Post by admin™ on May 1, 2009 21:14:04 GMT -5
Salah satu perkara yang boleh kita lakukan untuk mempertingkatkan semangat serta motivasi kita ialah menjadikan seseorang yang mempunyai sifat-sifat atau pencapaian yang lebih baik daripada kita sebagai ‘lawan’ kita untuk mempertingkatkan daya saing kita. Melalui proses ini, kita dapat mengikis sifat-sifat negatif seperti sambil lewa, acuh tak acuh atau terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri, dengan memastikan usaha dan kejayaan kita lebih baik ataupun setidak-tidaknya setanding dengan kerja dan pencapaian orang tersebut. Usaha ini adalah sihat, asalkan kita tidak mencampurkannya dengan unsur-unsur negatif seperti iri hati yang tidak bertempat atau mensabotaj usaha orang lain agar tidak melebihi usaha kita.
Jadi perhatikanlah rakan-rakan seperjuangan anda di tempat kerja atau belajar. Pilihlah seorang yang mempunyai etika kerja yang sihat dan prestasi kerja yang tinggi untuk anda jadikan pengukur diri anda. Tidak semestinya anda melihat seorang secara menyeluruh, tetapi mungkin pada satu aspek tertentu. Mungkin anda suka bagaimana orang tersebut menguruskan masa, mungkin anda berkenan caranya mengendalikan pelanggan atau tamu, mungkin anda yakin dengan cara orang tersebut menyiapkan kertas kerja. Seterusnya, tanamkan dalam diri anda semangat untuk ‘melawan’ kualiti kerja orang tersebut.
Dalam anda melakukan aktiviti ini, anda perlu sentiasa ingat bahawa tujuan utama anda ialah memperbaiki diri anda untuk jangka masa panjang. Janganlah pula semangat anda pudar atau anda melupakan sama sekali tabiat baik yang anda amalkan apabila anda sudah berjaya ‘seri’ atau ‘menewaskan’ orang tersebut. Ini adalah satu pelaburan dan bukan permainan semata-mata!
Sebenarnya apabila anda melakukan aktiviti ini, anda mencabar diri anda untuk mempertingkatkan kualiti diri. Satu cara lain ialah anda ‘berlawan’ dengan diri anda sendiri. Caranya mudah, apa sahaja yang anda capai hari, pastikan anda perbaiki pada esok hari, atau pada peluang akan datang! Ini mungkin lebih baik, kerana jika anda mengambil orang lain sebagai ‘lawan’, anda mungkin tiada orang untuk ‘bertanding’ lagi apabila anda berjaya mengatasi apa yang telah dicapai oleh orang tersebut. Sedangkan jika anda ‘berlawan’ dengan diri anda, sudah tentu anda akan sentiasa mempunyai ‘orang’ untuk ditandingi. Bukankah begitu?
Akhir kata, kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah amat suka apabila salah seorang daripada kamu berusaha, lantas ia sentiasa memperkukuhkan usahanya itu.”
Wallahua’lam.