Post by admin™ on Aug 14, 2009 2:42:56 GMT -5
warkah untuk guruku.........
Guruku,
Engkau tahu aku tidak pandai menulis tetapi hari ini aku ingin menulis kepadamu. Manusia yang mengajar aku dunia atas ini. Apa yang akan aku lakarkan ini adalah apa yang tersirat di dalam hatiku yang paling dalam dan apa yang diiizinkan olehNya.
Aku hadir dalam dunia atas ini dalam keadaan aku yang sangat menyedihkan. Sangat kecewa, sangat terluka sangat derita. Lalu engkau dibukakan hati olehNya untuk memilih aku sebagai anak muridmu dengan mengajar aku melahirkan semua rasa2 di dunia sebenar itu kepada satu ruang lain. Engkaulah manusia itu. Aku tidak mahu berterima kasih kepadamu guruku. Tetapi aku mahu sujud padaNya yang mengatur segala kejadian dan kerana engkau juga milik Tuhan.
Ada kalanya aku merasa aku sangat bertuah dilahirkan di sini. Di ruang kesayanganmu ini. Tidak diruang yang lain..Aku berasa sangat istimewa. Selalu aku bertanya bagaimana aku tersesat ke sini? Bagaimana aku boleh berada di sini pada hari ini??
Telah terlalu lama rupanya kita berjalan..Telah terlalu jauh kita tinggalkan…Aku tidak pasti engkaukah yang menemani hidupku yang sangat gelap atau akukah yang berjalan bersamamu di dalam hidupmu yang di hujung itu. Apa yang pasti kita manusia yang terluka dan mempunyai hati yang sangat rapuh dengan setiap dugaan. Terlalu banyak rasa yang kita janakan. Aku pernah merasa amarahmu, sedihmu, sunyimu, kesalmu, rajukmu, dan segala macam rasa lagi. Aku membaca tulisan2mu, diajak mengikuti setiap ruang yang engkau pergi, merasa pemberianmu, mendengar suaramu dan apa yang lebih besar pernah merasa nikmat kasih sayangmu yang diberikan oleh tuhan..
Guruku,
Aku tidak peduli dengan layak atau tidak layak atau sebarang jenis kelayakan di dunia ini. Kerana apa yang aku pasti aku manusia yang tidak layak disisiNya. Mencium bau syurgaNya sekalipun. Maka dengan itu aku tidak pernah peduli dengan sebarang kelayakan. Aku tahu aku manusia berdosa tetapi aku tetap mahu belas ihsanNya. Masih mahu mengadu denganNya, masih mahu dipelukNya. Aku bukan manusia warak kerana jika tidak aku tidak akan meninggalkan mereka yang aku sayang dan telah berkorban.
Usah ditanya telah berapa ratus aku berkeputusan untuk meninggalkanmu dan alam maya ini. Tetapi lihatlah pada hari ini aku masih berdiri dan melayangkan warkah ini. Di manakah kekuatan itu datang? Sejauh itukah aku diberi ketabahan? Aku sendiri tidak dapat memahami setiap kejadian tuhan. Cuma yang aku tahu setiap tingkahku adalah rasa yang kupohon denganNya. Berlandaskan petunjukNya. Mahu menegurmu atau tidak, mahu membaca tulisan2mu atau tidak, mahu menerima cerita2mu atau tidak atau sebesar hama tentangmu.
Guruku,
Akukah escapism? Aku juga bertanya sedemikan. Tapi akhirnya aku sedar kehadiran aku dalam ruang hidupmu bukan semalam. Tetapi sejak engkau digerakkan hati olehNya memilih aku sebagai anak muridmu. Bertahun dahulu. Aku yang telah banyak mencerna rasa bersamamu. Jika benar, mungkinkah aku orang yang tepat? Bagaimana jika escapism itu bukan aku? Mungkin benar katamu, kerana aku tidak mengharapkan sebarang perasaan padamu. Dan itulah dugaan terhebat untukku dari tuhan. Aku yang tidak mengharap apa2 ini menerima sangat banyak dariNya dengan menggerakkan hatimu mencampakkan sebahagian kasih sayangmu kepadaku.
Guruku,
Barangkali penat benar engkau dalam kehidupan ini. Bertahanlah guruku. Bertahanlah demi hidupmu yang tidak panjang itu. Mungkin kasih sayangmu untuk dia yang paling engkau cinta itu sangat ikhlas sehingga dipertemukan aku. Anggaplah aku hanya segalur cahaya yang hadir yang menyelesakan dan menenangkan. Jauh sekali untuk memenatkan dan memberi banyak keletihan. Tuhan telah memberi dengan sangat banyak dalam kehidupan aku yang serba kekurangan ini. Maka aku tidak meminta apa2 lagi.
Sayangkah aku padamu? Rindukah aku padamu? Jatuh cintakah aku padamu? Itulah dugaan maha hebat untuk aku apatah lagi ia keluar dari mulutmu sendiri. Aku berasa sangat walang. Kerana aku tidak mampu menzahirkan apa yang aku rasa. Aku bukan ego dan tinggi hati tetapi aku telah lama terlalu terluka sejak mereka diambil tuhan. Sayapku telah lama patah dan dengan susah payah aku menjalani hidup ini sendiri bertunjangkan mereka yang tertinggal dan berkorban untukku. Malangnya manusia2 ini aku lukakan dan tinggalkan. Aku tidak dapat menjadi mereka yang mendambakan kasih-sayangmu. Mudah mengatakan sayang dan cinta. Maka aku melindungi hatiku dengan ketat dan kejap. Hanya aku yang akan melukakannnya. Bukan sesiapa.
Namun guruku, engkau tetap manusia yang masih lemah yang mengharapkan pujukan rayuan. Maka dengan itu guruku, carilah kebahagian itu. Tidak kira berbentuk kekal atau sementara. Atau dalam apa jua betuk kebahagiaan pun. Aku tidak mampu memujuk atau merayumu seperti insan lain. Tapi aku mengikut jalanku sendiri dengan apa yang ditunjukkan oleh tuhan. Bertanda atau tidak, padaku tetap melukakan tetapi itulah yang dinamakan kehidupan. Aku masih ingat aku ditunjukkan dunia sebenarmu yang kecil itu. Itukah guruku? Sesunyi itukah dia? Benar, guruku ini sangat manja dan memerlukan belaian.. Bergenang air mataku melihat betapa gembiranya wajah engkau menunjukkan kiriman…Alangkah bagusnya aku seperti mereka..Aku benar2 hiba..
Aku juga tidak mahu berterma kasih atas kiriman. Kerana yang menggerakkan hatimu tetap juga yang di Atas sana. Berlindung di bawah namamu mungkin sangat membahagiakan tetapi tuhan tetap mahu aku berlindung di bawah kasih sayangNya yang lebih besar itu. Maka dengan itu, ikutlah nalurimu yang kuat itu yang ditunjukkan oleh tuhan. Aku juga bersandarkan kepadaNya. Hanya dengan sebab itu setiap kali aku cuba menjauh, aku masih datang, dan setiap kali engkau menghalau, engkau masih mencari. Ketahuilah tidak ada hadiah terbesar untukku dari tuhan selain aku terpilih menjadi anak muridmu. Benar, hadiah membentuk materi mungkin perlu untuk aku berterima kasih. Tetapi doa seorang guru pada anak muridnya yang berdosa ini sebelum tidur paling besar. Yang membuatkan hati aku sangat hiba dan mengalirkan air mata. Apakah ada hadiah lebih besar dari itu??
Guruku,
Aku sangat faham saat engkau cuba bersikap jujur denganku. Saat engkau berikan sebab menunjukkan jalan bahawa engkau sedang bersikap jujur…Kerana itulah yang engkau lakukan terharap mereka yang engkau sayang. Bukankah begitu? Itu yang membuatkan hatiku sangat pilu. Kerana aku masih lagi manusia lemah yang dibisikkan syaitan dengan syak wasangka dan persoalan. Maka maafkan aku guruku..Kerana pernah berasa tidak yakin dengan kasih sayang yang ditunjukkan.
Jika ditakdirkan suatu hari nanti, kita kehilangan satu sama lain, adakah aku akan melupakan kenangan? Bagaimana mungkin guruku. Jika kehilang itu bersifat kekal maka kenangan itu tetap hidup di dalam hati dan dijadikan pengajaran untukku pula menghabiskan sisa2 hidup ini. Dan jika kehilangan itu kehilangan masih hidup, itulah yang paling sukar. Namun, tiada apa yang kekal di dunia ini. Nikmat kasih sayangmu mahupun cahaya yang datang itu. Maka bersedialah guruku…Atas kehilangan itu nanti. Aku telah belajar bersedia menerima kehilangan semenjak aku kehilangan mereka dan aku telah lama bersedia kehilanganmu sejak mula aku mengenalimu…
Guruku, cintailah sesiapa yang engkau mahu dengan utuh. Kerana itulah kelebihan dirimu. Percayalah nalurimu yang kuat itu kerana aku juga berdoa ke atasnya. Aku berdoa agar Tuhan memberi naluri yang halus yang sangat kuat untukmu.
Guruku,
Masih ingatkah doa aku yang satu ini??Aku melakarnya kerana aku telah merasa akan kehilanganmu suatu hari nanti…Dan hari ini aku melakarkannya semula. Biarpun berbeza doanya tetap sama..akan sama dan masih sama…
Aku tidak pasti adakah selepas tulisanku ini aku masih dapat mendengar engkau menghabiskan hari2 tuamu..Kerana itu sahaja semangat untukku selama ini..Dan aku berserah kepada tuhan….Selamat hari lahir buat guruku yang seorang ini.. SumpittSauber…