|
Post by cicakdidinding on May 27, 2010 6:11:33 GMT -5
DUNGUN – Seorang janda bertubuh montel yang kemaruk seks dicekup dalam keadaan berbogel bersama pasangannya di sebuah bilik hotel murah, pagi semalam.
Ketika serbuan dilakukan di bilik nombor 10, hotel murah di bandar Kuala Dungun kira-kira jam 7.30 pagi itu, pasangan terbabit hanya menutupi tubuh mereka dengan selimut.
Wanita yang sudah dua tahun menjanda itu mendaftar masuk jam 7 petang sebelum menghubungi teman lelakinya yang tinggal di Kuala Terengganu.
Pemuda berusia 22 tahun yang bekerja di Kuala Terengganu itu sanggup datang menaiki bas awam untuk memenuhi keinginan seks pasangannya yang bekerja sebagai tukang masak.
Wanita terbabit mengaku sudah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan teman lelaki 'import' yang masih bujang itu.
Katanya, mereka sering melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah saudara angkatnya di Kuala Terengganu.
“Saya lakukan hubungan seks bersamanya sudah lebih daripada 10 kali. Saya memang berniat untuk berkahwin dengannya,” katanya yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulu.
Wanita yang berasal dari Sungai Udang itu memberitahu, sewa bilik hotel itu hanya RM15 sahaja untuk satu malam.
Ketua Penguat kuasa Jabatan Agama Faerah Dungun, Yusof Musa berkata, pasangan berkenaan bakal dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu.
”Jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
|
|
|
Post by cicakdidinding on May 27, 2010 6:12:30 GMT -5
Kontraktor mati gantung diri
KLANG - Akibat berdepan masalah kewangan, seorang lelaki yang juga sub kontraktor meninggal dunia selepas menjerut lehernya menggunakan tali pengikat buaian di bilik tidur utama rumahnya di Lorong Serunai, Taman Desa Utama, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, mangsa, Loh Hock Seng, 32, yang berasal dari Bidor, Perak meninggal dunia serta merta.
Difahamkan, mangsa meninggalkan isteri dan dua anak, salah seorangnya adalah anak hasil perkahwinan pertamanya.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, hasil maklumat isteri mangsa, pihaknya difahamkan sebelum kejadian itu, mangsa dan isterinya mengalami perselisihan faham dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.
“Akibat pertengkaran itu, isteri mangsa keluar rumah sambil membawa anaknya yang berusia beberapa bulan ke rumah ibunya di sekitar Daerah Klang.
“Selepas dipujuk ibu, isteri mangsa kembali ke rumah sambil ditemani ibunya,” katanya.
Menurutnya, selepas membuka pintu bilik tidur utama, isterinya terkejut mendapati suaminya tergantung pada syiling bilik dengan menjerut lehernya menggunakan tali pengikat buaian sepanjang kira-kira dua meter.
“Akibat terkejut, isterinya hampir pengsan manakala tangisan ibunya yang kuat mengejutkan beberapa jiran berhampiran dan salah seorang daripadanya memaklumkan kejadian itu kepada pihak Polis.
“Tidak lama kemudiannya, beberapa anggota kita tiba di tempat kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Bagaimanapun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia akibat jerutan kuat pada leher.
“Kita difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai sub kontraktor mengalami masalah kewangan, dan sebelum ini, mendiang sering mendapat bantuan daripada dua abangnya.
“Namun kali ini, dia berkemungkinan segan untuk meminta bantuan menyebabkannya buntu lalu mengambil jalan pintas dengan membunuh diri,” katanya.
Mohamad berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan sesiapa yang menghadapi masalah kewangan atau peribadi agar berfikir secara matang dan cuba mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.
“Setiap masalah akan ada jalan penyelesaiannya namun mereka harus berusaha dan jangan sekali-kali mengutamakan kata hati hingga mengambil jalan singkat dengan membunuh diri,” katanya.
|
|
|
Post by cicakdidinding on May 27, 2010 6:13:37 GMT -5
Dua sejoli terperangkap
GEORGETOWN – Sepasang kekasih remaja dari Jelutong bukan sahaja sanggup melakukan kegiatan jenayah pecah rumah bersama, malah kedua-duanya juga positif dadah dan syabu.
Remaja perempuan yang masih bersekolah di Tingkatan Lima itu melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Jalan Selama bersama kekasihnya yang berumur 24 tahun serta dua rakan remajanya yang juga berumur 17 tahun.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Superitenden Gan Kok Meng berkata, pada 21 Mei lalu kira-kira jam 12.05 pagi, polis menerima aduan daripada seorang wanita Melayu lingkungan 40 an mendakwa rumahnya dimasuki pencuri.
Menurutnya, sebelum kejadian wanita itu dan keluarganya keluar makan malam pada jam 8 malam, dan setibanya mereka di rumah pada jam 11 malam mendapati keadaan rumah sudah bersepah.
“Antara barang yang didapati hilang ialah dua komputer riba jenama Acer dan Dell, dua kamera digital, jam tangan jenama Guess, rantai leher, loket emas, gelang tangan emas, cincin, dan juga termasuk duit mata wang Euro sebanyak $395.
“Kemudiannya pada 23 Mei pada jam 8.30 malam bertindak atas maklumat, tiga lelaki Melayu ditangkap di bangsal tidak bernombor di Jalan Kota Giam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
Jurucakap polis juga mendapat maklumat dari seorang pengadu mendakwa dia ditawar untuk membeli komputer riba dengan harga murah, dan hasil maklumat itu membolehkan polis mengesan keempat-empat remaja yang terlibat dalam kes pecah rumah itu.
Setelah menahan tiga suspek lelaki, pihak polis di bawa ke rumah seorang lagi suspek perempuan yang menyimpan dua komputer riba berkenaan di rumah.
Kok Meng berkata, polis berjaya menemui semula 80 peratus barangan wanita Melayu itu antaranya dua komputer riba, kamera jenama Olympus, rantai leher, loket, dan kerongsang lama.
“Kesemua rampasan bernilai RM9,000 dan kerugian yang dianggarkan pada mulanya ialah sebanyak RM12,000 tetapi kami masih menjalankan siasatan untuk mendapatkan semua barangan curi itu.
“Empat remaja berkenaan sebelum ini tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemuanya direman sehingga 26 Mei ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima tahun atau denda,” katanya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 27, 2010 6:15:41 GMT -5
;D ;D jadi wartawan kandang ke cak ;D ;D
|
|
|
Post by cicakdidinding on May 27, 2010 8:25:35 GMT -5
gelak arr lastik bontot baru tau
|
|
|
Post by cicakdidinding on May 28, 2010 7:25:20 GMT -5
Lelaki bakar rumah marah isteri tidak masak
WEST VIRGINIA - Seorang lelaki yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk bertindak membakar rumahnya sendiri apabila mendapati makan malam belum disediakan.
Guy Jones yang sebelum itu keluar minum bersama rakan-rakannya, mengamuk selepas mengetahui isterinya, Beverly, tidak menyediakan makan malam untuknya, lalu membaling perabot sebelum mengugut membakar rumah.
"Dia mengugut membakar rumah yang kami duduki sejak 10 tahun lalu dan menyuruh saya keluar dan jika saya enggan, dia mahu membakar saya bersama-sama rumah kami," kata Beverly.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 21, 2010 22:51:03 GMT -5
cak ko mesti suka baca citer nieh........
Pelajar keguguran ditemui mati di sebuah resort
KOTA BHARU - Seorang pelajar yang dipercayai mengalami keguguran selepas disyaki mengandung ditemui mati di beranda sebuah bilik penginapan, di Resort Pantai Cahaya Bulan (PCB), dekat sini, pagi semalam.
Pelajar berusia 17 tahun itu ditemui mati kira-kira jam 9 pagi selepas mengadu sesak nafas ketika berada dalam sebuah bilik bersama teman lelakinya berusia 18 tahun, juga seorang pelajar sekolah agama di Pasir Mas, yang baru dikenali sejak dua minggu lalu.
Kejadian disedari teman lelakinya selepas mendapati pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim 1, Pasir Mas, itu sesak nafas dan tiba-tiba pengsan dengan keadaan berlumuran darah.
Remaja lelaki terbabit kemudian bergegas memaklumkan kepada pihak pengurusan resort terbabit untuk mendapatkan bantuan selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
Sinar Harian difahamkan, mangsa sebelum ini dipercayai pernah dirogol dan perjumpaan bersama remaja lelaki itu adalah untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya setelah ibu bapanya tidak peduli dengan aduan yang dia mengandung.
Dua pelajar itu ponteng sekolah dan menunggang motosikal ke resort terbabit dan mangsa dikatakan memberikan sejumlah wang kepada remaja lelaki itu untuk menyewa sebuah bilik untuk menceritakan masalah peribadi kepada remaja lelaki itu.
Penyelia resort, Che Hajizul Che Mamat, 49, berkata, selepas mendapatkan arahan daripada pihak pengurusan, dia kemudian berlari naik ke tingkat satu untuk melihat keadaan mangsa.
"Saya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri.
"Saya kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan supaya menghubungi hospital dan memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Pihak pengurusan resort memberitahu mangsa bersama remaja lelaki itu mendaftar masuk ke resortnya kira-kira jam 8 pagi.
Dalam pada itu, bapa mangsa, Md Noor Mamat, 41, ketika ditemui berkata, anak kedua daripada enam beradik itu keluar kira-kira jam 7 pagi bersama adiknya dengan berpakaian sekolah lengkap.
Md Noor memberitahu, kejadian itu diketahui selepas dihubungi pihak sekolah dan terus bergegas ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana terkejut dengan kejadian menimpa anak keduanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
|
|