Post by admin™ on Apr 22, 2008 21:52:14 GMT -5
"Tapi ngapa tuhan tak datang tolong kita?"
"tuhan tak datang sendiri. Tapi kalau kita minta dan kalau kita betul betul dalam kesusahan Tuhan akan tolong........" Dan seperti selalu kakak mula bercerita.
Hari itu dia bercerita mengenai Aladin bagaimana susahnya dia setelah kehilangan bapa, bagaimana menderitanya dia terkurung dalam gua angkara ahli sihir yang jahat dan bagaimana akhirnya dia mendapat pertolongan dari jin!.
Jin! Segalanya kembali cerah bagi saya. Saya amat yakin tuhan akan menolong kami dan Dia akan menghantar jin untuk memberi pertolongan itu bila kami benar benar memerlukannya. ya.
Sejak hari itu saya tidak pernah lupa berdoa kepada Tuhan sebelum tidur memintaNya menghantar jin untuk menolong kami.
Kerana itu setiap malam apabila saya memohon Tuhan menghantar jin untuk menolong kami , saya mulai ragu apakah Tuhan akan memakbulkannya. Kakak terus terusan menasihati kami supaya baik , jujur ikhlas dan jangan menipu!
Namun suatu petang saya benar benar memerlukan bantuan yang lebih besar. Saya pergi mengambil kelapa dari sebuah rumah. Lebih seratus lima puluh biji semuanya. biasanya apabila banyak demikian saya terpaksa berulang dua kali untuk memunggahkannya dengan basikal. Petang itu saja malas berbuat demikian. Saya memuatkan kelapa yang sudah berkupas itu ke dalam sebuah guni besar dan tuannya menolong saya mengangkat guni itu ke tempat barang dibelakang basikal.
Ditengah jalan saya berselisih dengan sebuah lori, menyebabkan saya terpaksa rapat ke tepi jalan. Basikal saya mengigil sehingga tidak dapat di kala lagi lalu saya terjatuh.
Saya cuba bertenang. Ramai orang yang lalu lalang dengan basikal di situ, tetapi tidak seorang pun berhenti untuk menolong. Saya membuka ikatan guni dari tempat barng basikal, menegakkan semula basikal itu dan cuba mengangkat guni berisi kelapa itu. Saya gagal, Muatannya terlalu berat untuk seorang budak yang berumur sepuluh tahun. Beberapakali saya mencuba, tetapi tetap gagal. Saya mulai takut dimarahi oleh bapa kerana perbuatan yang bodoh itu.
Ketika itulah saya memohon Tuhan menghantar jin untuk menolong saya. Dan dengan permohonan yang tulus itu saya memejamkan mata lalu mengangkat guni sarat itu. Tiba tiba saja ia terangkat dengan mudah.
Saya mengikatnya dengan kuat dan berbasikal semula denganr iang higga ke kedai. Sepanjang malam itu saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah menghantar jin menolong saya, walaupun saya tidak dapat melihatnya seperti Aladin.
Kerana itulah sehingga kini saya merindui zaman kanak kanak itu setiap kali menghadapi kesulitan.
Tapi adakah jin sahabat saya itu akan datang lagi menghampiri saya yang telah penuh dengan dosa seperti sekarang ini?
syahrilah
perak