Post by admin™ on Nov 11, 2008 8:01:43 GMT -5
Dear Kawan-kawan,
Kalau kita pergi ke Kajang, semua orang tidak melepaskan peluang untuk
makan
satay kajang di sana . Terutama sekali Satay Haji Samuri sebab ianya sudah
terkenal seantero Malaysia .
Sekarang ni tak payahlah pergi jejauh ke Kajang, makan saja di Awan Besar
(tempat rehat di highway Kesas), sebab Haji Samuri dah buka
branch di sana .
Untuk itu teman nak berkongsi pengalaman (yang mungkin tidak boleh
dilupakan) selepas memakan Satay Haji Samuri.Pada hari minggu yang lalu,
teman berserta dengan adik teman (2 family) baru pulang dari Sungai
Chongkak.
Dalam perjalanan pulang, kami bercadang untuk singgah di Awan
Besar untuk makan malam - apalagi, sataylah!!! (jawab anak-anak).
Masing-masing semuanya tengah kelaparan sebab sehari suntuk bermandi-manda
di sungai. Setibanya di sana , kami pun order seperti biasa (masa tu orang
yang makan dan bawa pulang punyalah ramai). Kami pun makanlah dengan penuh
berselera sekali tanpa menghiraukan orang sekeliling.
Setelah kenyang, suami teman pergi ke surau untuk solat maghrib & adik ipar
teman ke toilet & hisap rokok sebentar. Lebih kurang 15 minit kemudian
kamipun bayar bil & berlalu dari Awan Besar (nak balik rumah awal, sebab
esok anak-anak nak sekolah).
Dalam perjalanan pulang, teman dah rasa ngantuk sebab kenyang sangat,
tiba-tiba adik teman menegur suaminya ' Papa, tadi makan satay banyak
betul!! ' Terus adik ipar teman cerita...
' Kalau korang, dengar cerita ni, mesti tak nak makan satay kajang
lagi............ ' Semua yang ada dalam kereta tanya dia
' Kenapa?? ' Dia pun cerita, setelah dia pergi ke toilet, dia pergi hisap
rokok di tepi toilet tu dekat belakang kedai Satay Haji Samuri (kedainya di
sebelah tepi sekali). Dia memerhatikan seorang pekerja sedang menyatukan
sisa-sisa kuah satay (yang biasanya dalam mangkuk kecik-kecik) ke dalam
sebuah mangkuk besar.
Seorang pekerja lagi sedang mengumpulkan lidi satay yang telah digunakan
orang ke dalam satu bekas besar. Adik ipar teman ni secara
spontan bertanya kepada pekerja yang sedang menuang sisa kuah satay
tadi (sebab jaraknya lebih dekat dari pekerja yang sedang mengumpul lidi
satay).
' Dik, kuah ni nak buang ke? ' Jawab pekerja tadi,
' Taklah bang, mana boleh buang, kuah ni mahal tau, kita pakai balik..... '
Adik ipar teman, terkejut betul dengan jawapan tadi, dia pun tanya lagi ..
' Lidi-lidi tu pun tak buang ke? '
Jawab pekerja tadi, ' Ialah bang, kita cucuk satay balik ' Pada mulanya
adik ipar teman, ingatkan pekerja tadi bergurau saja, rupa-rupanya
pekerja tu bercakap benar.
Kemudian, dia lihat pekerja itu terus bangun dan membawa sisa kuah yang
telah disatukan ke dalam mangkuk besar tadi ke dalam kedai (mungkin untuk
di
hidangkan semula).
Setelah melihat kejadian tadi, adik ipar ku pun terus berlalu dan memegang
perutnya sebab dah kenyang makan satay.........
Kami di dalam kereta yang mendengar cerita tersebut sungguh terkejut dengan
cerita tadi. Teman berapa kali tanya adik ipar teman,
' Betul ke ni, Fozi...... ' (terasa loya pun ada). ' Betullah ' ,
jawabnya . Selepas itu bermacam-macamlah perkataan keluar
untuk melepaskan perasaan geram & marah.
' Cuba bayangkan kita makan sisa kuah satay tu, entah-entah semuanya
di campurkan sekali..ee gelinya! ' ' Ialah, kita manalah tahu kalau
orang yang makan ada penyakit HIV ke, penyakit yang senang berjangkit, '
' Lidinya orang dah gigit-gigit lepas tu kita pulak gigit.... ' ' Patutlah,
kita makan sedap aje..... ' ' Agak-agaknya, dia malas nak masak selalu kuah
tu, diam main tambah-tambah aje.... ' ' Entah-entah, itu
dia punya petua untukpelarisnya kot................ '
' Wallahuallam bissawab '
Suami temanpun cakap untuk meredakan suasana -
well, sekarang kita dah tahu, lepas ini tak janganlah makan lagi Satay Haji
Samuri dan kita sebarkan berita ni kat internet supaya orang lain pun
sedar....Itulah ceritanya, so kalau you all nak makan satay, kenalah
berhati-hati.
Tapi yang nyata, teman tak akan makan Satay Kajang lagi