admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 26, 2006 1:04:38 GMT -5
2.00petang
heh!! ingat nak mula menulis sesuatu, tapi cam banyak pula suatu2.. jadi tak tau nak tangkap yang mana satu..... jadi kena laa satu2 di cernakan dalam minda laks..... fist tadi .....apa yang difikirkan dalam kepala? banyak benda.. macam2......dari hal kecil sampai hal besar.....(ada yang mengacao laks..) ilang laks idea...... hemm
banyak sinopsis bintang yang aku baca.....tentang seorang aku dan yang menarik ada yang terkena dan ada yang memang tak kena langsung. biasalah itupun dinamakan kajian....sifat dan watak manusia..
sejak kecil aku memang seorang yang sangat sensitif... aku sentiasa saja mendiamkan diri atau menyimpan semua perasaan hanya didalam hati.. kalau ada sesuatu yang aku tidak puas...atau aku tidak suka , aku jarang menyuarakan rasa itu...aku diam2 saja..... nenek aku amat faham sekali ngan perangai aku..... tapi bonda aku tak faham.... aku tak tau kenapa bonda aku tak pernah nak faham aku sejak aku kecil sehingga sekarang.... dunia kami adalah dua dunia yang berbeza.... bonda terlalu otodork dengan kefahamannya.. dan aku terlalu natural.....aku tidak terlalu berpegang aku kadang2 memegang pada kata akal...... itu kadang2 menyebabkan kami selalu berselisih faham.......
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 1, 2006 20:10:20 GMT -5
catatan2 kecil..... seperti nota yang tidak bertarikh.. hidup yang diteruskan dan perjalanan yang masih tiada penghujung. Lemah dan malas.... longlai dan rimas.... terkadang seakan membenci diri sendiri untuk meneruskan hari2 yang datang..... nota2 kaki yang tidak dapat diselesaikan
satu hari aku punya pikiran untuk menulis tentang sekolah agama yang aku tengok di bandar ramai2... sekolah agama rakyat raden Abdullah....aku sendiri tidak tau siapakah yang bersekolah disana dan kenapa mereka bersekolah disana dan tidak disekolah kerajaan.. pada tangkapan awal aku merasakan mungkin mereka ini adalah anak2 dari pendatang.. atau dengan kata lain anak2 yang dilahirkan tanpa surat...... sekolah ini di bandar ramai2 lebih kurang 2 km saja dari bandar .. banyak bangunan disini...dari A sampai abdjad j ker atau lebih..... bandar ini terkadang nampak seperti suram..sepi dan sunyi..... namun disebalik semua itu ada tersembunyi sekolah agama.... semasa aku ronda2 disitu aku lihat ada pegawai pemeriksa sedang memeriksa my card..... ada perempuan2 tua yang menjual runcit di kaki2 bangunan.....ada juga yang menjual rokok....kebanyakkan aku tengok disini banyak kedai2 hardware....atau pun kedai barang2 terpakai.....ada lah satu dua kedai runcit india.. dan restoran cina....disebelah bangunan sana ada...rumah2 air....aku rasa mungkin anak2 yang bersekolah disini adalah dari kg sebelah ataupun orang yang menyewa diatas2 bangunan...... aku masih tertanya2 lagi.........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 3, 2007 0:58:51 GMT -5
catatan kecil
1.52 tengahari di kamarsepi
aku sibuk mengedit apa yang perlu aku edit. sebagai satu janji untuk melakukan sesuatu yang boleh membanggakan engkau. tadi aku di add oleh seseorang entahlah seorang penulis juga dari kemsas yang berminat dengan karya-karyaku yang gombal. kami berborak sekejab sambil aku melakukan tugasku. ada terasa sedikit bangga biarpun bukan tinggi hati merasa dihargai karya barangkali aku di ucapkan dia mengucapkan satu karya dari banyak-banyak karya aku. katanya dia guna nick lebon dan aku cuba mencari di esastera dia juga aktif di kemsas, salam sahabat. semoga ramai kawan-kawan penulis memberi aku sedikit tunjuk ajar. dan dia telah melakukan penyelidikan dalam orang dusun dan sudah diterbitkan oleh DBP KL. ada rasa tercabar sedikit untuk aku cepat menyiapkan koleksi cerita-cerita pendekku kalau ada keizinan dan peluang aku ingin juga karyaku diterbitkan juga. insyaAllah sebagai janjiku kepadanya. tadi pagi bangun awal, tapi aku cuba tidur kembali kerana mungkin kepenatan. aku tak terjaga untuk bersahur. tapi aku tetap meneruskan puasaku kerana sudah berniat dalam hati aku akan berpuasa dari senin sampai khamis. lagipun aku mengalami masalah kurang makan tak ada selesa makan. jadi apa salahnya kalau aku berpuasa sambil mendapatkan apa yang dikatakan pahala. sewaktu muda dan tenaga masih ada.
tadi pagi aku tak sempat jumpa dengan bundaku. aku masih bermalas-malas di kamar dan dia telah pergi ke tempat biasa , tempat dia belajar dan dikedainya. aku mengambil peluang untuk membersihkan sedikit lagi kawasan kebun tebu yang jiran aku sudah tidak mahu. sudah banyak hari aku bersihkan sedikit demi sedikit. maklum lah orang yang jarang menggunakan cangkul dan parang sesekali menggunakan tentu memerlukan waktu. biasa jari aku gunakan untuk menari di atas keyboard. sesekali untuk digunakan didapur jarang sudah untuk melakukan pekerjaan yang berat. aku rasa kerja ini berat jugak sebab kebun tebu ini biarpun tidak luas namun tebal dan bersepah. Alhamdullilah semuanya siap dalam waktu tak sampai 2 jam sehingga lejun tubuhku dibasahi peluh. dahaga memang tapi itu adalah asam garam bukan. aku kena tahan tunggu waktu petang nanti. dugaan orang lain lebih teruk dari aku lagi.
catatan 2
aku ingin mengkhabarkan apa yang ada dihatiku saat ini. tapi kelopak mata sebelah kiri asyik saja bergerak. barangkali hendak mendapatkan berita sedih atau ingin jumpa orang jauh. tapi entahlah. semua itu akan tetap kita lalui juga.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 19, 2008 11:10:17 GMT -5
catatan yang harus dilupakan
Malam. Sendirian. Tanpa teman tanpa apapun kecuali teman setiaku winamp... if tomorrow never comes berkumandang di daun telinga...
sejak kebelakangan ini aku merasakan yang aku sangat murung sekali. aku tidak tahu kenapa. barangkali kesendirian atau barangkali kehilangan atau hati kering? entahlah. Aku tidak menyalahkan engkau atau siapapun... engkau telah berusaha baik untuk mengekalkan keadaan tetapi hanya aku yang ingin membuang diri jauh2... aku merasakan terlalu penat dengan kehidupan ini.
tadi pagi ada berita kematian.. kawan bonda telah meninggal dunia.. orang yang sepatutnya meninggal tidak.. tapi orang yang sihat means tidaklah mengalami sakit2 tua.. sederhana bukan? dan aku pun.. aku merasakan yang aku semakin lemah.. semakin tiada daya dan upaya.. seringkali kalau aku ingin mulai menaip tangan aku seakan mengeletar.. tapi aku ingin menguatkan semangat hati untuk tidak ikut merasai kesakitan.
ada jiran menyuruh aku mencuba makan ubat hemopaty.. tapi bagi aku apapun ubatnya aku telah pasrahkan diri ku kepadaNya... untuk apa aku berjuang lagi untuk menghidupkan jiwa yang telah lama mati? untuk apa lagi aku mengharapkan manisnya hidup andai semua kemanisan itu telah lama aku bekukan menjadi puin2 berserakan..............
unbreak my heart? toni braxton berkumandang di daun telinga lagi..... malam ini kerajinan aku menulis.. aku dari siang tadi diam2 saja di kandang.. kadang di bangsal hanya itu dua tempat yang seringkali aku jengah.. blogdrive telah lama aku tinggalkan jarang di updatekan , kecuali kerajinan aku menulis di myspace seperti kata seorang rakan myspace untuk budak2 biarlah aku terus menjadi budak2.. yang tidak akan membesar dalam erti kata sebenar... kadang2 di wordpress.... kadang2 cuma lama2 di adobe photosop.... seorang aku yang merasa sangat hampa...
terimakasih kerana menghubungiku.. terimakasih untuk segalanya kerana aku tidak layak untuk mendapat semua itu..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 4, 2008 3:32:47 GMT -5
catatan kecil lagi..
baru2 ni ada aku travel alone... just handle satu hal... kemudian aku nyaman2 kan diri aku siap leh aku nengok citer wanted lagi angelina jolie yang seksa gilers tuh... kemudian kerja aku naik turun tren... ce ce ce... apapun semuanya menjadikan hati aku batu dan beku.. entah lah aku tak tahu macam mana aku boleh berubah.. aku tidak lagi cenggeng or something like that... mungkin kerana aku mengharapkan Allah memberi ruang kepada hatiku untuk aku sendiri.. yassinnnnnnnnnnnnnnn... barangkali itulah ubat aku sebenarnya!!!
|
|