Post by lylynn on Sept 25, 2004 8:02:25 GMT -5
Itali : 13hb-24hb September 2003
Program Menghayati Cinta Juliet di Itali
Rumah Juliet terletak di 27,Via Capello,Verona,Itali. Rumah kecil ini penuh sesak dengan orang ramai walaupun di bina pada abad ke 13..masih kukuh.
Setiap hari rumah ini dipenuhi ribuan pelancong semata-mata ingin melihat tempat berlakunya percintaan hebat ROMEO vs JULIET. Masing-masing berdiri di halaman sambil memandang balkoni tempat Juliet menunggu Romeo. Balkoni ini menyimpan 1,001 rahsia percintaan paling tragis.
Terdapat patung gangsa Juliet yang terletak di halaman dan terselit nota-nota romantis di pintu belakang patung tersebut.
Rumah Romeo terletak di Via Arche Scaligieri 2, berhampiran rumah Juliet. Malangnya rumah Romeo buruk dan usang. Langsung tidak diendahkan sesiapa kerana kehidupannya yang miskin,
Satu lagi tempat yang mengharukan ialah di tingkat bawah tanah biara Capuchin di mana terdapat keranda marmar yang menempatkan mayat Juliet selepas membunuh diri. Memang sedih kisah ini apabila cinta suci itu berakhir dengan tragedi. Juliet mati selepas menikam dadanya dengan pisau milik kekasihnya, Romeo. Manakala Romeo pula membunuh diri dengan meneguk racun.
Romeo dan Juliet hidup pada abad ke 13, Nama sebenar Juliet ialah Giulietta de Capulet dan nama sebenar Romeo ialah Romeo Montecchi. Kedua-dua keluarga mereka adalah seteru akibat kepercayaan politik masing-masing.
[glow=purple,6,700]
sebenarnya percintaan Romeo dan Juliet menjadi popular kerana William Shakespeare. Sasterawan inilah yang menghidupkan watak-watak tersebut menerusi tulisan dramanya yang paling terkenal di dunia bertajuk ROMEO & JULIET.
Shakespeare banyak menokok tambah bagi menyedapkan cerita tersebut.
ANDAINYA TANPA SHAKESPEARE KISAH ROMEO DAH JULIET BERKUBUR BEGITU SAHAJA.
KALAU HENDAK MENGETAHUI DENGAN LEBIH JELAS KISAH ROMEO DAN JULIET DATANGLAH KE VERONA,ITALI
[/glow]