admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 10, 2010 15:57:50 GMT -5
Tumit Tinggi: Lelaki buta hati boleh berambus tumittinggihighheels@yahoo.com 2010/05/08 SUAMI pijak isteri sampai mati. Suami toreh alat sulit isteri. Sebab? Cemburu, katanya. Syak isteri ada hubungan dengan lelaki lain. Ishhh, ngeri betullah TT dengan lelaki, suami zaman sekarang. TT tak sesekali nak menangkan isteri-isteri ni, kalau betullah mereka memadu asmara dengan lelaki lain, tak kiralah kalau suaminya tu pun sebenarnya setakat nama je lah suami, tapi perangai, peranan dan sikap, baiklah tak berlaki. Tapi, takkanlah sampai kena toreh, sampai kena mati? Melampau tu!!! Apalah dah jadi dengan dengan spesies lelaki sekarang ni ya? Dahlah nak cari yang okay pun seksa ya amat, yang ada pun otaknya tak boleh pakai. Sebelum ni, ada kes suami simbah cuka getah kat muka dan tubuh isteri. Sebab? Isteri tak nak ‘mesra-mesra, manja-manja’, tak nak penuhi keinginan nafsu serakah dia. Hilang dari rumah, anak bini tak diambil peduli, kaki judi, balik rumah je nak suruh isteri ikut cakap lelaki. Hello, isteri awak tu manusia, bukannya robot, ada hati, ada perasaan, jaga isteri tak nak, buat isteri macam kuli dia, dah malam, eh..pandai pulak nak mesra-mesra. Siapa nak??!!! Tapi tu lah, lelaki tetap lelaki. Aku lelaki, aku yang berkuasa. Aku lelaki, aku yang boleh bersuara. Aku lelaki, suka hatilah aku nak buat apa, kau apa peduli. Aku lelaki, kau buat salah kau mati! Gila!!! Kes toreh ni, lagilah ngeri. Dengar bisikan suara halus kononnya yang si isteri curang. Ya Allah, boleh terima ke alasan macam tu? Kalau tak gila namanya tu, tak ada pegangan agama, jawabnya. Kalau ya pun cemburu, bawa-bawalah bertenang. Kenapa kena bertindak bodoh macam tu? Lelaki ni, tak payah cakap suamilah, baru nama boyfriend pun, kalau cemburu, selalu sangat cemburu melampau. Tapi, kalau dia buat tak apa, perempuan, isteri buat salah. Tak apa kalau lelaki berkawan dengan perempuan lain, bukan ada apa pun, sekadar kawan-kawan je, teman borak. Cuba isteri atau girlfriend bagi jawapan macam tu, kalau tak mencederakan atau membunuh sekali pun, ada jugalah yang rasa pelempang kat muka, paling tidak pun pekak telinga dengar bebelan yang mengalahkan peluru machine gun, belum lagi angin satu badan dan muncung yang panjang berjela. Hai, mujurlah spesies TT tak macam tu. Kalaulah spesies TT ni otak ‘short’ macam lelaki-lelaki tu, tak tahulah TT...ramai gamaknya suami yang kena bunuh, tak pun anunya kena potong. Cemburu dalam berkasih sayang pada TT, harus ada tapi cemburu melampau, elak-elakkanlah. TT memang tak kahwin lagi, belum kahwin tapi pengalaman berkasih sayang, pernah tau. TT faham bagaimana perasaan disayangi, menyayangi, mencurigai dan dicurigai. Cemburu jangan cakaplah, memang ada, dah kata pun, cemburu itu tanda sayang...tapi taklah over. Kalau rasa curiga, musykil, syak wasangka, pada TT jalan penyelesaian terbaik, tanya betul-betul. Kalau tak puas hati dengan jawapan diberi, rasa macam kena tipu je, apa lagi, jadi mata-mata gelaplah. Siasat, kalau larat, kalau tak kuasa, pejamkan mata, pekakkan telinga, terima seadanya, tak pun, angkat kaki, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. This is not the end of the world... Janganlah sampai nak bunuh-bunuh, pukul, pijak, cekik pulak...ishhh Pada kaum TT, marilah kita sama-sama berdoa. Pada yang sudah bersuami, bakal bersuami dan nak cari suami (macam TT), semoga kita tak dapat laki, yang buta mata, buta hati, ada masalah sikit, nak bagi kita mati. Eeeee... Ngeri www.bharian.com.my/bharian/articles/TumitTinggi_Lelakibutahatibolehberambus/Article/indexnotetapi tak semuanya jahat2x belaka........ masih ada yg baik2x tapi itulah yg dinamakan kehidupan dan penulisan. kita akan menemukan yg pelik2x untuk menjadikan kehidupan ini lebih meriah.. barangkalilah
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 19, 2010 7:53:11 GMT -5
Tumit Tinggi: Lelaki sebenarnya lemah dari perempuan!
2010/05/15 TT sakit kepala ni! Lama dah tak sakit kepala macam ni. Rakan-rakan FB yang online tengah-tengah malam menemani TT yang masih di pejabat, dok pesan suruh TT makan ubat, ada yang siap offer nak picitkan kepala lagi. Bestnya....Terima kasih uolsss, jap lagi TT makan ubat ya...kalau dah tak tahan sangatlah.
Mak TT selalu pesan kalau sakit sikit-sikit tu terus makan ubat, jangan sampai melarat. TT lak, tak sukalah nak makan-makan ubat ni, bukan takut, tapi tak nak biasakan bergantung pada ubat. Cerita pasal makan ubat ni kan, seingat TT, sepanjang pengalaman TT (yang tak berapa banyak ni), lebih ramai kawan-kawan TT yang spesies lagi satu tu yang takut makan ubat. Yalah...encik-encik sekalian. Punyalah takut, Ya Rabbi...ngalahkan budak kecil. Kalau panadol tu, sebiji kena belah empat. Air sebekas besar, teguk punya teguk, ubat tinggal lagi kat lidah. Alahai...Ada saudara TT tu, siap kena hancurkan dan bancuh dengan milo panas, baru nak telan. Itu pun, kerenyok muka macam makan jadam!
Itu belum lagi kira kalau lelaki jatuh sakit. Demam sikit je, tak laratnya dia, alahai macamlah sakit kuat, nazak sungguh gayanya. Kerenah masa sakit jangan ceritalah, manja dan permintaannya macam hari ini adalah hari terakhir dia bernafas kat muka bumi ni!
Kenapa ya? Kata lelaki kuat, gagah perkasa, berani, tak macam perempuan insan yang lemah, takkanlah makan ubat pun takut kan? Takkan sakit sikit, gitu dah gayanya? Itu mengada namanya, kan kaum TT?
Kalau kita perhatikan, baik dari segi kelakuan juga ketahanan, memang perempuan sebenarnya lagi kuat daripada lelaki. Menahan sakit jangan ceritalah, memang kaum TT champion...(tu pasal perempuan yang beranak). Bab lain, Kaum TT lebih tahan kena kritik, kena bebel, kena marah, kena tegur. Kan? Kalau lelaki kena macam tu, mak datuk, emo dia, fuhhhh...mencanak naik! Ada rakan fb TT bangkitkan perkara ni. Dia cakap, lelaki lebih emosi dalam banyak perkara. Benda kecik pun, boleh jadi meletup gunung berapi. Kenapa tanyanya?
Kenapa ya? Bagi TT satu je la jawapannya, ego dah tersentuhlah tu! Hahahaha...Bila ego dah tercuit, calar pun boleh jadi luka parah, lava menggelegak, meletuslah gunung berapi, time tu, tak kira dah dia siapa betul siapa salah, sekali pun salah, akan ku tegakkan benang basah!
Kalau bertekak, sorrylah ye nak menyerah kalah, biar pun bumi basah dengan titisan darah, tu yang jadi, tangan kaki ‘terbang melayang-layang’, kau tak diam, aku sepak terajang. Betul ke macam tu kaum lelaki?
Okaylah, TT tak larat nak tulis panjang-panjang ni, kepala TT dah berat sangat, TT nak balik makan ubat dan berehat. TT nak ikut cakap kawan-kawan TT, akur pesanan mak dan yang penting, TT tak nak jadi macam lelaki-lelaki yang takut makan ubat! Penakut...!!! Tak malu....oppppssss...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 19, 2010 7:59:09 GMT -5
wakakkakakaaa............ tapi ada jugak perempuan yg takut nak makan ubat.. macam sister saya.. ubat vitamin yg warna kuning tu pun dia tak boleh nak telan..... so bukan masalah gender kut.. maybe masalah takut makan ubat!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 27, 2010 8:15:16 GMT -5
Tumit Tinggi: Bahana lelaki spesies Sanyap Tapi Gatal (STG)
2010/06/26 "PEREMPUAN ni yang tamak sangat...patut boleh kongsi kongsi-kongsi tapi nak untuk dia seorang je..mana adil!!". Hahahaha...alahai...alahai...ada je statement daripada spesies satu ni yang buat TT emmm...tergelak pun ya, nak muntah pun ya.
Kawan TT la ni, begitu keluhannya. Kalau dah mengeluh begitu bunyinya, bab apa lagi kan, bab hati berbunga syok kat orang lain la tu, berangan nak tambah cawangan tapi hajat tak kesampaian sebab isteri dah meroyan! Hahahaha..padan muka.
Tumit Tinggi: Bahana lelaki spesies Sanyap Tapi Gatal (STG)
2010/06/26 "PEREMPUAN ni yang tamak sangat...patut boleh kongsi kongsi-kongsi tapi nak untuk dia seorang je..mana adil!!". Hahahaha...alahai...alahai...ada je statement daripada spesies satu ni yang buat TT emmm...tergelak pun ya, nak muntah pun ya.
Kawan TT la ni, begitu keluhannya. Kalau dah mengeluh begitu bunyinya, bab apa lagi kan, bab hati berbunga syok kat orang lain la tu, berangan nak tambah cawangan tapi hajat tak kesampaian sebab isteri dah meroyan! Hahahaha..padan muka. Kalau mampu, mampu zahir batin, TT kira, kita nak buat macam mana bukan? Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, alasan dia bagi, daripada dia buat bukan-bukan, buat maksiat, baik buat cara halal. Betullah tu. TT rasa, kaum TT yang bergelar isteri dan diduga cabaran ini (suami nak tambah isteri), takkan meroyan bukan-bukan bila hati suami terdorong pada insan lain..KALAU...suami tu mampu serba-serbi, cukup bagi makan pakai dengan isteri, anak-anak, perhatian dan kasih sayang melimpah-ruah, semuanya tip-top. Ini, kebanyakannya, contohnya kawan TT ni la, bukan TT nak pandang rendah ke apa ke, tapi makan pakai untuk anak isteri, seadanya, ada..adalah, tak ada...isteri yang kena uruskan, kerja tak berapa rajin, malas, sampai isteri yang terpaksa berhempas-pulas, perah keringat cari duit, bangun awal pagi, masak itu ini, buat jualan, nak tambah pendapatan keluarga, ada hati lagi nak tambah isteri!!! Eeeee...tak sedar diri namanya ni!
TT teringat cerita kawan TT, lama dulu. Cerita pasal abang ipar dia lah. Kes macam kawan TT yang awal tadilah...nak tambah cawangan. Pagi-pagi, sambil minum pagi bersama isteri tercinta, dia buka mulut, nak kahwin satu lagi (dengan nada gurau kononnya).
Senang je kakak kawan TT ni jawab..”Emmm...kalau XXX setakat tu je, nak kongsi dengan orang? Alamat, habis gitu je lah.” Ambik kau..hahahaha. Senyap terus lepas tu. Ya lah, kesimpulannya, kalau kemampuan tak ada, tak payahlah pasang angan-angan, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Tapi ikut pemerhatian dan cerita-cerita yang TT dengar, banyak kes, suami orang yang suka-suka cakap macam ni pada isteri, suka-suka je, setakat mengusik, buang-buang cakap, tak ada nak buat pun (walaupun sebetulnya, memang nak buat, tapi tak berani sebab tahu kemampuan dan kudrat terhad..pendek kata, sedar diri). Yang bahayanya, spesies, STG ni..Senyap Tapi Gatal, hahaha. Tengok tuan punya badan, alahai, kalau boleh bagi anugerah suami mithali, memang dialah antara calon-calonnya. Baik (nampak baik), pijak semut tak mati...tahu-tahu, wahhh, isterinya bukan satu, bukan juga dua, malah tiga tak pun empat. Hebat hebat...
TT ada kenal spesies macam ni. Sepanjang TT kenal dia, dialah antara manusia paling baik. Baik dari segi, tutur bahasa, tingkah laku, budi bahasa. Senyap, bukan jenis lelaki kecoh, selalu buat hal sendiri, cakap berlapis, tak pernah tinggi suara, tak pernah pun nampak pun dia jeling-jeling atau mengusik kaum TT.
Tup tup, tu dia, isteri dua. Tak salah pun tapi terkejut. TT dapat tahu pun, gara-gara dia tidur di pejabat...gara-gara isteri tua merajuk, nak lari ke rumah isteri muda, tapi rupa-rupanya. Hahaha. Itulah dia dan TT rasakan, dia ni betul-betul praktikkan lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee...’kalau isteri tua merajuk, lari ke rumah isteri muda, kalau dua-dua merajuk, Ana kahwin tiga.’
Memang macam lagu tu lah kawan TT tu, kali terakhir TT dapat tahu, dia nak pasang satu lagi..dengan student yang praktikal kat tempat kerja dia. Fuhhhh...
TT tak nak carilah lelaki yang senyap...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 27, 2010 8:16:18 GMT -5
kalau yg lawak yg riuh sangat pun tak guna gakz.. yg penting sekali hati.. tak kira gender kalau jenis hati suka berselingkuh.. mengoda , semua tu mereka tak kisah..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 13, 2010 8:16:06 GMT -5
Tumit Tinggi: Lelaki cari 'penyakit'
2010/07/10
TT, u kena tolong I. Setiap pagi, please SMS I, remind me not to answer her SMS. Ini tugasan baru TT...permintaan seorang teman...lelaki dan...suami orang!!!
Laaaa...apa kes pulak ni? Jadi satu kerja pulak TT nak SMS dia setiap hari, setiap pagi, macam tak ada kerja lain. Kau yang sedap-sedap menggatal, bila
perempuan dah feeling lebih, suspen la pulak. Takut TT benda-benda macam ni, bukan takut tak terbuat permintaan dia tu, tapi takut bersubahat!!! Tak pasal-pasal kang bukan dia dan buah hati dia kena serang, TT pun kena...Tak nak, tak nak... TT kenal rapat kawan TT ni, isteri, anak-anak dia semua TT kenal. Sebagai rakan yang memerhati, TT berani cakap, he is a very very very lucky man. Isteri baik, cantik, anak-anak comel. Dia keluar malam tiap-tiap hari, balik sampai kul 3-4 pagi pun, isteri tak bising sebab percaya alasan suami pergi meeting...or entertain client..yo lah tu...
Bandingkan isteri dia dengan kawan-kawan perempuan yang dia kenal, yang dia involve, yang dia konon-konon bahagi kasih sayang...aisey, tak payah fikir panjang n belek lebih-lebih, dari segi paras rupa je, belum habis tanya, TT dah jawab, 10 or 100 or even thousand times better wife dia... bukan better than..bukan lebih cantik..isteri dia tu jauh lebih cantik...serba-serbi, paras rupa, gaya, tingkah laku, budi bahasa...
TT berbual panjang dengan dia, apa yang dia nak sebenarnya dalam hidup? Sebagai teman rapat, TT rasa TT ada tanggungjawab, tak boleh biarkan dia hanyut macam tu. Dia kata dia ada semuanya..a good wife, beautiful kids, semuanya elok pada dia....dia pun tak tahu apa yang dia cari sebenarnya daripada perempuan-perempuan ni. Cari penyakit!!! Senang je jawapannya. Cari penyakit, cari pasal, cari susah....Kalau dia seorang susah tak apa, ni habis seret satu keluarga, silap-silap kawan-kawan baik pun kena. Yalah, dalam usaha menyelamatkan diri nanti, TT berani kerat jarilah, nama kawan-kawan rapat ni mesti keluar...Silap-silap dalam kes dia ni, mahu dia kelentong isteri dia nanti, yang perempuan-perempuan tu semua kawan TT. Tolong ya....tak kuasa!!!
Sebelum-sebelum ni dia tak adalah beria sangat minta tolong TT, tapi kes kali ni, dia kata dia ngeri sikit sebab perempuan tu nampak beria-ia sungguh. Mana tak berianya, awak tu ada anak isteri, tapi senang-senang je teman perempuan tu ke sana ke mari sampai 3-4 pagi. Pantanglah dapat call atau SMS, perempuan tu ngadu sakit pening, lagak macam ambulans la dia...Bila isteri sakit? Bila anak demam?
"I tak pernah abaikan isteri dan anak-anak I TT. Apa je benda dia orang nak, semua hal kat rumah tu I tak pernah abaikan." Hah, ya lah, apa ingat isteri dan anak-anak tu hadap wang ringgit awak je. Satu hari 2-3 jam je lekat kat rumah..pagi-pagi keluar rumah dah, habis keje dah malam, balik rumah kejap, mandi-mandi, tukar baju, keluar balik.. jam 3, jam 4 pagi baru cecah rumah balik..dan begitulah esok, esoknya dan hari-hari seterusnya...Kalau TT dapat suami macam tu, eeeee....baik tak payah!
TT banyak kali tengok macam mana dia layan isteri dan anak-anak. Mak datukkkk...jauh beza dengan cara dia layan kawan-lawan perempuan dia. Dengan dia orang, ishhh...dialah lelaki lemah lembut, berbudi bahasa, lelaki idaman wanitalah konon-kononnya. Dengan isteri, main jerkah je, anak menangis sikit, tengking, herdik! Macam mana????
Dan...satu malam tu, selepas dua hari dia pesan TT supaya ingatkan dia setiap pagi, setiap hari supaya tak membalas SMS perempuan tu....ehhh...siapa yang mesra dalam pelukan dia ya? Laaaa..perempuan tu....Memanglah tak payah jawab SMS, dah dalam pelukan....
Hampeh....!!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 13, 2010 8:19:30 GMT -5
aku tertawa lucu dgn tulisan TT kali ini, memang ramai lelaki macam nie , ,kawan aku pun ramai. Jenis tak cukup apa ada dirumah. Jenis cakap besar dan nafsu besar. Bila ada masalah baru balik dirumah berkurung dalam rumah. Kalau tidak jangan harap face akan melekat dirumah.
tapi model sekarang cari cinta di tagged di facebook.... kemudian cari pasal.. just suka2x untuk pengisian waktu.. tapi yg memudaratkan adalah keluarga yang melayan pun satu hal.. jenis tak sedar diri dedua....... mangkuk ayun tuL..........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 15, 2015 5:29:10 GMT -5
ada lagi ke TT ni aihh sumpitt... lama beno teda tulisan nyaaaa
|
|
|
Post by fanikarmila© on Sept 9, 2020 6:45:41 GMT -5
Ada lagi ke tulisan dia? ke dah jadi wartawan warga tua huhuhuhu
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 9:08:39 GMT -5
Ada lagi ke tulisan dia? ke dah jadi wartawan warga tua huhuhuhu MP PH ke
|
|