admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 23, 2012 13:45:54 GMT -5
Keinginan untuk menulis sebenarnya timbul sejak beberapa hari ini. Sejak awal ramadhan lagi. Tetapi keinginan itu tenggelam dalam kesibukan tersendiri. Kehilangan kata2x yg ingin dilakarkan kemudian larut ke dalam games fb yg tidak memberi apa2x manfaat sekadar kepuasan didalam jiwa yg gersang, sengsara, kesepian , keseorangan dan kehilangan.
Kepedihan didalam dada terkadang aku salurkan dengan bermain games. Ada komunikasi, tetapi tak ramai org yg aku pilih untuk berkomunikasi denganku. Aku mencari orang yang mampu memgusir kegusaran hati bukan menambah beban yg harus ku tanggung.
Biasanya mereka ini adalah kaki gamers saja. Dan aku sangat menghindar dengan orang yg berborak dengan bahasa lucah melampau apalagi yang berjiwa menodai jiwa orang lain dengan kata2x kasihsayang. Orang seperti aku tidak layak untuk merasakan nikmat itu semua lagik.
Ramadhan.
3 ramadhan. bonda dan aku seperti tidak berjarak waktu ini setiap kali berbuka puasa aku turun ke bawah berbuka bersama2x bonda tidak seperti kebiasaan aku berbuka sendirian di kamarku .. ada si fatin dan si angah so kami berbuka 4 orang.
selera bonda boleh tahan tahun ini setiap kali berbuka aku tengok dia makan laju tidak ada seperti tahun2x yang lalu dia selalu mengomel dia makan seperti makan "sampah". yang selalu juga menjadi kritikan aku kenapa bonda agak semakin kurus sekarang.
kadang2x bonda membuat lawak, dan aku seperti biasa membodohkan diri sendiri mengelak dari untuk tidak bertengkar atau membuat bonda sakit hati.
dirumah pula ada lagi kehadiran insan baru, seekor anak kucen yg dibuang orang. Hurmm.. kisah anak kucen ini juga lucu tetapi biarlah dulu, kalau aku punya kerajinan akan aku ceritakan kalau aku malas aku mengasak games saja.
tadi kami berbuka nasi ayam, dua hari lepas nasik goreng lada hitam, tapi fist berbuka puasa lagi ramai kami berbuka apabila sister aku yg kedua ..pulang berbuka puasa di rumah. Keadaan ini membuatkan bonda semakin bergembira melihat gaya makan sister kedua aku dan anak2x mereka.
dan aku? aku kalau bonda bahgia aku akan bahgia... itu saja lah apa yang mampu aku rasakan.
sudah 2.45 pagi.. seperti biasa aku tidak bersahur sekadar minum air..
sambung kembali.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 23, 2012 14:37:13 GMT -5
Sebenarnya didalam kehidupan ini kita mempunya banyak pilihan. Bukankah begitu? kita boleh memilih untuk merasa berbahgia, bermesra, berkasihsayang, berindu dendam.. dan aneka rasa yg negatif lagi.
Dan didalam hatiku, jauh disudut sana.. apakah yg aku inginkan?? selain dari melarik duka dan luka?. Berbeda keadaan ditempat lain, disini aku hanyalah dengan duniaku sendiri.
Dalam posisi aku yang sebegini apakah hak ku? aku yg merasakan tiada ada hak atas apapun hak. Hak untuk berbahgia, bergembira bahkan untuk menikmati hidup yg lebih wajar itu pun bukanlah hakku.
aku orang yang menunggu kematian. Dunia ku adalah dunia hitam yg kelam. orang seperti aku tidak mampu membuat orang lain bahgia apatah lagi hatiku sendiri yg penuh dengan prasangka dan meneka.
pada suatu hari aku pernah melihat seorang perempuan menyelongkar tong sampah mencari tin barangkali atau apapun yg boleh dijual untuk dijadikan duit demi kelangsungan hidup. Mereka ini tidak malu untuk menyelongkar tong sampah, barangkali punya anak sederet dirumah, keadaan ekonomi yang sukar untuk membuat mereka memilih kerja atau kerja yang memilih mereka.
dan aku meletakkan diriku andai aku anak orang itu, ataupun andai itu aku sendiri. bagaimanakah??? jurang menjarakkan diri.
keterbatasan kata hati. Benda baru semua urg akan teruja. Mereka akan gembira dan bahgia untuk seketika tetapi lama kelamaan bila segalanya menimbulkan prasangka mereka akan pergi ke tempat lain dan membina bahgia dan gembira ditempat lain pula. itu adalah hakikat.
Dan aku hanyalah memilih untuk bertingkat di kandang ini saja. Kerana inilah duniaku. Dunia asing yang aku pilih sendiri. Jauh dari kemeriahan orang lain, jauh dari gurau senda yg melampau batas.
dan aku doakan semoga kebahgiaan dan kegembiraan mereka berkekalan.
salam sahur.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 24, 2012 7:20:51 GMT -5
hari ke 4 ramadhan.
sisebelah isteri dan anak2x beliau berbuka dirumah. Menu makan besar. Sup tulang, daging masak merah, buncis goreng udang dan aneka sisipan lagi.
bonda untuk hari ke 4 berpuasa nampak berbuka dengan berselera. Semalam menu nasi ayam. Yang pasti nasi ayam tidak berbaki habis. Tapi hari ini nasi yang dimasak dirumah tidak luak terbanyak pula. kalau untuk dimakan sahur buat mereka bertiga pasti tidak akan habis.
Hurmm.
Dan aku berbuka dengan bubur bersama kuah sup dan kentang minum yong tau fu.. ehh tidak ada teh o panas hari ini.
seharian hatiku teringat pada yang jauh disana pada kenangan yang pernah kita tandakan. entah kenapa aku teringat dengan bapak dan mamak di tinosa juga kepada engkau.
barangkali engkau pun meriah berbuka puasa bersama suami dan anak2x.
aku cuba untuk memeriahkanhatiku dengan games. Kehilangankah aku?? aku kehilangan teman bicara kerana aku memilih oranguntuk berbicara dengan aku.
aku tidak mahu melukakan hatiku lagi. cukuplah dengan apa yang telah aku lalui. Kenapa aku tidak mampu membuat hatiku bahgia?? apalagi untuk membuat orang lain berbahgia. yang aku mampu hanya membuat orang berduka cita dan terluka hatinya.
aku harap ramadhan kali ini bonda berbahgia menikmatinya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 29, 2012 12:43:01 GMT -5
1.33am
Si sebelah akhirnya sudah jumpa rumah untuk diduduki setelah sekian lama tinggal menyewa rumah pak usu. Area jalan pusara dekat kuburan china. Tadi after berbuka puasa mereka pakat pergi membersih dan membasuh rumah. Cuma aku tidak tahu bila mereka akan pindah sebelum atas selepas raya.
Maybe akhir bulan ini, aku pun tak tanya pak usu apa dia nak buat dengan rumahnya itu. Gasak beliaulah. Aku tahu si sebelah risaukan bonda, lagi pula bonda payah nak mengikut anak2x,
todaypun kelam kabut aku tengok menu untuk berbuka puasa, si fatin anak buahku sudah masak sayur cuma belum goreng ikan tetapi bonda kerajinan mahu masak lagi asam pedas ikan kerisi , aku cuma tengok malas nak menegur. Nanti kalau ditegur beliau tidak akan makan merajuk.
So beliau berbuka dengan kurma dan jemput pisang, tidak makan nasi , aku pun tidak juga menegur, maybe after teraweh baru beliau mahu makan nasi kut, itupun aku rasa jam sudah hampir 11mlm, tapi itupun tidak aku menegur.
Lately hati aku makin diam, tiada kemeriahan langsung. memang aku bukanlah orang yang sempurna. Tetapi jauh didasarnya aku mengharapkan pengertian.
Beberapa hari yang lalu aku sering teringat mamak dan bapak di Tinosa, sama juga dengan engkau, tetapi ingatan itu harus aku tindas diam2x. Untuk tidak melukakan hati orang lain. Biarlah rasa itu cuma aku sendiri yang merasakan.
so hari2x ku habiskan dengan games go fishing. Aku jarang berkomunikasi dengan orang, sekadar berbasa basi saja. Status pun tidak lagi aku update.
Hati semakin kering tapi aku bukanlah orang yang gersang yg apabila mendengar suara perempuan aku akan merasa hilang perasaan gersang itu. Bagi aku kalau kita sudah mempunyai orang rumah, orang itulah yg akan memberi kita bahgia sewajarnya bukan suara perempuan2x lain yg menguja kita dan membuat kita bahgia.
Makin aneh aku melihat perangai manusia ini, barangkali itulah sifat manusia yg tidak akan pernah cukup dengan satu, ataupun tamak dengan rasa kasihsayang.
Dan orang yg dipuja barangkali merasa riak, suka dan gembira apabila mereka dipuja oleh orang yg sudah dipunyai. Eh.. aku ingin melemparkan senyuman walaupun dalam duka yang merimbun.
Aku tidak berani untuk memberi ruang kepada hatiku lagi, aku tidak ingin melukakan orang laind engan sikap ku. Biarlah aku dengan duniaku walaupun apa anggapan orang lain. kediaman itulah yang meraja didalam jiwaku.
Banyak benda yang datang kemudian pergi, kita harus akur dengan apa yang telah kita hadapi dan lalui.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 31, 2012 21:42:02 GMT -5
Ramadhan makin pantas berlari, baru lagi khamis sekarang sudah mahu khamis lagi. Aku melepaskan ramadhan seperti mana tahun2x yang dahulu.
Walaupun begitu keinginan untuk meneruskan apa adanya semakin mengurang didalam jiwa. Kehilangan sesuatu didalam rasa untuk berbahgia dengan diri semakin menguras. Hidup seperti tembuk batu yg terus hidup sebelum diroboh atau teroboh.
Kedinginan hati makin mengering. dimanakah semua harapan semua rasa indah itu menghilang atau mati aku sudah tidak lagi mempedulikan jiwa yang semakin mati.
Ramadhan, tiada memberi apa2x bekas kepada kehidupan aku yang seterusnya. Menghidupkan jasad yang sesia sia dan menunggu waktu kembali yg tidak pasti.
semalam nyaris mataku buta kalau tidak dielakkan oleh takdir. Waktu membuang sampah di belakang dapur, hampir sedikit mataku tercucuk dengan dahan kayu yang tajam yang bila diingatkan kembali sangat mengerikan tetapi sesipinya terkena juga di pipiku yang mengariskan satu garisan yang sangat memedihkan tetapi tidak mampu untuk membandingkan kepedihan hati sendiri.
kalau tidak mata kiriku akan buta.. membayangkan itupun mengerikan tetapi lihatlah pada takdir pada bayangan dugaaan yang Allah berikan. Aku masih tetap roboh dibawahnya.
Orang seperti aku tidak tahun untuk merunduk dan bersyukur barangkali.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 1, 2012 11:13:49 GMT -5
si sebelah sudah mulai mengangkut barang2xnya sedikit demi sedikit ke rumah sewa yang baru. Tadi waktu aku turun dibawah dengar bonda merepek2x, katanya tentu sukar buat si sebelah untuk berpindah, apalagi beliau tidak pernah berpisah jauh dari bonda kecuali pergi jalan2x makan angin atau urusan kerjanya.
hurmm maybe hati bonda pun berat. Hati seorang ibu barangkali begitulah. Barang2x besar belum lagi diangkut cuma pakaian dan barang yg kecil yg mudah dibawa masuk ke dalam keretanya.
aku mencuba untuk berbaring tadi, untuk melelapkan mataku. Tetapi aku dibayangi oleh berita kemalangan ngeri yang ku dengar di tv. suami isteri meninggal dunia akibat dari di seret oleh bas sekolah. si suami meninggal dunia di tempat kejadian manakalah si isteri mengandung 7 bulan meninggal dunia semasa dihantar hospital. Ngeri tak mampu aku bayangkan kematian yang sebegini, apalagi si isteri tengah membawa budak, tinggal anak lelaki yang berumur dua tahun.
kemudian kisah suami membunuh isteri seorang exserkutif tv9, akibat di jerut lehernya. suami membunuh isteri?? banyak kali suda ku dengar berita sebegini , banyak kes sudah berlaku kenapa harus terjadi begini?? orang yang kita cintai kita sayangi yang kita kahwini secara halal, yg berkongsi segala rasa sanggup membunuh ??? kalau tidak melibatkan orang ketiga ataupun perasaan kecelaruan jiwa antara keduanya.
aku selalu melihat, hubungan suami isteri nampak saja serasi dari jauh tetapi padahal mereka menyembunyikan perasaan mereka jauh ke dalam. bila si suami selalu berlagak seperti buaya yang nampak atau tidak nampak dimata isteri, membuatkan isteri cemburu, ataupun sebalik nya si isteri yang suka bermain rasa dengan kawan2x lelaki apalagi dengan ada facebook tagged segala, pada awalnya memanglah dalam segi gurauan tetapi kalau sudah sering bersama sering bermanja dan membuai kemesraan apakah tidak akan timbul kasihsayang terlarang???
selalu nya sebegitulah. banggal barangkali menjadi pujaan ramai walaupun sudah menjadi isteri atau suami orang, apakah yang mereka cari sebenarnya dalam kehidupan ini??? kerukunan dalam rumahtanggakah atau kepuasan diatas katil saja???
ngeri aku membayangkan apabila kita harus tidur sekatil dengan seorang pembunuh.. bukan cuma yang mampu membunuh dengan melibatkan kematian jasad dan roh.. tetapi yang membunuh dengan mematikan jiwa tapi jasad masih hidup raga berkelana dan sengsara... tak ramaikah begitu???
sebab itu aku selalu fobia apabila melihat kemesraan orang yang sudah memiliki pasangan masing2x dengan orang lain.. segalanya berkemungkinan untuk terjadi..
salam ramadhan.. sudah mulai pertengahan ramadhan kali..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 5, 2012 13:28:27 GMT -5
ada org tetiba hilang dari fb. Membuatkan pemuja2x mereka menangis kehilangan, kerinduan kehampaan. Kasihan dengan mereka. Kenapa harus melibatkan orang lain kalau marahkan aku atau pun tidak suka denganku. Biarlah aku saja yg terbuang dan dibuang..jangan biarkan pemuja2x lain merasa tersiksa. Hurmm.
Akhirnya semua barang si sebelah siap dipindahkan ke rumah baru. Pak usu mintak lagi duit, hurmm, manusia kalau dengan wang boleh membuang saudara mara. Tak apalah rejeki mereka lah tu barangkali.
Semalam waktu berbuka bonda gelakkan aku. Sebab memang dua tiga hari ini aku tidak berapa selera makan apalagi dengan gastrik sebelum berbuka dan selepas berbuka aku mesti pitam di katil.
Petang semalam ada orang menghantar nasi ayam. So bonda tak nak nasi ayam, si angah pun tak nak , jadi aku saja yang makan. Bonda cakap berselera lah org berbuka hari ni, aku cakap ngan bonda orang "waliallah" memang pantang sebut selalu jer dapat.. bonda tergelak2x macam2x dia cakap pasal apa yang aku sebut, urg wali2x nie macam mana aku pulak jenis wali yg mana.. hurmm.
kehidupan kita ini seperti roda kadang di atas kadang dibawah. Apa yang perlu kita khuatirkan akan kehidupan?? semua nya tetap berjalan seperti apa yang Dia inginkan.
niat berpuasa kemudian tidur kalau malas memancing. Itulah kehidupan aku, jarang ada komunikasi dengan orang sesekali adalah dengan orang yg tidak aku kenal. Inilah jalan yang aku lalui supaya tidak melukakan hatiku sendiri dan hati orang lain.
beberapa kali aku sms... tapi memang seperti biasa sms aku tidak akan dijawab. Aku faham. Doaku semoga dia tidak mendera orang lain kerana aku.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 5, 2012 20:58:47 GMT -5
Badminton dapat perak tk apalah berbaloi lah sudah tu dari tak dapat apa2x. Aku malas nak komen lelebih nanti silap komen jiwa parah. Lagipun aku sudah lama tak minat badmintok selepas hilangnya foo kok keong. Bagi aku siapapun pemain sekarang tidak boleh tanding dengan kehebatan foo kok keong kerana keinginan melawan dia memang akan tumbuh sejak awal bermain. Tak macam pemain2x sekarang terlampau dimanjakan. Semangat untuk menenang makin menipis sekadar untuk mendapat imbuhan yang terlampau bila mendapat kejayaan. Aku terlewat seperti biasa. Hurmm. Dunia berputar dengan lebih hebat. Apa agaknya yang kau rasakan?? Marah?? benci ?? geram?? sakit hati?? tapi hanya pada aku seorang saja kan?? sebab aku "mengewaykan diri dari tempat borak yg dibuat untuk para pemuka engkau" aku tidak masuk sana kerana aku tidak mahu merendah2xkan harga diri seorang perempuan dengan gurauan melampau. Bagi aku bergurau boleh tapi biarlah ada had dan sempadannya. Lagipun lately aku tidak berselera untuk berada dilingkungan ramai. aku cemburu?? wahh soalan bonus yang harus ditanya pada hati sendiri. Lagipun aku bukan hak milik sesiapapun biasanya orang yang sudah dimiliki saja pandai berseloka dan bersenandung dan membuatkan hati si pujaan naik ke langit ke tujuh. Aku orang yang sinis, aku boleh bergurau dengan orang yang tahan gurauan denganku. Aku boleh bercanda andai aku selesa dengan orang itu, dan aku sangat memilih dengan orang yang boleh membuatkan aku selesa. Apalagi dengan orang yang akan mengajak aku bertengkar paling aku jauhkan. Aku malas untuk bertengkar apalagi orang yang akan provokasi aku dengan sengaja atau dengan sembunyi. Aku malas untuk melayan jiwa orang lain kerana jiwa aku sendiri pun sedang melata. sekejab saja sudah jam 9.53pagi baru jer rasanya aku bangun. Nuzulquran hari nie.. apa eh adanya dalam menu petang nanti?? semalam aku makan seperti orang kebuluran after that bonda paksa aku makan cendul bersantan dengan gula melaka sebab aku membeli cendul banyak .. eh?? salah aku kah lagi?? salahkan "walisengkek" ini?? kadang aku ingin membuat bonda gembira, tapi orang seperti aku mampukah membuat orang lain bergembira?? selalu aku tanyakan semua itu dalam hatiku. lagi beberapa hari umurku akan meningkat lagi, tapi rasanya seperti sekadar meninggalkan hari. Jiwa aku , raga aku, keadaan aku masih sama seperti lewat beberapa tahun yang lalu. Yang lama aku tinggalkan. Kegiatan menulis sudah banyak tahun aku tinggalkan sejak aku balik ke semenanjung. Tiada satu idea ataupun karya yang boleh dibanggakan lagi. Tiada yang mampu memberi aku keghairahan utnuk menulis lagi . Dan janjiku kepada te'amorku.. hanyalah tinggal janji yang pasti tidak mampu aku lunaskan sampailah aku menutup mata. Mudahkah kita melepaskan sesuatu yg pernah hidup didalam jiwa kita?? berapa orangkah yang datang dan pergi sekadar selingan tetapi yang sebenarnya hidup didalam raga kita adalah orang itu cuma. berpuasa lagi............ aku cuma menunggu bilakah engkau akan menyelak kembali ruang hati yg terkopak ini.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 11, 2012 5:08:45 GMT -5
Hurmm. Si sebelah suda'a mulai tinggal di rumah sewa barunya. Bonda seperti biasa makin tua dan makin degil. Tapi aku rasakan tahun ini puasa bonda meriah dengan anak2x dan cucu2x beliau. Jarang sangat dia berbuka sensorang seperti waktu dulu.
Today si sebelah ajak berbuka di rumahnya, tapi aku awal2x suda masak untuk anak2x si bungsu yang 4 orang dirumah lagi, hurmm hidup ini haruslah banyak kekuatan dan ketabahan.
walau pada zahirnya kita nampak kuat tetapi sebenarnya kita rapuh. Tak mengalahkah lagi aku?? Tapi yakinlah pada hati kalau mereka itu tidak ditakdirkan untuk selama2xnya menjadi sahabat kita , kita lepaskan mereka dengan seikhlas hati.
Biarlah mereka mendapat sahabat2x lain yang mampu membuat mereka bergembira dan bahgia. Aku tidak menyalahkan sesiapa dengan apa yang terjadi kerana kita masing2x ada pendirian masing2x.
Apa yg hendak aku tulis?? aneka benda, esok besday aku, awal2x lagi aku sudah under maintenancekan acc fbku.. kerana aku tidak mahu menerima ucapan dari teman2x. Biarlah aku sendirian menghadapi hari tuaku tanpa ucapan.
Maybe akan timbul prasangka orang, tetapi biarlah aku lakukan kerana apa yang aku mampu aku lakukan apa yang membuat hati aku tersentuh.
Orang seperti aku ini tidak layak sesungguhnya berteman rapat dengan orang, orang yang sukar difahami barangkali. zon selesa bersahabat dengan orang seperti aku sangat lebar. Hanya mereka2x yang kuat saja mampu bertahan.
Orang yang menyimpan segala rahsia hanya dalam hati walaupun aku sebenarnya adalah sebuah buku yang terbuka.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 11, 2012 5:09:56 GMT -5
tiket untuk beraya telah aku beli. Khamis nanti berangkat lah aku. Acc fb maybe aku cuma pegunkan sebegitu dan tidak deactivekan seperti biasa.
Waktu itulah aku dengan keinginanku saja.
|
|