Post by admin™ on Nov 17, 2008 11:57:35 GMT -5
TANGGAL 29 November ini, genaplah tujuh tahun Sasterawan Negara, Datuk Dr. Usman Awang kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit jantung.
Sepanjang pemergian Allahyarham, memang ada beberapa majlis kecil dan sederhana yang telah diadakan bagi mengenang jasa serta perjuangan beliau dalam bidang kesusasteraan tanah air.
Antaranya, majlis-majlis mendeklamasikan sajak dan juga diskusi-diskusi karya-karya Allahyarham termasuklah puisi, cerpen dan novel sebagai salah satu apresiasi seni terhadap beliau.
Sayangnya, sedikit sukar untuk menganjurkan majlis-majlis seumpama itu kerana kurangnya inisiatif dan sokongan terutamanya daripada para penggiat sastera Melayu di negara ini.
Kesukaran itu dapat dilihat apabila tidak banyak persatuan dan orang perseorangan, termasuklah pihak penaja daripada kalangan orang Melayu yang sanggup berusaha ke arah itu.
Terbaru, Malam Kenangan Usman Awang yang akan diadakan di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 29 November ini sekali lagi menghadapi masalah yang hampir sama.
Bagaimanapun, anak perempuan Allahyarham, Haslina Usman menarik nafas lega kerana majlis itu dapat juga dianjurkan dengan adanya sokongan daripada Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC).
Terharu
Katanya, setakat ini tidak banyak pihak tampil ke depan bagi menganjurkan majlis-majlis seperti itu dan kalau ada pun ia antaranya datang daripada Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Pada masa yang sama, Haslina turut terharu apabila sebuah syarikat milik kaum Cina iaitu Hai-O Enterprise Berhad sanggup menjadi penaja utama pada penganjuran majlis tersebut.
Malam Kenangan Usman Awang diadakan bukan setakat mengimbas dan menghargai semula karya-karya Allahyarham yang begitu dekat dengan masyarakat bawahan yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.
Sebaliknya, majlis itu juga dianjurkan sebagai tanda sokongan PPMC terhadap nilai-nilai pemikiran global yang banyak diselitkan dalam karya-karya sasterawan berasal dari Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor ini.
Setiausaha PPMC, Tan Kai Hee berkata, beliau berasa terpanggil untuk menganjurkan Malam Kenangan Usman Awang kerana mengenangkan jasa Allahyarham kepada masyarakat menerusi karya-karya sasteranya selama ini.
"Majlis ini bukannya bermotifkan politik, apatah lagi berbau perkauman, tetapi ia tercetus atas kesedaran saya dan juga PPMC terhadap jasa dan karya- karya sastera beliau yang cukup tinggi nilainya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Lebih menarik lagi apabila Kai Hee turut mempunyai inisiatif sendiri dalam usahanya untuk menterjemahkan karyakarya Allahyarham seperti puisi melalui bahasa Mandarin dalam waktu yang terdekat ini.
Senario itu secara tidak langsung mencetuskan kehairanan, selain menimbulkan persoalan, di manakah perginya persatuan-persatuan penulis dan syarikat-syarikat korporat Melayu dalam usaha menyokong perkembangan kesusasteraan Melayu di negara ini?