admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 27, 2010 23:21:39 GMT -5
Fathir berjalan terhuyung hayang. Segala benda di langgarnya. Kepalanya seperti berputar putar ligat. Baru saja dia meneguk dua tiga kali dia sudah seperti hendak pitam. Padahal kebiasaannya dia mampu mengambil berbotol botol tanpa merasa apa apapun sehinggalah dia akan mengeluarkannya kembali dalam bentuk muntah beraneka warna.
Tandas yang dicarinya terasa semakin jauh. Jauh dari biasa. Ada yang bertanya tetapi soalan itu seperti dia tidak mampu mendengar. Telinganya menjadi tuli dan bibirnya seolah terkunci untuk bertanya.
Tiba tiba dia merasa ada seseorang memegang tangannya memeluk lengan dan menolak dia ke tempat yang dicariknya. Dia mengeluarkan aneka muntah. Entah apa isi perut yang telah dikeluarkan tetapi tidak mampu mengeluarkan sesuatu yang menganjal dihatinya.
Terasa ada yang menghulurkan tisu, dia mengambil dan merenung mangkuk tandas. Seseorang mengempan semua isi perut haramnya tetapi dia kembali memuntah seakan muntah itu tidak mahu berhenti.
Membuatkan dia berpeluh dengan banyak dan tidak mampu berdiri. Dan kemudian dia tidak mampu mendengar apa apa lagi kecuali bisikan halus dan perlahan menyuruh dia bertahan. Kemudian dia tidak sedarkan diri jatuh tergeletak di mamar tandas.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 18, 2010 16:03:04 GMT -5
eh!! cerita yang tiada kesudahan? pehhhhhhhhhhhh
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 30, 2010 8:06:36 GMT -5
siapa yang mampus nieh penulis ke pengarang? wakakakaka shakira
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 30, 2010 8:09:47 GMT -5
Mual Fathir merasa sangat mual didalam leher dan didalam jiwanya. Walau sebanyak mana dia meneguk minuman yang memabukkan dan dia memang ingin mabuk terus tetapi dia masih tidak mampu membuang bayangan video yang dia tatap petang semalam.
Bagaimana kaki2x kecil dipotong, tangan2x dipisahkan.. di keroyok oleh pisau2x doktor itulah hasil cinta dia dengan Jamilah ibu tunggal kampung dusun yang dia gilai lewat pertemuan di dewan sivik semasa dia berkursus.
Kembali dia memuntahkan segala isi perutnya. Dia membayangkan anak yang tidak berdosa itu dan kemudian teringat anaknya dirumah. Segalanya masih lagi terbayang apa yang dia lakukan walaupun dia ingin mabuk semabuk mabuknya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 6, 2021 8:13:33 GMT -5
Mabuk sebenarnya tidak membuat dia lupakan segalanya. Mabuk hanyalah sebuah excapism sementara. Bila batas sadar itu timbul dia akan kembali teringat kekejaman yang telah terjadi. Kisah yang mahu dilupakan tetapi tak akan terlupakan. Kecuali dia hilang ingatan betul betul.
|
|