku menilai dari sudut hatiku. Apakah hanya aku yang seharusnya tetap menjadi penunggu bonda? Aku boleh saja tanpa bantahan, tanpa apa2x kesalan kerana aku benar2x ikhlas untuk temankan bonda. Aku sanggup korbankan bahgia aku hanya untuk bonda.
Tetapi anak2x bonda yang lain?? Hatta untuk memujuk salah seorang anak mereka iaitu cucu bonda untuk temankan bonda pun mereka tidak mampu, apa lagi kalau aku benar2x tiada . Katalah ajal aku lebih dahulu dari bonda. Siapakah yang akan temankan bonda?? Bonda bukan suka tinggal dengan anak2x yang lain atau rumah mereka kerana bonda lebih selesa di rumah beliau sendiri.
Anak2x bonda tidak letakkan diri mereka ditempat bonda. Yang pasti mereka akan pertikaikan kenapa aku tiada setiap kali raya. Kenapa aku harus berpergian setiap kali raya . Kenapa aku biarkan bonda keseorangan. Kenapa soalan itu mereka tidak tanya pada diri mereka sendiri. Hatta dengan hadir mereka dan keluarga mereka pasti memeriahkan hati bonda. Hanya hanyalah seorang diri, yang setiap har belajar untuk memuaskan hati bonda walaupun aku tahu kudrat dan hati aku sangat rapuh sekali.
Apakah mereka berpura2x menyayangi bonda?? Entahlah yang aku pasti tahun depan kalau umur aku masih ada, aku akan beraya dengan bonda. Itulah azamku, aku tidak akan tinggalkan bonda sendirian lagi sampai aku menutup mata.
Anak2x bonda yang lain tidak mampu aku harapkan walaupun nampak mereka semua boleh harap tetapi mereka tidak mampu untuk mendalami hati tua bonda.
apapun selamat hari raya pitt. Tabahlah selalu.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 18, 2012 11:16:01 GMT -5
Nota 7 (dimalam raya)
Petang tadi aku keluar jogging. Termenung lama di tepi tasik. Se awalnya sebelum keluar aku telah masak lauk sardin dan goreng telor dadar. Itu saja menu berbuka puasa terakhirku.
Apa yang aku kenangkan ?? Aneka benda. Aku orang yang bersendirian. Untuk merindu orang lain pun aku tak berani apa tah lagi untuk menelepon atau bersms. Kerana aku tidak ingin melukakan hatiku dengan harapan yang sia2x. Memang agak mahal untuk menjawab sms dari gelandangan seperti aku ini. Dan aku pun tidak berhak untuk marah atau merasa apapun kerana itulah diri aku dalam diri mereka. "Tak berharga" walaupun nampak seperti ada erti sekadar cuma keinginan sipi.
Hujan gerimis petang tadi. Aku bawa pusing2x seketika sebelum pulang ke rumah. Membeli roti dan juga garam halus kerana di rumah ada garam kasar dan aku tak pandai guna garam kasar. ]
Ada aku nampak orang menjual lemang di pinggir jalan, ada keinginan untuk membelinya tetapi kalau sekadar untuk dibuang ke dalam tong sampah, aku pendamkan keinginan hati tersebut.
Balik aku membersihkan diri dengan mandi sementara menunggu waktu berbuka. Ada keinginan untuk call bonda, tetapi aku tahankan diri untuk tidak call. Biarlah bonda dengan siapapun di rumah. Yang pasti aku ingat dengan bonda dan berharap apa yang aku rasakan itu bonda pun ikut merasakan.
Kadang sesekali kita ingin dihargai walaupun aku tahu aku bukanlah orang yang layak untuk dihargaipun. Aku cuma sampah yang menunggu waktu untuk dipungut dan dibakar.
Barangkali si zahar telah sampai ke rumah, juga sister ke duaku. Sister sulung ku pasti meriah dengan anak cucunya dikg. Pasti jumpa bonda hari raya ke 2 or ke 3. Yang pasti mentua beliau yang perlu didahulukan dari bonda. Hurmm.
Anak2x cucu bonda?? pastilah rumah saudara mara dahulu sebelum jumpa bonda. Bonda tahun depan anak bujangmu akan tetap disampingmu kalau umurnya panjang. Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi esok atau lusa.
Dari waktu berbuka sampai sekarang aku tidak melihat rancangan2x hariraya aku sekadar melihat aneka cerita dari luar, Johnny english, my jouney cerita tamil raja ki raja apa entah.
Tak ada orang sms aku wish raya dan aku pun tidak sms sesiapa juga tiada call dari sesiapa kerana aku pun tak call sesiapa. Aku hidup dalam dunia sendirianku.
Selamat Hari Raya pitt. Tabahkan hati sentiasa.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 19, 2012 21:11:56 GMT -5
Nota 6.
9.53am at Transit Home.
Sunyi area sini walaupun sesekali dengar bunyi kenderaan. Maybe orang masih dalam mood cuti raya. Baru bangun tidur yg sangat lena entah apa mimpi sering kali berada di area perkuburan cina saja. Maybe belum sepenuhnya meninggalkan kenangan yang telah ditinggalkan.
Rindu kampung halaman? Orang seperti aku ini mana akan rindu pada kampung halaman kerana aku bukanlah orang yang mempunyai kg.Semangat kendirian itu lebih kuat dari semangat berbangsa dan berbahasa. Walaupun setiap hari aku call bonda mengikut waktu2x yang aku tahu bonda ada adalah lebih mudah dari berdiri didepan bonda itu sendiri dalam suasana yang sebegini. Suasana lebih rukun dimana bonda akan cuma bertanya apa yang anak bujangnya makan atau adakah aku akan berpuasa atau adakah aku sudah solat walaupun soalan itu sangatlah merimaskan memandangkan usia aku sudah berkali lipat ganda.
Semalam rumah bonda meriah dengan anak dan cucu2xnya. Si faiss memaksa aku call rumah diwaktu tengah sibuk dan masing2x menunggu giliran untuk berborak dengan aku sebelum aku putuskan panggilan untuk tidur.
Line tinet disini okies, tapi masalah pc tua, lambang loading dan keyboardnya sangatlah mengeruhkan jemari aku untuk mengetuk dengan lancar. Tiada lappy kali ini, sudah dibawa balik ke kampung halaman barangkali dan sudah menjadi hak milik mereka barangkali.
Ruang udara disini tiada bunyi mercun yang dbakar dan aku belum membuat rancangan untuk meronda2x daerah ini. Rasanya no hp lama itu ingin aku tukarkan kepada no baru supaya aku membuka buku baru sebagaimana yang aku inginkan. Hidup ini tidak hanya harus melukakan hati sendiri. Dan yang pastinya no baru itu nanti hanyalah orang2x yang terpilih yang rajin sms aku saja yang akan dapat dan juga orang2x yang tidak berprasangka buruk dengan aku, yang tidak prejudis dengan diri aku dan yang juga membuka diri bukan bermain dengan igauan semata2x.
Kalau aku ini orang yang membuat mereka merasa bahgia mereka akan tetap tinggal dengan aku walau sebagaimanapun aku ini. Tetapi kalau mereka hanyalah diri mereka dan akan berbahgia dengan orang lain pergilah aku bukanlah orang yang mampu untuk membuat orang lain berbahgia. Aku tidak panda memuji, memujuk atau memuja2x.
Aku belum melihat isi peti ais apakah yang ada. Kenderaan yang pasti disini adalah bas ataupun motor yang ditinggalkan kuncinya ataupun train kalau aku mahu turun ke kotaraya. Tapi terasa malas untuk berlumba2x melihat orang2x asing di kotaraya. Maybe aku rehat2x dulu dan bermalas2xan dirumah untuk sehari dua ini mengantikan waktu yg mengunakan tenaga.
Mood untuk jengah games seperti 20% melihat keadaan pc tua ini dengan monitor lama dan kekurangan kecepatannya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2012 0:17:09 GMT -5
1.12
Dari satu cerita ke satu cerita. Malas untuk keluar. Cuaca panas betul. Apapun sudah hampir separuh hari aku berpuasa, puasa enam yang pertama. Macam tak percaya aku boleh puasa. Kalau dirumah pasti tak puasa ku tergoda dengan aneka makanan , tapai pulut kegemaranku yg akan diberi oleh mentua si sebelah atau jiran belakang rumah.
So lagi beberapa jam nak berbuka apa yang hendak aku makan? Semalam ada aku beli kan roti, masak nasik? Tapi aku semacam malas masak tak kan sentap mee segera lagi? Makan luar?? Kedai mana yang buka hari raya ?? Kepsi itu pasti, hurmmm ayam lagi malas aku bergumpal dengan ayam. Sardin itu pun kena keluar cari sardin malas rasanya aku untuk ke pasaraya, isi poket semakin kurang hidup dibandar besar memang sentiasa perlu mengeluarkan kertas2x yang aneka nilainya.
Hurmm gasak apa yang ada sajalah di rumah. Memang aku malas keluar hari nie, gasak dengan tidur, tengok tv or apa2x saja sebelum waktu berbuka.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2012 0:27:15 GMT -5
Aku ingin bercerita tentang perasaan. Perasaan orang seperti aku ini. Kadang kita memang mengharapkan seseorang untuk hadir didalam kehidupan kita ini. Seseorang yang memberi kita kasihsayang yang berbeda dari apa yang kita dapat dari keluarga atau pun Yang DiAtas.
Seseorang yang mengertikan kita. Yang menyayangi kita tanpa berselingkuh dbelaang atau didepan kita. Orang yang penuh kasihsayang untuk kita saja. Orang semacam aku tidak suka berkongsi kasihsayang. DAn aku juga tidak suka orang yang suka berkawan dengan mesra2x bersama orang yang telah ada memiliki orang lain.
Berkawan biarlah ada batasannya. Hak kasihsayang tu mestilah ada perisai untuk tidak melukakan orang yang telah memiliki kita. Apakah aku orang yg cemburu? Pada perasaan aku sendiri aku memang orang yang sangat cemburu walaupun aku tidak akan mengatakan atau menzahirkan apa yang aku rasakan. Tetapi cemburu dalam diam itu akan membunuh satu perhubungan kerana aku akan diam dan ignoring. Cemburuku hanya aku saja yang tahu,
Terkadang memang aku nampak sangat ego dan tinggi hati. Tapi itu adalah hakikat. Kalau orang itu menyayangi kita dia akan tetap saja dengan kita saja tak perlu orang lain. Kalau mereka perlu orang lain itu bermakna kita tidak mampu membuat mereka berbahgia dan orang seperti ini haruslah kita lepaskan kepada yang mampu membuat mereka berbahgia.
Rindu?? Kadang2x rindu, tetapi rindu itu aku simpan jauh ke dalam. Untuk tidak menampakkan kerinduan itu sendiri. Orang seperti aku hanyalah tahu melakarkan saja, dimana orang yang hanya kenal aku akan membaca apa yang aku lakarkan.
baru jam 1.30, dugaan puasa ini sangat hebat betul. SEmalam aku makan eh??? Aku pun tak tahu, yang ku ingat sebotol susu segar selain mee segera or nasik goreng yang berminyak.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2012 5:28:48 GMT -5
6.16 petang
sudah hampir sehari aku berpuasa. Tahan jugak aku dengan dugaan padahal di dapur sana aneka kuih kering ada ditinggalkan. Tetapi spesis aku memang tidak suka kuih kering raya.
After solat asar tadi aku masak nasik, goreng ayam dan buat kicap cili padi tomato dan bawang letak sedikit jus limau nipis. Goreng karipap. Air maybe teh o panas or teh tarik belum aku buatkan lagi.
Terasa ingin keluar panjat bukit PICC tengok matahari terbenam. Tetapi aku seperti malas hendak keluar. Tadi cuaca gelap, guruh berbunyi dari kejauhan dan cuaca bertukar menjadi sejuk.
Habis cerita tamil aku layan cerita korea, dari satu cerita ke satu cerita yang terkadang buat aku tersenyum dan ketawa sendirian. Hari ini belum call bonda lagi. Biar2xlah dulu barangkali si jenab sister kedua aku telah balik ke kuatan, kak long pun maybe balik juga ke rumahnya di kerteh tah siapa yang tinggal dengan bonda untuk temani dia berbuka puasa. Pasti masih ada si zahar kazenku itu. Katanya dia cuti 5 hari maybe dua tiga hari lagi baru balik ke KL, si fais dan isterinya barangkali hari sabtu or ahad balik dia orang memang suka bercuti sakan. Si sulung maybe juga dua tiga hari lagi akan balik ke KL bersama keluarga nakal nya.
so untuk sementara waktu aku makan apa saja. Entahlah jiwa terasa tenang melihat kediaman alam sekeliling. Barangkali penghuni disini ramai yg pulang ke kampung masing2x walaupun aku tengok masih banyak kereta or motor ditempat parking. Security pun diam2x di pondok jarang berjalan2x.
Orang yang seperti aku ini bagaimana pandangan orang agaknya?? aku tahu ada yang sangat membenci aku, dan aku tidak pasti kenapa, barangkali kerana sikap dingin dan tidak peduli aku.
Aku sebenarnya boleh cepat mesra dengan siapapun hatta dengan orang yang tidak aku kenal, tapi kalau spesis yang aku tidak suka adalah orang yg tidak menghormati perasaan orang lain. Kepala mereka saja yang betul. Berapa kali kita mengucapkan kata maaf padahal kita tidak bersalah apapun, cuma kita berdiri di atas pendirian kita sendiri, anehnya sikap manusia sama anehnya dengan sikap aku sendiri.
makanan raya apakah yang ada dikepala aku sekarang ini?? ketupat? aku tak berapa suka tapi kalau tapai pulut aku suka, kadang aku amat rindu dengan ayam lengkuas mamak yang pastinya tidak akan aku temukan dimana2x lagi, rindukan burasap mamak anehnya makanan bugis, tapi kemanakah mereka itu menghilang bersama waktu sama seperti aku menghilangkan diri.
sukarkah untuk membahgiakan orang sendirian seperti aku ini?? rasanya tidak sukar kalau orang itu kenal aku. Aku sebenarnya orang yang sangat sederhana, tapi yang penting aku tidak suka berkongsi... apalagi kasihsayang yang diselindungkan dengan gurauan ataupun kepura2xan, padahal mereka tidak pedulipun siapa kita.
kawan dan musuh ini memang mudah untuk kita cari, tetapi kesetiaan dan ketulusan itu.. payah ada pada jiwa mereka.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2012 10:44:01 GMT -5
11,37 malam Eh! aku kebuluran seperti biasa agaknya. Selepas solat magrib aku siapkan tempat tidur di ruang tamu sekadar untuk berbaring sambil tengok tv sebenarnya aku tidak berapa gemar tidur diluar kamar, tapi didalam bilik itu cahaya lampu luar sangat terang menyebabkan keadaan bilik pun ikut tempias terang menyukarkan aku tidur. Owh ye kerr? Tapi aku tertidur dengan pulas after menutup tv yang ceritanya entah apa2x. Lena benar aku tidur sampai tidak dengar bunyi hujan yang lebat. Tadi semasa aku melihat keluar, aspal sangat basah, court permainan pun tergenang air. Hurmmm mimpi apakah aku? Tak dapat aku tangkap dengan minda terbukaku. Padahal memang sebelum tidur aku terkenang2x akan engkau. Tapi asalkan engkau berbahgia itu sudah cukup untuk seorang aku. Kita tidak perlu meminta banyak didalam kehidupan ini. Apa salahnya kalau ada orang lain yang mampu membuat engkau berbahgia, walaupun orang itu siapapun itu lebih baik dari seorang aku yang sentiasa melukakan orang. Hurmm.... macam terasa ingin minum air sirap pula... hari raya mesti mood dengan air sirap hadoiiiiii.....................
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 20, 2012 19:48:26 GMT -5
8.38 at transit home.
Today aku bangun awal? awal hahahhaaa 8.00+ am tuh maybe awal dari jam aku kut. Siap mandi, puasa?? rasa cam malas sebab tadi aku sudah gasak sebijik karipap kat atas meja yang aku tak makan semalam. Lagipun aku tidak berjanji dengan bonda untuk puasa hari ni kan?. Semalam semasa call rumah sister ke dua aku yang jawab si jenab. Hurmm meriah suaranya bergembira di rumah. Okies lah tu. Dia belum balik lagi ke Kuantan. Aku suruh dia temankan bonda lama sikit. Semua hal diceritakan sampai kucen nakal berdua itu membuang dibawah lemari pun diceritakan. Katanya bonda sedang didapur masak ikan singgang untuk berbuka. Lorrr bonda yang dok kat dapur ?? sedangkan di rumah meriah dengan cucu2x perempuan dan anak perempuan?? Hurmm jadual hidup mereka masih tidak berubah, Anak dara malas ke dapur.
So today apa plan aku?? tak kan berkurung dalam rumah lagi seharian macam semalam. Naik bukit PICC or ronda2x presint 20 tanah perkuburan sambil tengok perkuburan yang sepi?? Erkk...
Bau something dari dapur maybe sampah yang harus ku buang. So today apa sarapan kita wahai urg bujang yang sentiasa sepi?? Hurmm menyusur hati sendiri.
Menyalakan ubur rindu? Entahlah biarkan saja ruang itu bersembunyi diam. Aku harus keluar carik paper sebab semalam tak baca paper pun. Cari teh tarik di Desa Pinggiran? malas.. lagipun lately selera aku tidak lagi selera mamak three layerr... selera aku mengasak 100plus.
Owh semalam sister aku cakap ada orang cari aku di rumah. Katanya kawan lama aku. Aku cakap bilang saja aku sudah arwah. Kalau aku arwah betul2x?? itu adalah yang lebih baik dari kehidupan aku sekarang. Hurmm.
Kawasan flat kerajaan ini masih kosong, barangkali masih ramai orang yang belum balik dari kg. Bangunan sekolah yang sedang disiapkan depan flat ini pun masih belum ada orang bekerja lagi barangkali pekerja2x indon or dari mana2x tah masih mood cuti raya lagi dan barangkali mereka memeriahkan kawasan KLCC or dataran. Aku belum turun KL lagi.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 21, 2012 3:42:02 GMT -5
4.39 petang
tensen betul aku ngan pc nieh, suda banyak benda aku uninstall tapi masih jugak lemau tahap gaban. Aku buang anti virus lama install yang baru pun macam cengkadak nak loading.
bayangkan aku fishing setengah jam cuma satu dua ekor jer yang sangkut ... aku rasa masalah setting pc nieh.. tak cukup ram ke tak cukup ubat kuat. Nyampah betul.
nak keluar pun malas lagi. tunggu tengok cerita white lies kat tv2 ras macam suda nak habis tapi tah canner semalam aku tengok ada balik kat tb tuh... meka salah pasang ke salah timing. Gasak meka lah.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 22, 2012 6:05:40 GMT -5
6.54 petang
Penat. Tadi mencuba untuk tidur tapi sedang mahu terlena bunyi sms masuk mengganggu. Tak jadi tidur so aku ke dapur buahkan teh panas. Kemudian main "spider" tv terbuka entah apa ceritanya.
Cuaca suram. Untuk panjat PICC aku malas pula. Tidak call bonda hari ni. Semalam sudah call. Maybe esok ramai yang pakat balik ke tempat masing2x. Si zahar, sister kedua aku or si sulung. Aku belum ada keinginan untuk balik kg lagi. Walaupun aku rindu untuk bermain games. Rindu dengan bau kamar sepiku. Apakah aku dapat menghidu baunya? Padahal deria bauku sudah lama rosak.
Kadang aku tertanya pada diriku sendiri kenapa aku memilih dia untuk aku rindukan dalam ramai2x orang yang ada disekitar aku. Padahal dia tidak pun peduli akan aku. Dia lebih senang berkawan dan bermesra dengan hak orang lain. Dia tidak pernah mahu peduli akan aku pun. Aneh juga perasaan yang Allah berikan kepadaku.
Aku cuma berani menyimpan rindu, melihat dari kejauhan kemesraan dia dengan orang lain. Orang seperti aku tidak mampu memberi apa2x kegembiraan kepada orang lain.
Kadang2x sukar untuk menghilangkan apa yang orang ucapkan kepada kita. "Abaikan saja semua acc tersebut".. "pergi matilah" cuma beberapa huruf itu mengoreskan hati yg paling kecil aku. Barangkali aku orang yang sangat sentimentel.
Aku orang yang terlalu extrim dengan satu perhubungan untuk satu perhubungan saja. Bukan perhubungan berbilang walaupun untuk sekadar hiburan. Kalau aku sudah menetapkan itu pasangan aku, yang pastinya aku tidak akan hiraukan orang lain hanya orang itu saja yang akan ada didalam fikiran aku dan urusan aku seharian. Tapi tidak untuk setengah2x orang mereka sukakan kemeriahan, sedang dari kemeriahan itulah luka berganda akan datang.
Aku tidak percaya akan berbahgia dengan banyak hubungan dengan orang. Kebahgiaan itu akan hadir walaupun kita hanya melihat orang lain berbahgia. Aneh juga fungsi bahgia itu.
Agaknya apa yang dilihat orang akan orang yang seperti aku ini?? Menakutkan atau bodoh2x alang???
Orang seperti aku boleh dipersendakan diperlekehkan dengan kasihsayang palsu. Itulah sebenarnya.
Makana apa malam ini aku .. entahlah.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 22, 2012 14:20:12 GMT -5
3.19am
Terjaga dari tidur. Dada sangat ngilu sekali pedih dan tidak tahu bagaimana menyatakan rasa sakit tersebut. Barangkali kerana tidur dalam duka dan penuh kesedihan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 23, 2012 4:18:08 GMT -5
Lost dan mengantuk...tengah baca paper pun boleh tertidur.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 23, 2012 20:41:27 GMT -5
24.8.2012 At Transit Home PPj 9.26 am
catatan selingan
Ingin aku jeritkan pada bintang namamu, tapi aku malu dengan senyum sinis bulan padaku. Ingin aku menjentik setiap rasa rinduku padamu tapi terang mentari memudarkan segala harapan dan keinginanku.
Pernahkah engkau tahu seberapa dalamnya kasihku untukmu yang aku diamkan dalam palung hatiku?. Dan apakah engkau akan merasa getarnya disetiap kali rinduku memanggil manggil namamu?. Atau barangkali cuma aku yang merasakan setiap getar kasihsayang itu kerana cuma aku yang menginginkanmu memasuki dunia dan hatiku. Cuma engkau. Bukan ada mereka, dia, kamu atau sesiapa seperti mana keinginan mu. Engkau lebih suka para pemujamu berada dikelilingmu. Dan aku cuma mampu untuk berada dan menatap dari kejauhan.
Setiap gerak hatiku menuju ke lorong mu. Bagaimana mungkin untuk aku melepaskan engkau kalau setiap tatap mata setiap hembusan nafasku tak pernah berhenti untuk mengukir namamu. Tapi adakah engkau peduli?
..
Catatan pagi.
Bangun awal pagi tadi dalam jam 6am +. Tak tahu kenapa aku bangun awal dan siapakah yang mengejutkan aku dan aku pun tak peduli siapapun.
Tengok cerita tamil di pagi buta dan siaran tamil sentiasa berkumandang tah aku faham atau tidak aku pun tak pasti tapi itulah cenel yang selalu aku onkan. Simplekan hidup ini?? Hidup orang yang patah hati seperti aku ini.
So perut lapar. Ada keinginan untuk keluar jogging di bukit sana yang selalu menguja perasaan aku. So aku keluar tapi bukan berjogging malah singgah ke restoran mamak di presint 9 untuk mengasak roti canai dan teh tarik. Aku mintak dua biji roti kosong tapi diberinya sebiji. So makan sajalah walaupun aku rasa sat2x lagi aku akan lapar lagi.
Aku belum lagi reronda dengan bas. Biasanya kalau aku berada di PPj nie aku suka naik bas dan berpusing kekeliling dengan bas. Hurmm dunia kita makin menjarak. Sebenarnya aku tahu kenapa kerana aku orang yang sangat cemburu dan aku tidak lagi beramah tamah dengan sebarang orang.
Aku tidak suka berkongsi apa yang aku sayang dengan orang lain apa lagi orang yang sesuka ginjalnya memandang rendah orang yang aku sayang walaupun pada kenyataan itu bukanlah salah mereka tetapi perasaan itulah yang membuatkan mereka bersalah kepadaku.
Menghormati orang lain adalah satu kerja yang sukar. Tetapi ingin dihormati itulah yang selalu diinginkan oleh orang hatta diri sendiri tidak menghormati diri sendiri.
Perut aku sudah kembali lapar. Tadi call bonda, hurmm ada si fatin temankan bonda di rumah so aku tidaklah risau sangat memalam bonda sendirian. Tah kenapa rajin pulak si fatin pulang awal ke rumah toknya padahal masih lagi mood raya. Hurmm sedangkan katanya dia ingin ke kl cuti2x selepas raya.. pasti ada story nya pasal anak buah ku yang sorang ini. Bonda cakap besok ada keluarga besar dari kota bahru akan turun.. hurmm kenduri perkahwinan so selamatlah aku boleh aku pulang awal sedikit dari tarikh budget asal aku kerana memang aku tidak mahu bertemu dengan mereka semua.
Mungkin selepas si fais dan isterinya balik ke sini barulah aku balik kg atau kalau rajin singgah di Kuantan rumah sister aku lama sudah aku tidak pernah kesana makan tahun suda agaknya rasanya aku pergi lepas dia kembali dari umrah entah berapa lama dahulu.
Bonda cakap pak usu bising fasal aku tk ada hariraya . Eh!! kenapa harus pedulikan aku?? gasak akulah mahu kemanapun di hariraya, aku tk kacau sesiapa dan tak menyusahkan sesiapa memang pada kata dasarnya aku tidak ingin berjumpa dengan saudara mara. So??? aku tidak perlukan mereka semua. Waktu mereka kecil dan susah memanglah mereka memerlukan bantuan aku dan aku sedia membantu dan apabila mereka dewasa aku malas untuk berjumpa dengan makhluk2x ini.
Keinginan untuk makan tapai pulut. Tapi disini mana nak cari??? Perutku kembali lapar.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 24, 2012 22:59:39 GMT -5
catatan kecil
Udara luar sangat dingin sekali. Cuaca hujan pagi. Aku tertidur pulas semalam tapi dengan aneka mimpi yang aku sendiri tidak tahu hujung pangkalnya.
Mandi awal perut lapar so aku kena cari sarapan untuk membuatkan perutku tidak meronta2x minta makan. So keluar dengan udara yang sangat sejuk sampai terasa seperti ingin mengigil. Pot yang agak nyaman pekena mee goreng campur kew tiaw teh tarik dan dua biji telo setengah masak. Kemudian carik paper. Cam biasa kosmo dan The star or NST. Metro jarang2x aku beli.
Kemudian aku pusing2x membaca paper di tempat yang aku suka suasana tenang dan damai. Bila bercuti aku memang rajin baca paper dari muka surat depan sampai muka surat belakang dan sampai aku akan tertidur dengan berselimutkan paper. Berita berulang ulang pun aku baca. Atau iklan kematian atau apa2x jenis iklan. Itulah kerja aku kalau aku cuti. Kalau dalam hari yang sebenar aku jarang beli paper or tidak pernah beli paper. Aku biasa baca secara Online jerr.
Terasa nak balik sudah, rindu dengan games aku, bilik aku dan katil aku. Bonda?? Entahlah kadang sudah terbiasa aku tidak rindu bonda kut. ;D
Nak keluar carik tiket ke??? Sat2x lagilah kalau aku rajin. Teh O semalam masih ada di meja. Hurmm harus panaskan dahulu sebelum minum.
Si fais dan wifenya tidak jadi balik hari ini. Katanya besok. Raya sakan meka berdua ni. Maklum masing2x sibuk bukan mudah untuk dapat cuti lama2x berada dikampung dengan mak ayah dan adik beradik lain kut.
Apa yang aku suka tentang seseorang..
1. Entah aku pun kabur macam mana aku akan tertarik dengan seseorang itu. Yang pasti nya orang itu mesti single dan tidak dipunyai sementara atau kekal. Kerana orang seperti aku tidak suka berkongsi kasihsayang ataupun merosak kasihsayang orang lain. Tapi ada orang suka menabur kasihsayang sana sini, mereka tidak menjaga perasaan pasangan masing2x bergurau secara over limited padahal cemburu ringan itu boleh membuatkan bom jangka yang besar kalau meletus.
2. Aku cemburu so orang cemburu seperti aku ini sangat sukar untuk berhubung rapat dengan orang2x yang memiliki ramai pemuja diluar sana. Hahahahhahahhaa.... macamlah aku nak bercinta dengan artis pulak. Tapi rasanya aku tidak akan memilih artis2x untuk disayangi, spesis seperti itu adalah spesisi mencari poket gemuk.
3. Aku suka kepada orang yang tak suka tapi kadang2x apa yang aku suka memang tidak suka kepada aku tah kenapa selalu macam tu.
Aku suka orang yang aku suka selalu carik aku selalu sms aku selalu call aku walaupun semua tu aku tak suka buat. Aku suka orang yang aku suka selalu ucapkan i love you... dan aku pun suka sebut juga sebab aku memang suka dia.. rasanya tidak membazir kut sebab tidak semua orang mampu buat kita suka dengan dia. So orang yang kita suka kira untunglah sebab kita suka dia dan love dia. So apa salahnya kalau kita selalu sebut sebagai menanam dalam jiwa kita. Tak salah bukan??? Tapi tahlah salahkut... murahker?? entahlah.. tanyalah pada hati sendiri murah ke mahal sebab tak semua orang kita selalu ucapkan i love you... hurmmm..
??? cam pening jerr.....tapi memang rasa macam nak cari tiket balik jerr nieh........hahahhahhahaaa......... ;D ;D
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 25, 2012 3:47:36 GMT -5
??? kepala sudah separuh masak. Aku spesis yang bila nak buat sesuatu buat. Bila nk pergi , pergi. Bila nak balik , balik. Bila nak say bye bye hai hai say jerr.. Semalam ada aku block seseorang dari boleh melihat fb aku walaupun fb aku hanya jadi freund aku je boleh jengah2x. Tah kalau mereka gila games sama macam aku maybe aku add, tapi aku tengok dulu link mutual tuh ada bersangkutan dengan orang main games ke tidak kalau tak jangan harap aku terima. lagipun aku bukan retis untuk diskodengkan sekadar nak tau aku masih hidup atau mati tak payahlah pergi jer Jabatan Manusia dan tali air mesti boleh tahu aku hidup atau mati sudah. Keyboard paling aku benci kalau ditekan2x tak nak timbul tak sama macam keyboard ACER aku...... hadoii bertapa laa'aa rindu aku dekat si mukaempatsegiku itu.. padahal kali dia nyampah tengok aku kut. Biasa kalau aku cuti lama mesti dia buat hal. Padahal dia tahu aku baru perabis duit bercuti mestilah dia tak nak on or something wrong dengan connection cam biasa. Kipas dia pun dedua bunyi bising tah bila nak aku gantikan. aku sudah rindu gila dengan games aku........balik laa woooooo
|
|
|
Post by Mousedrug© on Dec 20, 2012 7:20:08 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 16, 2015 13:25:59 GMT -5
Hujan turun lebat so terpaksa off pc dan modem harap besok Jerubu Hilang menaip dgn keypad hp macam arem seja tapi boleh lah sepa tu racun tikus ekekekke
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 16, 2015 13:26:42 GMT -5
|
|
|
Post by Mousedrug© on Sept 16, 2015 19:06:45 GMT -5
|
|