Post by admin™ on Jan 7, 2009 23:01:16 GMT -5
Banyak peristiwa mencabar wibawa pengarang dan bahasa Melayu
2008 tampil sebagai tahun penuh gelora dalam kanvas sastera tanah air apabila sejak dari awal tahun sehingga semalam dicalit dengan warna duka yang mencabar maruah sasterawan mahupun bahasa Melayu di negara ini.
Sejak Januari lagi dunia sastera tanah air sudah bergolak apabila maklumat berhubung pemilihan teks baru bermula 2010 untuk Komponan Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) bagi menggantikan teks sedia ada, menunjukkan semua karya Sasterawan Negara dan Penerima Sea Write Award tidak dipilih.
Pendedahan Sastera Berita Harian berhubung perkara terbabit mendapat reaksi daripada kalangan sasterawan bergelar dan kelompok yang menghasilkan karya berbobot, tidak berpuas hati dengan tindakan Kementerian Pelajaran dengan antara mereka menyatakan pendirian secara terbuka ialah Dr Fatimah Busu dan Datuk Dr Anwar Ridhwan.
Bagi kelompok sasterawan bergelar, pelajar Malaysia perlu disuakan dengan karya daripada golongan mereka berbanding teks penulis karya popular, sesuai dengan pengiktirafan yang mereka peroleh daripada kerajaan di samping ada juga berpendapat tidak semestinya karya daripada pengarang kreatif berjenama.
Alasan yang diberikan kelompok kedua ini ialah karya yang dipilih sebagai teks mesti mampu mendidik, menyemai semangat cintakan negara, bangsa, agama dan bahasa, di samping dapat membentuk jati diri serta memberi pengetahuan sampingan.
Ketika isu itu hangat diperkatakan, kalangan guru yang mengajar Komsas dan dipilih menganggotai jawatankuasa pemilihan, mendedahkan karya serius ditolak kerana tidak diminati pelajar selain mereka terpaksa mengkaji terlalu banyak bahan bacaan dan tidak berbaloi dengan jumlah soalan dalam peperiksaan umum sekolah menengah negara ini.
Pendedahan Sastera Berita Harian dijawab Ketua Unit Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran, bahawa Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pemilihan teks Komsas dan Kesusasteraan Melayu Elektif (KM) belum muktamad dan
dalam proses pemilihan menerima semua bahan termasuk karya SN dan pemenang Anugerah Sea Write. Tahun lalu juga menyaksikan persada sastera tanah air kehilangan lima tokoh berwibawa apabila penulis kritikan politik dan juga pemuisi, Rustam A Sani, meninggal pada 23 April lalu, Sasterawan Negara (SN), Dr Syed Othman Syed Omar (31 Julai); Tokoh Kewartawanan Malaysia dan pemenang Anugerah Magsaysay, Tan Sri A Samad Ismail (4 September), tokoh drama Malaysia, Shaharom Hussein (2 Oktober) dan Seniman Negara, Datuk Syed Alwi Syed Hassan (30 November).
Pada April, SN, Datuk A Samad Said, mengemukakan tuntutan hak terbit untuk tujuh bukunya yang tidak diulang cetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan mendapatkan tandatangan pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, sebagai tanda protes.
Kalendar Mei pula menyaksikan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menganjurkan Kongres Permuafakatan Melayu (KPM) ekoran kebimbangan akan sikap pemimpin parti politik Melayu yang bertelagah sesama sendiri sehingga bangsa lain berani mempersoalkan perkara sensitif berhubung bangsa Melayu secara terbuka.
KPM yang dihadiri 2,100 peserta mewakili 200 badan bukan kerajaan (BBK) Melayu di seluruh negara dan membabitkan pembentangan empat kertas kerja berhubung isu kedaulatan politik Melayu, Perlembagaan Malaysia, kedaulatan agama, budaya dan pendidikan serta ekonomi Melayu.
Kongres terbabit berkesudahan dengan pembentukan Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MPMM) dan mengemukakan 28 resolusi dengan tiga daripadanya berhubung perlembagaan negara, lima politik, tujuh ekonomi, tiga Islam, lima bahasa Melayu, tiga pendidikan dan dua sosial yang diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar.
Dunia sastera tanah air turut menyaksikan kejutan apabila pemimpin muda, Ketua Satu, Persatuan Penulis Johor (PPJ), Mohd Amiruddin Ali, mencabar Ketua Satu Gapena, Prof Emeritus Ismail, pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-37, 5 Julai lalu.
Ia boleh diibaratkan sebagai suara protes generasi muda yang mula bosan dengan kepimpinan kelompok veteran tanpa menyaksikan perubahan bagi membela nasib penulis kreatif negara ini yang sering teraniaya khususnya dalam perkara yang membabitkan hak cipta.
Meskipun, beliau berjaya mempertahankan kerusi dengan memperoleh 45 undi manakala Amiruddin (26 undi), kewibawaan Gapena terus dipersoal apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) memberi kata dua untuk menarik keanggotaan ekoran sikap membisu Gapena dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Melayu (PPSMI).
Timbalan Pengerusi Tetap Pena, Dr Ibrahim Ghafar, menyatakan Pena tidak teragak-agak menarik diri, sekiranya tidak bertindak berhubung perkara terbabit dan mencabar Menteri Pelajaran dan Pemuda Umno Malaysia agar menyuarakan pendirian persatuan terbabit kepada kepimpinan Barisan Nasional.
Pena melalui presidennya yang baru, Datuk Baharuddin Zainal, menyatakan sudah memaklumkan pendirian mereka berhubung PPSMI kepada Kementerian Pelajaran, tetapi tidak menerima maklum balas dan meminta orang Melayu bersatu agar merujuk perkara terbabit kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Ketua Eksekutif, Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, pula mengingatkan Kementerian Pelajaran agar tidak memanipulasi statistik pencapaian PPSMI 2008 dengan pencapaian pelajar bandar dan sekolah elit serta `menyorokkan' keputusan pelajar di luar bandar selain berharap ia dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno pada Mac 2009.
Rentetan beberapa peringatan mengenai pentingnya menolak PPSMI demi menyelamatkan bahasa Melayu daripada mati sebagai bahasa ilmu dan jati diri bangsa Malaysia, Gapena yang membisu sejak 2003 berhubung isu ini, akhirnya bersuara selepas arah perjuangannya dipersoalkan dalam Godam bertarikh 11 Disember lalu.
Bagaimanapun pendirian Gapena untuk menentang PPSMI habis-habisan dan akan menyaman kerajaan sekiranya PPSMI diteruskan mengejutkan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, apabila beliau mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan ketika pertama kali dilaksanakan pada 2003.
Episod duka bahasa dan sastera tanah air tahun lalu turut menyaksikan kekosongan jawatan Ketua Pengarah DBP sejak 2 Mei lalu kosong sehingga hari ini dan khabarnya mantannya kini sudah berhijrah ke Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM). Berita Harian Online - 11 Januari 2009
Oleh Salbiah Ani
dahiya@nstp. com.my