|
Post by Riaqistina on Sept 9, 2004 3:08:55 GMT -5
Pertama kali di ketika itu Tak ku ketahui siapa gerangan dirimu Kedua kali masih ku kaku Ucapan ada tapi lidahku masih kelu
Bicara kita seakan hambar Kekadang terasa sakit bak ditusuk selumbar Hati terguris dek riaknya nada suaramu Jiwa pedih dek peliknya tingkah lakumu
Ujian apa yang cuba kau berikan Peperiksaan apa yang ingin kau markahkan
Tertanya sendiri di fikiranku ini Persoalan yang jawapannya aku jua tidak pasti
Aku cuma boleh mengandaikan Entahkan benar entahkan bukan Andaian mana mungkin jadi kesimpulan Tidak jua dapat kujadikan jawapan Kepada baris-baris tiang persoalan
|
|
|
Post by lylynn on Sept 13, 2004 13:38:42 GMT -5
[glow=purple,3,400] Berilusi dalam kamar yang suram bertemankan hanya jalur-jalur sinar lilin dari balik jendela yang sedikit renggang adakalanya berbicara sendiri dengan paten ~bayang~ yang ku cipta sendiri aku terkeliru......
Pengembaraan sepi dalam mengejar mimpi yang tak pasti ada keraguan yang bermain-main di jeraman hati kerana pepatung merah itu tiada lagi di situ sanggupkah aku meneruskan perjalanan ini aku keliru dalam menghargai diri sendiri
Masa berjauhan apa nan di kenang hanya rindu dan sayang buatmu adakah getar hatiku ini berharga... pada mu aku keliru lagi tentang segala yang bermain di fikiran ini
Setelah ...apa yang telah ku lalui dahulu... seperti tak ingin kui lalui detikdetik kekeliruan itu lagi andainya rindu itu bertaut... pastinya aku tak bersendirian di sini atau akukah yang terkeliru memimpikan saat itu?
sungguh-sungguh aku terkeliru kini lidahku kelu... bersama mutiara jernih.... aku keliru apakah yang harus ku perkatakan lagi.... [/glow]
|
|
|
Post by ^dundeq^ on Sept 14, 2004 23:28:20 GMT -5
[glow=red,2,300]seandainya ada rindu yang mendesah...akulah yang membisikkannya kerana aku jua rindu padamu..
seandainya ada sayang yang melanda...akulah yang mengirimkannya untukmu kerana aku jua begitu...
seandainya ada resah pada jiwamu...akulah yang memercikkan api itu untuk menghangatkan dunia kita...
seandainya ada cemburu yang tersisa...akulah yang melagukannya kerana ada sesuatu diantara kita yang amat istimewa telah tercipta[/glow]
|
|
Adik
Geng penyepak kandang
juniour member
Posts: 33
|
Post by Adik on Sept 15, 2004 17:07:57 GMT -5
[glow=purple,3,400] terimakasih untuk bingkisan rindu dan sayangmu buatku terimakasih untuk api cemburu yang kau ujudkan dijiwaku terimakasih untuk resah yang sering bergelora terimakasih untuk segalanya
tetapi persoalannya kini siapakah dirimu yang sebenarnya kerna mampu menjadikan aku seorang perindu hingga membangkitkan rasa sayang di nuraniku aku seperti tercari siapakah aku kini [/glow]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 18, 2008 3:52:13 GMT -5
tunggu 20 lagi baru kita tahu jawapan nya..............
|
|