|
Post by cakoi on Jul 19, 2009 19:30:12 GMT -5
ORANG KATA.... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.
ATUK KATA... orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.
AKU RASA..... betul jugak tu..
ORANG KATA... exam tu susah, kena banyak sacrifice, constant study.. past year papers..etc..etc..etc..
ATUK KATA... exam tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila sesiapapun tak tahu, banyak pula tu peringkat ujiannya, Munkar, Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..
AKU RASA... betul jugak tu..
ORANG KATA... have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it memorable one!!
ATUK KATA... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi untuk beramal, bertaubat..
AKU RASA... betul jugak tu..
ORANG KATA... kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat, baru hati puas
ATUK KATA... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
AKU RASA... betul jugak tu..
ORANG KATA... successful people have a good time management, ada bisnes di KL, New York, Tokyo .... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!
ATUK KATA... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi.. ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
AKU RASA... err.. betul jugak tu..
So......
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tidak sehebat dan seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W. Betul jugak tu...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 30, 2009 2:44:50 GMT -5
pitt kata.......
1. JANGAN JATUH CINTA NGAN ------------>PITT
2. JANGAN KASIHAN NGAN ----------------->PITT
3. JANGAN SAYANG NGAN ------------> PITT
4. JANGAN BERANI DEKAT2 NGAN --------->PITT
dengan alasan.......
1. dia tak ada apa2 (jiwa raga jasad semua dah hancur lebur... yg penting dia tak ada hak untuk dicintai dan bercinta... apa2 jenis perasaaan sekali pun)
2. dia homeless.. dirumah tak ada kerja melangut depan pc je... main tagged.. main jual beli pet2.. main wargen main mapia war..kumpul2 aweks dan jugak ahli mapia kat tagged
3. dia menyakitkan hati (suka membuat tafsiaran sendiri, dia riak, takabur, ego melangit.. tak suka merendah diri.. kejam.. kuang ajar.. degil ketegar... dupang.. dungu bengap... venggong... ape jenis keburukan ada pada dia......)
4. tak ada duit, tak ada harta, tak ada BIRDIE , tak ada kereta, tak ada besikal tak ada scuter (scuter pinjam je ade) tak ada tanah, tak ada rumah.. yang ada pc lemau2 yang selalu low memories jerk.......... webcam ada, gtalk ade hiks... sekang daaa ada skyep laks....
5. tak ada kekasih tak ada tercinta tak ada te amor... (semua tu penipuuuuuuuuuuuu paling besar dalam hidup)
6. TAK ADA PERASAAAN JUGAK...............
yang pitt ada cuma
1. KASIHSAYANG UNTUK SEMUA ORANG TAK KIRA APA GENDER SEKALI PUN APA USIA SEKALIPUN APA PANGKAT SEKALI PUN YANG MAMPU TERIMA DIA SEADANYA YANG TIDAK MALU DENGAN DIRI DIA.. YANG BOLEH DIBAWA KEMANA2 TANPA RASA MALU DAN DIKENALKAN NGAN ORANG TANPA RASA MALU BOLEH TERIMA SEGALA KEBURUKAN DIA KERANA DIA BANYAK BURUK DARI BAIK....
2. SUKA MANJAKAN ORANG TAK KISAH APA GENDER, USIA, APA2 ASALKAN SANGGUP BERMANJA2 NGAN DIA YANG TIDAK SUKA DIMANJA.......
itu pitt kata.........
|
|
|
Post by SilaKama© on Jul 31, 2009 8:39:50 GMT -5
aku: tidak berkata apa2...waakakakakaak...
|
|
|
Post by cakoi on Jul 31, 2009 12:16:17 GMT -5
Ni citer pasal atok kata ke.. citer pasal curahan perasaan nih..?? isk takpe..meh cakoi tambah..
Apa yang cakoi rasa, Apa yang cakoi perlu kata:
Tak pernah merasa apa tu cinta.. Tak pernah harap urg jatuh cinta.. Rasa2 memang tak akan jatuh cinta (adapun semunyik2, dediam, senyap2) kerana apa yang cakoi rasakan cinta cume tipuuu belaka.. yg indah2 tu cuma lam wayang je.. lam lirik lagu je, dlm puisi jek
Jangan sesekali sape jatuh cinta ngan cakoi.. Kerana... Cakoi tidak berminat membina keluarga.. Hanya sangat mengharap ada seseorang yg boleh jadi sahabat sampai mati...
Cakoi hanyalah..
seorang wanita yg cuma ada masa depan yg hancur berkecai, gelap gelita, sudah temui jalan mati... kerna terlalu sibuk menjaga hati urang, kerana terbiasa tak ambil peduli tentang keinginan hati sendiri... tak mungkin jd isteri seseorang wlpn urg tu sempurna @ cacat cakoi juga seorang anak yang dibuang keluarga sendiri... cakoi juga seorang anak yg menyusahkan keluarga angkat yg membela dia.. cakoi juga jadi bebanan utk semua org cakoi juga punca masalah buat semua org..
jangan seseorang pun cuba dekati cakoi, kerana cakoi nih cuma makhluk yang tiada apa pekdahnya untuk sesapepon...
|
|
|
Post by cakoi on Jul 31, 2009 12:17:02 GMT -5
Ini cuma apa yang cakoi kata dan apa yang cakoi rasa... tapi cakoi bukanlah penentu apa yang cakoi kata... bukan juga cakoi ni tak berani memegang apa yang cakoi katakan... cakoi perlu redha.. ini ketentuan takdir cakoi... cakoi anggap ia satu hadiah dr Allah buat cakoi.. yang harus cakoi terima walaupun terlalu pahit utk cakoi
walaupun ketika ini, cakoi sendiri hanya dapat melihat masa depan cakoi yang dah hancur lebur, dengan senyap, dengan diam tanpa perasaan, seolah2 perasaan nih dah lali dengan ni sume.. tapi cakoi juga mengharapkan.. jika cakoi diberi peluang utk hidup dgn lebih baik.. sebagaimana cakoi ditimpakan sesuatu yg berat untuk cakoi pikul.. begitulah pula ganjaran yg patut cakoi terima atas segala keperitan hidup cakoi...
psttt... cakoi ni ibarat pokok duit2 yg menumpang pada pohon besar, walaupun pokok tu tak teguh, walaupun pokok tu hampir2 tumbang.. cakoi masih hidup menempel mengharapkan belas kasih sayang dan perhatian orang.. dan yang paling penting seseorang yang cakoi sendiri kehendaki... bukan sesiapa saja yang datang dan pergi..
Agaknya... baru tersentak dr khayalan yg panjang...akhirnya cakoi sedar bahawa..jgn sesekali cakoi berkehendakkan itu walaupun hanya dalan angan2
Alangkah indahnya hidup bersama urg yg kita syg, wlpn susah, wlpn tidur berbantal lengan, beratapkan awan.. hidup tenang, saling sayang menyayangi sampai mati… tapi adakah peluang itu?? Tapi sayang aku tak mampu memberi untuk memiliki kehidupan sebegini pun….
hmmmmmmmmmmmmmmmm itu la itu.. cakoi .. si anak buluh betung
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 31, 2009 20:05:30 GMT -5
pssttttttttttttttttttttttt
orang kata Teh Orang Kg sangat mujarab untuk orang yang berumahtangga
psttttttttttttttttttttttttt
pitt kata teh boh memang ada umphhhhhhhh
hakakakakakakahakakakakahakakak (gelak gulen2)
|
|
|
Post by SilaKama© on Aug 9, 2009 3:41:52 GMT -5
teh cap neng yatimah....
|
|
|
Post by insanManikam on Aug 11, 2009 20:56:13 GMT -5
neng nak
|
|
|
Post by SilaKama© on Aug 18, 2009 23:04:00 GMT -5
antu nang nak nak neng nak nak nenen!!
wakakakakakakakakakakaaak....
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 19, 2009 7:36:55 GMT -5
mak aii ape citer nieh.......aduiiiiiiiiii
|
|
|
Post by SilaKama© on Aug 20, 2009 14:43:28 GMT -5
nang nak..citer antu...
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 25, 2009 10:07:34 GMT -5
abis mu cakap nak itu2 segala tu... makan hormon laa cam misha omar tuu.........wakakakkaaa
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 1, 2010 5:47:49 GMT -5
kepada yg tercinta ingin nya ku mengeluh semua resah di diri mencari jawap pasti akan kah seseorang yang diimpikan hadir raut halus lalu menyelimuti dijantungku cinta........hanyalah cinta
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 8, 2010 1:53:41 GMT -5
Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia menjawab: Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.
Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”. Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan. Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita; Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan. Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu. Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu. Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu? Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu! Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.. Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.
[[[[[[Khalil Gibran]]]]]]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Dec 8, 2010 1:55:06 GMT -5
yg ku baca disini bikin aku gelak sendiri........... mudah benar kita melakar setiap kata2x tapi tidak pernah kita pegang ......!!!
|
|