admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 29, 2008 5:59:23 GMT -5
Politik Semasa, Islam dan Kelangsungan Malaysia
ANWAR Ibrahim sudah menang besar dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu. Sudah angkat sumpah jadi Ahli Dewan Rakyat. Dan sudah dipilih Ketua Pembangkang.
Abdullah Ahmad Badawi pun sudah beri reaksi. Macam biasa, tidak ada apa-apa berlaku dalam dunia “damai abadi” Perdana Menteri.
Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata kekuatan Barisan Nasional (BN) di semua peringkat tidak sekali-kali terjejas ekoran kemenangan Anwar.
Dan satu-satunya pemimpin Umno yang tidak diserang penyakit “koro”, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan oleh portal berita bebas Malaysiakini sebagai berkata negara akan terus parah jika Abdullah terus memerintah.
Katanya Abdullah “tidak mempunyai kewibawaan minimum untuk mentadbirkan negara hari ke hari apatah lagi memimpin Malaysia ke arah yang betul di dalam dunia yang kompleks ini.”
Jadi, dengan izin, dalam posting kali ini, saya hendak bercakap perkara yang lain sikit -- mengenai betapa “mudahnya” menjadi orang Islam di Malaysia.
Kerana mudah itulah agaknya ramai orang Islam Malaysia tidak banyak berfikir sebaliknya asyik bertelagah dan bertelingkah.
Ada orang kata, orang Islam Malaysia adalah Muslim pseudo, Muslim kelahiran dan Muslim perlembagaan bukan Muslim kerana akidah, ilmu dan amalan.
Apa tidaknya, akidah orang Islam dipertahankan oleh Perlembagaan. Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. Kalau Melayu agamanya wajib Islam. Agama-agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam.
Simbol Islam di merata tempat --- masjid indah, surau, madrasah, tudung, ketayap, serban dan makanan halal. Tak pakai jam pun tak apa. Lima kali sehari azan akan berkumandang mengingatkan mengenai masa.
Tetapi di mana saya berada ketika membuat posting ini, suara azan digantikan dengan bunyi loceng gereja. Loceng gereja berbunyi empat kali setiap jam.
Sekali dong pada suku jam. Dua kali dong pada setengah jam. Tiga kali dong pada tiga suku jam. Diikuti oleh waktu sebenar. Kalau pukul satu, sekalilah dongnya dan kalau jam 12 tengah hara atau malam, 12 kalilah dongnya.
Sebagai orang Islam Malaysia, kita akan serta merta mendapati rupa-rupanya “lebih susah” jadi orang Islam di tempat seperti ini.
Ambil contoh waktu solat. Pada 28 Ogos, Subuh masuk jam 4.47 pagi dan habis 6.39 pagi. Zuhur jam 1.27 petang, Asar 5.12, Magrib 8.13 malam dan Isyak 9.59 malam.
Taklah banyak sangat bezanya dengan di Malaysia. Tapi pada 1 Ogos lalu, Subuh jam 3.49 pagi dan Isyak 11.05 malam. Bayangkan hendak tunggu hingga jam 11 malam untuk menunaikan Isyak, pasti ramai yang tertidur!
Berpuasa pula tidak sama waktunya. Kalau jatuh musim panas, maka panjanglah waktunya – daripada jam 4 pagi hingga 9.45 malam. Tapi kalau musim sejuk, pendeklah waktunya – daripada jam 6 atau 6.30 pagi hingga 4.00 atau 4.30 petang.
Sesiapa yang berpuasa sunat pada 1 Ogos lalu, akan berpuasa daripada jam 6.03 pagi hingga 8.59 malam.
(Terfikir oleh saya kalau seseorang Muslim itu mengamalkan disiplin Islam, dia tidak akan lewat atau gagal menunaikan temu janji sebab menepati masa dan janji sudah menjadi amalan melalui solat dan berpuasa.)
Bagi kita yang mengembara, nampak susahlah tetapi bagi umat Islam di negara ini, mereka mungkin sudah biasa. Sebagai kumpulan minoriti, mereka terpaksa mengalami banyak kesukaran dan ujian yang kita di Malaysia tidak tahu dan tidak ambil peduli.
Bukan mudah nak makan kalau terlalu taasub dengan halal dan haram. Mana ada dapur halal (halal kitchen) atau kedai makan halal macam di Malaysia.
Kalau pun ada restoran halal, kita kena berjalan atau berkenderaan berbatu-batu mencarinya. Dan harganya tentulah lebih mahal daripada kedai makanan biasa. Begitu jugalah kalau nak cari daging halal yang umumnya diimport dari Brazil.
Brazil? Ya, Brazil. Brazil, sebuah negara Kristian adalah antara negara pengeksport daging dan ayam halal yang terbesar di dunia. Hatta negara-negara Arab pun mengimport ayam dan daging dari negara Amerika Selatan itu.
Kita di Malaysia heboh bercakap mengenai “halal hub.” Tetapi adakah kita tahu yang Negeri Thai mengeluarkan lebih banyak makanan halal untuk eksport – termasuk ke negara kita sendiri?
Di negara yang saya berada sekarang terletak ibu pejabat syarikat Nestle. Syarikat Nestle adalah antara pengilang makanan halal terbesar di dunia.
Orang bukan Islam tahu nilai ekonomi label halal, tapi peniaga makanan Islam di Malaysia jarang sangat gunakan logo halal. Jadi bila orang Arab nak cari makanan halal di Malaysia mereka pergi ke restoran Cina yang bersijil halal atau ke Mcdonald dan KFC.
Kalau difikir-fikirkan, umat Islam Malaysia sepatutnya menjadi Muslim yang unggul dalam segala aspek. Tetapi kerana terlalu dilindungi, ramai daripada Muslim Malaysia menjadi Muslim pseudo dan menghabiskan masa dan tenaga membahaskan isu remeh-temeh.
Boleh jadi kerana akidah kita tidak diuji dan orang agama lain tidak dibenar mempropagandakan agama mereka kepada umat Islam maka orang Islam Malaysia menjadi alpa, cetek dan besar kepala.
Apatah lagi apabila pembesar-pembesar politik Muslim sendiri menunjukkan contoh yang buruk seperti lewat datang kerja, lewat ke majlis dan mungkir janji untuk hadir di sesuatu majlis.
Tak cukup dengan itu mereka bersumpah sana sini dengan menggunakan nama Allah dan mengamalkan amalan songsang.
Agaknya kerana itu jugalah tidak ramai orang Islam Malaysia yang berminat dan tidak berani bergaul dengan orang bukan Islam. Apatah lagi berbincang dan berbahas mempertahankan hak Islam.
Sedangkan orang bukan Islam dari negara-negara maju begitu kagum apabila mereka melawat Malaysia. Mereka kagum dengan tahap kemajuan negara kita. Mereka kagum melihat wanita Islam yang bertudung tetapi memandu kereta Mercedes dan BMW. Mereka kagum berunding dengan eksekutif wanita Islam yang pakar dan pintar.
Tetapi kalau kita biarkan ketidakhaluan pemerintahan sekarang berterusan, bukan sahaja kelangsungan negara kita Malaysia akan terancam malah kesucian Islam akan ternoda.
Seperti kita maklum, sudah pun wujud percubaan untuk menguji kesabaran dan keazaman umat Islam Malaysia secara tersurat dan tersirat.
Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan dan selamat puasa Ramadan.
p/s saya sangat menyukai tulisan2 ayahanda A Kadir Jasin ada pengisian dan isinya..........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 18, 2008 15:10:01 GMT -5
tapi banyak orang hanya berfikir untuk poket sendiri dan kepentingan diri sendiri aku naik menyampah betul dengan semua ahli politik malaysia sekarang ini lebih bengap dari ahli politiik timor timor
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 12, 2009 0:05:15 GMT -5
RAMAI daripada kita sudah bersembahyang hajat, menunjuk perasaan, menderma, menulis puisi dan membuat deklarasi.
Semuanya atas nama kemanusiaan dan simpati dengan rakyat Palestin yang dibom, ditembak dan diletupkan. Berlinang dan bercurahanlah air mata kita.
Jadi pastinyalah kita marah kalau saya unjurkan bahawa perjuangan Palestin adalah perjuangan sia-sia, perjuangan yang kecewa dan perjuangan yang penuh pura-pura.
Pedih dan menyakitkan hati. Tetapi itulah realitinya sejak penubuhan negara Israel – Medinat Yisra’el – melalui rampasan ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei, 1948.
Sejak itu jugalah jentera propaganda dan peperangan Yahudi bekerja lebih masa mencuba menghalalkan rampasan mereka ke atas Palestin.
Pada mulanya mereka mendakwa kononnya mereka membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Inggeris dan Liga Bangsa-Bangsa.
Izinkan saya sedikit ruang dan masa untuk mengemukakan fakta-fakta berikut untuk pertimbangan pembaca sekalian:
1. Negara-Negara Arab yang berjiran dengan Israel serta merta melanggar negara itu dan mengulanginya beberapa kali dengan mengalami kekalahan teruk;
2. Akhirnya semakin banyak negara Arab sama ada mengiktiraf Israel dan menandatangani perjanjian damai dengannya atau tidak lagi memberi keutamaan kepada isu Palestin;
3. Melalui perang psikologi, Israel dan penyokong Yahudinya dari seluruh dunia menyusup masuk dan menguasai politik, ekonomi serta media massa Amerika Syarikat (AS);
4. Israel dan gerakan Yahudi antarabangsa berjaya menjadikan Amerika boneka, pelindung dan pembiayanya;
5. Menurut John J. Mearsheimer dan Stephen M. Waltdalam tulisan mereka berjudul “The Israel Lobby and U. S. Foreign Policy” (Lobi Israel dan Dasar Luar Amerika Syarikat), Israel menerima bantuan langsung bernilai AS$3 bilion (RM10.62 bilion) setiap tahun atau 20 peratus daripada bantuan luar AS;
6. Setiap orang penduduk Israel menerima subsidi daripada AS bernilai AS$500 (RM1,770) setahun walaupun Israel adalah negara perindustrian yang sama pendapatan per kapitanya dengan Korea Selatan dan Sepanyol;
7. Menurut Perkhidmatan Penyelidikan Kongres Amerika, bantuan kepada Israel bagi tahun 2007 berjumlah tidak kurang daripada AS$2.5 bilion (RM8.85 bilion). Ini tidak termasuk AS$138 juta (488.5 juta) bagi projek pertahanan bersama peluru berpandu dan jaminan hutang sebanyak AS$$1.4 bilion (RM4.95 bilion);
8. Purata AS memberikan AS$6.8 juta (RM24 juta) kepada Israel setiap hari berbanding AS$300,000 (RM1.06 juta) kepada Palestin pada tahun 2007;
9. Janji Amerika membantu Palestin adalah janji kosong sejak daripada tertubuhnya Medinat Yisra’el pada tahun 1948; 10. President Truman dalam ucapannya pada 28 Oktober, 1948 – lima bulan selepas rampasan bumi Palestin oleh Yahudi -- antara lain, berkata: “Adalah tanggungjawab saya memastikan dasar kita di Israel menepati dasar kita di seluruh dunia; kedua adalah hasrat saya membantu membina negara Palestin yang kuat, makmur, bebas, merdeka dan demokratik. Ia perlu cukup luas, cukup bebas dan cukup kuat untuk membolehkan rakyatnya berdikari dan selamat.”
[ “It is my responsibility to see that our policy in Israel fits in with our policy throughout the world; second, it is my desire to help build in Palestine a strong, prosperous, free and independent democratic state. It must be large enough, free enough, and strong enough to make its people self-supporting and secure.”]
11. Dan bolehkah Barack Obama diharap untuk mengatasi pembohongan AS selama ini? Pertimbangkan kenyataan beliau ketika kempen pilihan raya Presiden baru lalu yang berbunyi: “Kita jangan sekali-kali mencuba mengatakan apa yang terbaik untuk orang Israel dan keselamatan mereka dan tidak seorang pun Perdana Menteri Israel yang patut diseret ke meja perundingan...”
[We should never seek to dictate what is best for the Israelis and their security interests" and that no Israeli prime minister should ever feel "dragged" to the negotiating table...];
12. Yahudi mempunyai perwakilan yang kuat dalam politik nasional AS. Pada bulan Jun tahun lalu (2008), 7.8 peratus Ahli Kongres adalah Yahudi walaupun penganut agama Yahudi di AS dianggarkan hanya 1.4 peratus daripada penduduknya;
13. Kalau AS menjadi boneka, pelindung dan pembiaya Israel, banyak negara Islam, khasnya negara-negara Arab, menjadi boneka dan pak turut AS;
14. Dari mula lagi banyak negara Arab tidak mahu Hamas berjaya di Palestin. Hamas adalah singkatan kepada Harakat al-Muqâwamat al-Islâmiyyah atau Pergerakan Penentangan Islam yang terdiri daripada pengikut Sunnah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 oleh Sheikh Ahmed Yassin, Abdel Aziz al-Rantisi dan Mohammad Taha yang berupa penggiat Ikhwanul Muslimin cawangan Palestin pada permulaan gerakan Intifadah pertama;
15. Oleh sebab Hamas diasaskan atas landasan Ikhwanul Muslimin maka ia dicurigai dan ditolak oleh banyak negara Arab. Ikhwanul Muslimin diharamkan atau dikawal kegiatannya di banyak negara Arab;
16. Ikhwanul Muslimin atau Persaudaraan Muslim adalah organisasi Muslim yang diasaskan oleh Hassan al Banna di Mesir pada tahun 1928 berikutan keruntuhan Empayar Ottoman;
17. Pada mulanya Ikhwanul Muslimin menyokong kerajaan sekular Presiden Gamal Abdel Nasser tetapi apabila seorang anggotanya dituduh membunuh Perdana Menteri Mesir, Mahmud Fahmi Nokrashi, pada 28 Dis. 1948, pertubuhan itu diharamkan dan Al Banna sendiri dibubuh oleh agen-agen perisik kerajaan pada bulan Februari tahun berikutnya;
18. Majoriti negara-negara Arab tidak demokratik. Mereka bimbang jika kerajaan Hamas berjaya di Palestin mereka akan menghadapi tekanan daripada rakyat jelata mereka sendiri agar memperkenalkan demokrasi;
19. Negara-negara Arab sendiri terus bercakaran dan serentak itu menjadi tali barut kepada hegemoni AS di Asia Barat seperti yang terserlah dengan sokongan mereka terhadap serangan dan penaklukan AS ke atas Iraq;
20. Akhir sekali, politik Palestin sendiri kucar-kacir akibat ketidaksepaduan sokongan negara-negara Arab dan persengketaan di kalangan pelbagai kelompok agama di Asia Barat, khasnya pergeseran antara pengikut Sunnah dan Syiah.
Bukan tujuan saya melemahkan semangat juang, sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin. Tetapi fakta-fakta di atas tidak memberikan keyakinan bahawa masalah negara dan rakyat Palestin boleh diselesaikan dengan mudah dan segera.
Untuk mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata pun susah. Bayangkan untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
Malah, setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang di lahirkan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 18, 2009 20:46:30 GMT -5
harus ambil ingatan apa yang pak kadir jassin tulis........
Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.
To recap,
1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;
2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;
3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;
4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;
5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;
6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;
7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;
8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;
9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;
10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;
11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;
12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;
13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;
14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;
15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sawarak state election;
16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;
17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and
18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.
|
|
|
Post by insanManikam on Feb 11, 2009 2:22:56 GMT -5
malaysia = soon to be timor timur....think
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 27, 2009 21:02:20 GMT -5
saya suka membaca komen dari sahabat ini melalui entries terbaru ayahanda A.Kadir tentang kitar semula......
Saya menulis di atas kesakitan ayah saya yang berada di Gadjah Mada Medical Hall di Universitas Gadjah Mada ,dibawah pengawasan Prof. Dr. dr. Hardyanto Soebono, Sp.K(K)
Yang menyayat hati ,walaupun beliau di katil itu masih lagi memikul amanah sebagai seorang perjuang yang saya anggapkan sebagai seorang yang bertanggungjawab keatas akhlak bangsanya .
Ayah menyuruh saya menceritakan apabila kita ke Zoo Negara melihat beruk dan monyet melompat dari satu pokok ke pokok yang menariknya bila kita pulang kita tidak pulak melompat seperti beruk beruk itu.
Saya berpendapat ayah ingin menyentuh soal akhlak manusia yang berada di Malaysia apabila kurang ajarnya Bukit Gelugor yang lahir dari hasil susu lembu dan derhaka di Bukit Chandan sehingga Bukit Gantang terpaksa berhadapan dengan pilihan raya.
Banyak lagilah bukit yang sudah bosan dengan akhlak kita di Tanah Malaya ini.Untuk menyelesaikan perangai sikap manusia, dua asas menjadi pokok kepada kejayaan sebuah bangsa dan manusia berpaksikan satu;AKHLAK, dua;BERSYUKUR.
Ayah , adakala Arope malas untuk menulis dan meneruskan perjuangan ayah,walaupun ayah yang Arope anggapkan lebih mementingkan bangsa dari kesihatan ayah.
Anyway,let me tell you this,you still the best man that I've ever known,ayah let me start by saying I love you.
11:56 PM
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 27, 2009 21:07:41 GMT -5
Kitar Semula Plastik Dan Orang Politik
KITAR semula tidak begitu berleluasa di Malaysia. Kempen-kempen menggalakkan masyarakat mengamalkan kitar semula kurang mendapat sambutan.
Banyak pusat kitar semula terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap. Sifat pengotor dan tidak disiplin rakyat Malaysia menyebabkan botol dan beg plastik serta tin aluminium bersepah di merata tempat.
Majoriti rakyat Malaysia Muslim. Islam mengajar umatnya bersih, berdisiplin dan beradab. Tetapi kedai dan gerai makan milik orang Islam jarang mengutamakan kebersihan.
Di Terengganu, saya terbaca papan tanda berbunyi “kebersihan sebahagian daripada iman”. Tetapi tandas di banyak masjid dan surau kotor sehingga kita tidak tergamak menggunakannya. Kitar semula bahan-bahan buangan baik untuk alam sekitar dan boleh membantu menjaga kebersihan di samping memberikan pendapatan tambahan. Jadi kita perlu meneruskan kempen kesedaran alam sekitar, kebersihan dan kitar semula ini.
Tetapi kitar semula yang tidak digalakkan kerana boleh memudaratkan adalah kitar semula orang politik atau orang pentadbiran awam.
Kalau diperlukan pun, biarlah kitar semula setakat untuk menjadi penasihat, ahli nujum, pawang buaya dan penghalau hantu raya sahaja. Jadi Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri tak payahlah.
Ketika saya membesar di pinggir Sungai Pendang pada tahun 1950-an, buaya masih banyak. Justeru itu, pawang buaya atau sesiapa saja yang memperkenalkan diri sebagai pawang buaya pasti dihormati.
Satu kepercayaan orang kampung mengenai buaya ialah jangan sekali-kali membasuh kelambu dalam sungai. Kononnya buaya cukup marah kelambu dibasuh di dalam sungainya. Agaknya bau manusia pada kelambu mudah dikesan oleh buaya.
Berbalik kepada kitar semula, jenis kitar semula yang kita tidak mahu adalah kitar semula untuk menjadi peneraju parti politik atau Menteri Kabinet, Menteri Besar, Ketua Menteri dan jawatan-jawatan seumpamanya.
Ada orang kata ramai calon Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan bulan depan adalah calon kitar semula. Kalau kitar semula emas atau tembaga tak apalah. Tapi kalau setakat plastik dan botol buruk tu tak payahlah kot.
Saya ada seorang member teh tarik di Raju yang bergiat dalam industri kitar semula. Dia budak muda Melayu berkelulusan kejuruteraan. Katanya dia lebih banyak kitar semula tembaga dan logam-logam yang bernilai tinggi.
Baru-baru ini dia rugi besar. Harga besi buruh merudum daripada RM1,800 setan kepada RM800 dan tembaga daripada RM27 sekilogram kepada RM11.50. Sekarang dia buat eksperimen bela ayam turki di Bukit Gantang, Perak.
Saya tidak berani hendak kata calon kitar semula Umno itu daripada jenis plastik, kaca, aluminium, besi waja, tembaga atau emas. Papan litar komputer (printed circuit board) kalau dilebur boleh menghasilkan emas.
Kita semua tahu antara calon MT Umno tu ada bekas Menteri, bekas Ketua Menteri dan Menteri Besar, bekas Menteri Besar yang dikitar semula menjadi Menteri, Menteri Besar yang hilang negeri dan banyak jenis mantan lagi.
Rasa-rasanyalah banyak yang sudah tidak boleh digilap dan digunakan semula. Pakailah banyak mana Brasso pun tidak bersih dan berkilat lagi. Orang kampung kata dah lebam. Sudah sampai masa dilebur atau dimasukkan ke dalam loji pelupusan sebagai bahan bakar.
Dalam itu pun, elok juga kita berhati-hati bila membuang barang-barang lama. Sekarang barang-barang lama yang tergolong dalam kategori antik sangat berharga.
Di rumah ayah dan emak saya ada sebuah katil besi pusaka yang sudah berusia hampir 100 tahun. Bila digilap dengan Brasso masih berkilat. Tapi kalau digunakan dengan lasak, ia berbunyi sana sini. Maklumlah katil lama. Nak kurangkan bunyi, jangan tidur lasak atau selalu masukkan pada celah-celah penyambungnya minyak pelicin Singer. Brasso untuk mengilat logam
Saya rasa setelah melihat apa yang terjadi kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional selepas persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003, parti-parti seperti Pas dan DAP tidak akan tergesa-gesa membersarakan veteran mereka macam Nik Abdul Aziz Nik Mat (78 tahun), Lim Kit Siang (68) dan Karpal Singh (67).
Orang tua kita kena hormat. Jadi saya tidak setujulah orang tua cacat macam Karpal dikasari apatah lagi di Parlimen.
Maaf cakaplah orang kita, khasnya yang muda-muda tu, nampaknya tidaklah matang seperti yang didakwa.
Harap-haraplah Parlimen kita tidak jadi macam Parlimen Taiwan di mana mereka nampaknya lebih kerap bertinju dan berkuntau daripada berdebat secara waras dan bijaksana.
Akhir kalam, sokonglah kempen kitar semula bahan-bahan buangan, terutamanya plastik. Plastik amat buruk kepada alam sekitar. Saya harap dalam masa terdekat ini kita boleh mengurangkan atau menjimatkan penggunaan plastik.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Feb 27, 2009 21:09:26 GMT -5
malaysia = soon to be timor timur....think maybe akibat dari nafsu serakah org2 muda yang berkiblatkan wang dan kuasa!! dan orang2 tua yang masih belum sedar diri dan ingin terus berkuasa sedang tidak pernah merasa sukarnya menjadi rakyat jelata!!
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Mar 5, 2009 8:48:57 GMT -5
hahh.........meating bwah pokok? akakakkaawakakkaa.....hua hua huaaaaaaaaa
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jan 9, 2010 10:00:17 GMT -5
Islam: Hak Dan Tanggungjawab Raja-Raja Melayu A Kadir JasinAMARAN KHAS – Tolong berhati-hati apabila membincangkan isu ini kerana kita boleh dituduh menghina mahkamah dan/atau menghasut.MASA sudah berlalu untuk retorik, janji dan kata dua. Orang Islam Malaysia sudah amat marah. Gereja sudah dibakar. Kita boleh mengutuk perbuatan ganas dan berbahaya ini. Dan saya, sebagai blogger dan seorang Islam mengutuk perbuatan ini. Tetapi kutukan dan ancaman mengambil tindakan paling tegas, termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, tidak akan menyelesaikan masalah pokok. Ada orang sudah menabur angin. Maka hendak tidak hendak kita semua akan menerima badainya. Seperti saya nyatakan dalam respons saya dalam ruangan komen blog ini, kita jangan sekali-kali memperkecilkan hak, kuasa dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam hal ini. Dalam Perlembagaan negara, agama Islam adalah Agama Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah ketua agama yang berhak dan bertanggungjawab ke atas agama Islam. Jadi saya rasa, sudah sampai masanya bagi setiap orang Islam, sama ada sebagai individu, persatuan, pasukan atau kumpulan, merayu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu agar campur tangan. Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun bertitah. Baginda bertitah, bagi menjamin keamanan dan keharmonian di kalangan pengikut pelbagai agama, maksud dan rujukan kepada “Allah” dalam konteks umum wajib menepati deskripsi yang ditentukan oleh Islam kerana ini adalah amalan yang telah diterima selama ini oleh semua kepercayaan rakyat Malaysia. Kata baginda: ""Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," Sebagai ketua dan pelindung agama Islam dan adat resam Melayu, Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab memberi kata putus agar Allah kekal sebagai Allah orang Islam, Allah yang Satu. Lihatlah apa yang telah terjadi. Bukan semua orang Islam boleh sabar dan bukan semua orang Islam tahu selok-belok agama Kristian. Yang menggunakan “Allah” dalam penerbitan dan mencabar Menteri Dalam Negeri di mahkamah itu adalah mazhab Roman Katolik. Tetapi gereja yang diserang mungkin bukan gereja Roman Katolik. Mereka tidak boleh membezakannya. Bagi orang Islam, khasnya di Semenanjung Malaysia, Allah adalah Tuhan orang Islam. Lagipun Allah yang disembah oleh orang Islam tidak sama dengan Tuhan yang disembah oleh Roman Katolik. Allah orang Islam adalah satu. Adalah Esa. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan. Tetapi Tuhan Roman Katolik mempunyai tiga bentuk penjelmaan. Tuhan sebagai Bapa, Tuhan sebagai Anak dan Tuhan sebagai Roh Suci. Islam adalah Agama Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah ketua agama Islam. Jadi kalau Baginda semua bertitah yang Allah hanya boleh digunakan oleh Islam, insya-Allah akan redalah kegelisahan orang Islam. Soal derhaka kepada Raja, jika timbul atau ada pihak yang berani melakukannya, kita tangani kemudian. Buat saat ini, meredakan kegelisahan orang Islam adalah keutamaan. Orang Islam tidak lagi boleh bergantung kepada kepemimpinan politik semata-mata. Sudah amat jelas bahawa isu yang bermula sebagai isu pentadbiran dan mahkamah ini telah begitu teruk dipolitikkan sehingga menimbulkan kekeliruan, kegelisahan dan kemarahan umat Islam. Hanya Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu boleh memberi dimensi baru yang positif kepada kemelut ini. Daulat Tuanku. kadirjasin.blogspot.com/2010/01/islam-hak-dan-tanggungjawab-raja-raja.html
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 8, 2010 11:51:16 GMT -5
dah lama tak jengah pak kadir...... terlalu sibuk dengan farmville sehingga minda pun tak diisi dengan yang layak selayaknya........
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on May 25, 2010 7:31:18 GMT -5
adoiiiiiiiiiii tah ape kejadian blog pak kadir nieh dah lama tak jengah tull artikel lesen judi kut?
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 1, 2010 3:55:12 GMT -5
KOMANDO Tentera Laut negara pengganas Israel telah menyerang armada kemanusiaan antarabangsa Gaza menyebabkan 18 orang aktivis terbunuh dan ramai lagi cedera.
Kita wajib menuntut kerajaan kita memutuskan segala bentuk kerjasama dan urus niaga dengan semua pihak yang terbabit dengan negara pengganas Yahudi itu.
Mana-mana organisasi dan badan perniagaan yang mempunyai kepentingan Israel atau Yahudi wajib dipulaukan.
Perwakilan kita di Bangsa-Bangsa Bersatu memprotes kepada PBB dan Duta kita di Washington wajib memprotes kepada Pentadbiran Obama.
Tidak ada apa-apa berbeza antara dasar Obama dengan Presiden-Presiden Amerika Syarikat sebelum ini sepanjang mengenai keganasan Israel.
Negara pengganas Yahudi ini berani dan melanggar undang-undang antarabangsa kerana ia tahu ia boleh bersembunyi di belakang Washington.
Kita juga wajib menghantar protes kepada negara Arab yang terus menekan Palestin, khasnya yang bekerjasama dengan Amerika Syarikat penajaan dan pelindung utama negara pengganas itu.
Berhati-hatilah, banayk negara jiran kita, termasuk Singapura, bukan sahaja mengiktiraf negara pengganas Yahudi itu, tetapi sangat akrab di segi ketenteraan dan espionage (pengintipan).
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 1, 2010 3:59:09 GMT -5
Pengurangan Subsidi: Kesan Baik Dan Buruknya A Kadir Jasin
PERBAHASAN isu subsidi di mana-mana pun panas dan emosional. Tak kira di negara kaya macam Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah atau negara miskin macam Mesir.
Di Mesir berlaku rusuhan bila subsidi roti dikurangkan. Di Eropah petani merusuh dengan membinasakan hasil keluaran.
Menteri orang bukan politik macam Idris Jala yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), mungkin kurang peka hal sebegini. Apatah lagi jika pengalamannya hanya makan gaji dan gajinya pula besar.
Hendak mudah cakap, kalau tidak kerana subsidi baja dan subsidi harga padi, ratusan ribu petani kita akan hidup dalam kemiskinan tegar dan hasil padi/beras negara merudum.
Jadi kita saling bantu membantu. Orang yang beli beras bayar harga yang tinggi sedikit dan harga tambahan itu dipindahkan kepada penanam padi sebagai subsidi.
Ahli ekonomi selalu kata subsidi mengherotkan (distort) ekonomi. Tapi mereka jarang cakap kesan positif subsidi kepada penerima atau seolah-olah pengguna individu dan orang miskin saja nikmati subsidi.
Ambil contoh subsidi baja. Petani dapat baja dan pengilang dapat hasil membekalkan baja. Kalau tidak kerana skim subsidi baja, industri baja kita tidaklah sebesar sekarang.
Subsidi menjana ekonomi. Seorang pengguna yang terima RM1 ringgit subsidi akan belanja duit itu. Pekedai dapat hasil. Pekedai pasti buat keuntungan kerana barang yang dijual dengar harga RM1 itu diperolehnya dengar harga lebih rendah daripada pembekal. Pembekal beli lebih rendah dari pengilang. Setiap kali duit RM1 itu bertukar tangan, ia menambah kepada nilai ekonomi.
Billionaire Pun Telan Subsidi
Dan jangan lupa, di Malaysia pengilang dan pelabur yang kononnya sangat pandai berniaga itu pun mendapat subsidi berbilion-bilion ringgit. Antaranya subsidi diesel (untuk pengangkutan) dan subsidi gas asli cecair (untuk penjanaan elektrik oleh IPP dan kilang pembuatan).
Malah tauke-tauke billionaire yang pakai kereta Mercedes Benz 6,000cc dapat subsidi minyak petrol yang berkali-kali ganda lebih banyak daripada orang biasa yang guna Kancil atau Proton.
Kilang yang dapat subsidi kata mereka jual barang dengan harga yang lebih murah kepada pengguna. Tetapi mana kita tahu kalau mereka songlap (tipu)?
Kita semua tahu penguatkuasaan kita hambar. Kerap kali sekadar melepas batuk di tangga saja. Kurang pengetahuan, malas dan rasuah adalah antara punca pengawasan harga dan bekalan sangat lemah.
Bukan semua subsidi dalam bentuk cross (lintang) di mana pengguna membayar harga yang tinggi sedikit untuk membantu pengeluar, macam subsidi harga padi.
Subsidi Dari Duit Kita Juga
Sebahagian besar subsidi adalah daripada sumber kewangan yang diamanahkan kepada kerajaan, sama ada hasil cukai atau keuntungan pelaburan.
Duit yang digunakan untuk subsidi itu bukan duit kerajaan, tetapi duit pembayar cukai individu dan korporat. Kerajaan sekadar menguruskannya.
Soalnya, Idris kata kerajaan tak mampu lagi tampung kadar subsidi seperti yang ada sekarang. Malah dia kata negara akan muflis, bankrupt, kaput, hancus dalam masa lima tahun kalau kadar perbelanjaan negara dikurangkan.
Salah satu cara menjimatkan perbelanjaan adalah dengan mengurangkan atau menghapuskan langsung subsidi.
Mustahil boleh dihapuskan langsung. Jadi soalnya sekarang bagaimana kita hendak melaksanakan rasionalisasi subsidi ini?
Ya kita, saya dan Saudara serta Saudari semua kerana kitalah yang pilih kerajaan, kitalah yang bayar cukai dan kitalah yang terpaksa menanggung bebannya.
Kalau ikut Idris, subsidi, tak kira subsidi tol, bahan api, elektrik, gula, tepung atau minyak masak dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat mulai tahun ini. Matlamatnya nak kurangkan perbelanjaan sehingga RM103 bilion dalam tempoh lima tahun.
Baguslah kerajaan mengadakan mekanisme khas dipanggil Makmal Rasionalisasi Subsidi untuk tujuan perbahasan dan mengadakan hari terbuka makmal itu Khamis lepas di Ibu Negara. Jadi adalah wajib kita memberi maklum balas sebelum cadangan dikemukakan kepada Kabinet.
Tak kiralah betul atau tidak kita antara negara yang paling tinggi subsidi di dunia, tapi jumlah RM74 bilion tahun lalu itu memanglah besar.
Daripada jumlah itu, subsidi sosial sebanyak RM42.4 bilion, bahan api dan elektrik (RM23.5 bilion), prasarana (RM4.8 bilion) dan makanan (RM3.4 bilion). Kata Idris, purata subsidi itu bersamaan RM12,900 bagi setiap isi rumah.
Tapi saya terkilan bila Idris membandingkan negara kita dengan Greece yang kini mengalami krisis kewangan yang teruk dan hampir muflis. Takkanlah kita seteruk Greece? Kalau nak gempar (takut-takutkan) pun, biarlah rasional sikit.
Potongan Subsidi Akan Jejaskan Rakyat
Pengurangan subsidi pasti akan jejaskan taraf hidup rakyat. Kuasa membeli mereka akan jatuh dan akan diburukkan lagi oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
Pengilang, penyedia perkhidmatan, pengedar dan pekedai akan menaikkan harga bagi menampung pengurangan atau penghapusan subsidi. Setiap peringkat rangkaian pembekalan (supply chain) akan menaikkan harga. Lebih teruk daripada itu mereka akan mengambil kesempatan membuat keuntungan berlebihan (profiteering).
Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak tentu sedar kesan rasionalisasi subsidi ini. Ia mungkin membantu mengurangkan beban hutang negara yang mencecah RM362 bilion (54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi kesannya kepada ekonomi dan rakyat jelata juga besar.
Perlu juga dijawab apakah hutang negara yang besar ini kerana subsidi sahaja atau kerana pemborosan, ketirisan dan rasuah?
Pada pandangan rambang rakyat jelata, para pembesar terus hidup dengan mewah, boros dan menunjuk-nunjuk. Pengiring polis berkereta dan bermotosikal, pengawal peribadi, permaidani merah, kerusi tinggi, perbarisan pegawai dan makanan berlambak!
Subsidi adalah sebahagian daripada ekonomi. Ia menjana pertumbuhan melalui peningkatan daya pengeluaran, menambah kuasa membeli dan mengurangkan inflasi.
Tetapi ia juga menyebabkan kemudaratan bila harga yang murah menyebabkan penggunaan berlebihan, misalnya gula dan minyak masak yang memudaratkan kesihatan.
Soalnya, bagaimanakah Mohd Najib dan para penasihat ekonominya akan melaksanakan tugas rumit dan sensitif ini tanpa menjejaskan ekonomi negara, kesejahteraan rakyat dan sokongan pengundi.
Langkah mengurangkan subsidi pasti mendapat sokongan dan pujian hebat para “free marketeer”, Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.
Tetapi sokongan mutakhir yang menentukan jatuh atau bangun pemerintah adalah rakyat jelata, khasnya golongan majoriti yang masih miskin, terpinggir dan memerlukan bantuan.
Dan tidak perlulah Idris Jala memberi “lecture” kepada rakyat jelata supaya sedar negara memberi subsidi yang tinggi. Saya rasa Idris juga datang daripada latar belakang di mana subsidi dan bantuan adalah peyelamat.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Aug 21, 2010 10:54:05 GMT -5
pun daa lama tak baca apa yg pak kadir tulis.. pemalas tul sekarang nieh maklom sejak berpuasa semua nak puasa kecuali jari........
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Apr 21, 2013 5:41:59 GMT -5
BERDASARKAN penamaan calon hari ini, Pilihan Raya Umum ke-13 bukan sahaja sengit tetapi sangat menarik kerana banyak kerusi menyaksikan pertandingan banyak penjuru dan tidak sebuah pun dimenangi tanpa pertandingan. Ada kerusi yang menyaksikan pertandingan tujuh hala.
Perangkaan mutakhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sejumlah 579 calon akan bertanding merebut 222 kerusi Parlimen, termasuk 79 calon bebas dan 1,320 berebut 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 buah negeri, kecuali Sarawak.
Inilah kali pertama sejak PRU 1959 tidak ada kerusi dimenangi tanpa pertandingan. Dalam PRU 2008, BN menang lapan kerusi Parlimen dan tiga DUN tanpa pertandingan manakala PAS menang sebuah kerusi DUN pada hari penamaan calon. [Klik Di sini]
Dalam pilihan raya Parlimen, BN meletakkan 221 orang calon, PKR (99), PAS (73), DAP (51), bebas (79), State Reform Party (STAR) (28), Berjasa (9), Sabah Progressive Party (SAPP) (8), Sarawak Workers Party (SWP) (6), Kita (2), Parti Cinta Malaysia (PCM) (2), dan Bersama (1). Penama BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan.
Bagi pilihan raya DUN, BN meletakkan 505 calon, PAS (236), PKR (172), DAP (102), bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3), dan Socialist Party of Malaysia (PSM) (2).
[Senarai Penuh Di sini]
Ketidakpuasan Punca Banyak Calon Bebas
Sedikit sebanyak, bilangan calon yang lebih ramai itu membayangkan wujudnya ketidaksepaduan di kalangan parti-parti yang bertanding dan di dalam parti akibat pilihan calon.
Tetapi hal ini tidaklah memeranjatkan sangat kerana boleh dikatakan semua parti cuba membuat pembaharuan dengan meletakkan banyak orang baru. Dalam proses itu, tentulah ada penyandang dan orang yang bercita-cita menjadi calon tetapi tidak terpilih akan berasa hampa dan bertindak melawan parti.
Hal ini juga berlaku akibat limpahan politik parti ke dalam pilihan raya seperti pengguguran Ahli Parlimen popular Pandan, Ong Tee Keat yang berupa musuh ketat Presiden MCA Dr Chua Sooi Lek.
Bergantung kepada siapa calon bebas itu, kesan kepada calon-calon parti mungkin negatif. Kalau calon bebas itu bekas ahli parti-parti yang bertanding, kesannya kepada calon rasmi mereka mungkin lebih buruk.
Dalam konteks Pakatan Rakyat, kegagalan mencapai kata sepakat di kalangan parti anggota menyaksikan calon mereka berlawan antara satu sama lain di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Damansara, Selangor; Sungai Acheh, Pulau Pinang; Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir, Terengganu; Panti, Johor dan Labuan yang tentunya memberi “advantage” kepada calon Barisan Nasional.
Di mana calon bebas adalah dari BN, khasnya calon yang kuat dan ternama, “advantage” akan berada di pihak PR. Calon-calon bebas sukar untuk menang. Dalam PRU 2008, hanya dua orang menang kerusi DUN daripada 66 yang bertanding dan tidak seorang pun daripada 36 yang bertanding Parlimen, menang. Majoriti hilang deposit.
Pemberontakan Dalam Parti
BN pula mengalami pemberontakan di beberapa buah kerusi di mana ahlinya bertanding sebagai calon bebas seperti Parlimen Kuala Kangsar, Perak; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Pandan, Selangor.
Cabaran dalaman yang paling mengaibkan bagi BN adalah keputusan Timbalan Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim, keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas.
Tidak sukar memahami tindakan Kamilia menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon bebas Parlimen. Beliau adalah antara pemimpin atasan Wanita Umno yang berotak, berprinsip dan tidak pandai mengampu.
Ketidakpandaian atau ketidakrelaan beliau mengampu dianggap kesombongan oleh pengkritik beliau. Tetapi yang sebenarnya menjadi masalah adalah pemikiran beliau yang lebih superior daripada banyak pemimpin tertinggi BN. Ada pemimpin atasan BN berasa terancam dengan kemunculan wanita cerdik dan berani dalam parti.
Turut memberontak adalah bekas Timbalan Menteri Pertanian, Mohd Shariff Omar, di Tasik Gelugor. Beliau kini bertanding bebas melawan calon BN dan PAS. Calon PAS, Abdul Rahman Maidin adalah juga bekas ahli Umno.
Kalau calon berontak BN di Tasik Gelugor, Kuala Kangsar dan Pandan berjaya memperoleh undi yang cukup besar, harapan BN mengekalkan tiga kerusi itu akan terjejas kerana kemenangan BN pada PRU 2008 tidaklah terlalu besar.
Bagi DAP, antara pemberontaknya adalah Jenice Lee, penyandang DUN Teratai, Selangor dan Sim Tong Him penyandang Kota Melaka. Lee bertanding bebas di Teratai manakala Sim mempertahankan Kota Melaka dan bertanding juga di kerusi DUN Kota Laksamana.
DAP dilihat sebagai bertindak tegas terhadap penyandang yang dianggap tidak berprestasi, bermasalah dan tidak sekata dengan kepemimpinan atasan parti.
Tindakan Taktikal Pasir Mas? Perkembangan di Pasir Mas sangat luar biasa apabila penama BN, Che Johan Che Pa, “gagal” mengemukakan kertas pencalonan dengan itu memberi laluan kepada penyandang, Ibrahim Ali yang bertanding sebagai calon bebas, berlawan satu dengan satu menentang PAS.
Ini boleh dilihat sebagai tindakan taktikal yang sangat luar biasa dan mengukuhkan dakwaan bahawa Perkasa yang didukung oleh Ibrahim adalah gerakan bayangan Umno.
Dalam PRU 2008, Ibrahim bertanding dan menang atas tiket PAS dengan majoriti yang besar. Beliau menjadi renggang dengan PAS akibat sokongan PAS kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Semenanjung Malaysia dan isu-isu lain berkaitan Melayu.
Ibrahim mendapat kuasa baru apabila beliau menubuhkan Perkasa bagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam ketika Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak mempopularkan 1Malaysia, meritokrasi, transformasi dan keterangkuman.
Dengan menjadikan bekas Perdana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad sebagai “mentor” Perkasa, Ibrahim mendekatkan gerakan itu dengan Umno. Tidak memeranjatkan sekiranya “Faktor Mahathir” menjadi talian hayat kepada Ibrahim ketika pencalonan siang tadi.
Dalam banyak hal, keupayaan Ibrahim memanjangkan hayat politiknya dan kekal relevan boleh dikatakan setaraf dengan Anwar Ibrahim yang kebetulan kontemporari beliau dalam revolusi kampus pada akhir 1960-an dan awal 1970-an. Anwar berpangkalan di Universiti Malaya manakala Ibrahim di UiTM. Ibrahim akan dicabar oleh calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Dengan Ibrahim muncul sebagai calon “proksi” BN, Perkasa mempunyai dua orang wakil dalam senarai BN. Seorang lagi ialah bekas Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin yang bertanding melawan calon PAS di kerusi Parlimen Shah Alam.
Apa pun, kita bersyukur dan gembira kerana proses penamaan calon berjalan lancar dan tanpa kejadian yang merugikan. Kita harap keadaan seperti itu kekal sehingga dan selepas pengundian pada 5 Mei. Pengekalan keamanan dan keselamatan adalah penanda aras kematangan kita berpolitik. Insya-Allah. Posted by A KADIR JASIN at 9:22 PM
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 7, 2013 10:37:05 GMT -5
a kadir jasin
A Kadir Jasin
[This is the English translation of the Malay article posted on May 6. I am posting this to correct any misreporting or misrepresentation of the Malay article since it was widely quoted by the mass media. Thank you.]
GE 13 Outcome: Chinese Tsunami or Malaysian Tsunami?
UPDATE - May 6 – BN fared worse this time around compared to 2008. The number of its Parliamentary seats dwindled to 133 from 140. As for State Legislative Assemblies, the figure was even less impressive with 274 compared to 306 previously although the ruling coalition managed to re-capture Kedah and legitimise its control over Perak.
For the first time since the 1969 General Elections, BN garnered less popular votes than the opposition. I agree with debaters who asserted that this is not a “Chinese tsunami” given that fact that the BN’s performance had also worsened in Malay majority states such as Terengganu. Original post
“PLEASE accept the results.” That was the closing remark of the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, in his media conference when accepting the Barisan Nasional’s victory in the 13th General Elactions at the UMNO headquarters in Kuala Lumpur a while ago.
Briefly, my preliminary observation is Barisan Nasional cannot be proud or, more so, swollen-headed with its achievement because prior to this it had boasted openly about winning big and securing a two-third majority in the Dewan Rakyat and recapturing states held by the Pakatan Rakyat.
Instead, its achievement is worse than in the 2008 GE because the PR had succeeded in penetrating Johor and won more seats in Sarawak – two states deemed as BN’s fixed deposit – and additionally won additional seats in State Legislative Assemblies nationwide.
Although the PR had failed in its “Ubah” and “Ini Kalilah” campaign to wrest control of the Federal Government, the pact had nevertheless expanded its presence to all states.
BN had successfully recaptured Kedah and defended Perak, but failed in its attempt to win back Selangor and Kelantan although its propaganda machinery had given the impression that Selangor was already in its hand and there were hopes of winning Kelantan. With regard to Selangor, its defeat it a major slap in the face for being so boastful.
Penang needs no mention. Both the Gerakan and MCA were totally destroyed. The bait Mohd Najib put before the Chinese produced no results. They openly rejected BN.
Mohd Najib was stunned by the outcome and promised changes to UMNO. But the poor showing compared to 2008 has made his position vulnerable.
Also, is the outcomes of this general elections represented a “tsunami Cina” (Chinese tsunami) as Mohd Najib had described them or were they the manifestation of something more significant i.e. a large number of voters no longer accept the BN and the BN-led government as they exist today?
Is it not possible that this is not a Chinese tsunami or ethnic chauvinism but instead a Malaysian tsunami that is based on new aspirations and reality, especially among the young voters?
Although BN has re-captured Kedah, its strength in all State Legislative Assemblies had fallen. It almost lost Terengganu as well surrendering many seats to PR in all states.
On the PR side, it must accept the choice of voters and any dissatisfaction and dispute must be settled in accordance with laws and regulations, and not via street protests.
Wallahualam.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 8, 2016 8:32:34 GMT -5
Sedikit ulasan A.Kadir Jasin pasal pru sarawak.
Pertama, saya tidak pakar dalam hal politik negeri itu dan kedua, saya mahu berkecuali.
Namun untuk rekod, izinkan saya membuat sedikit pemerhatian rambang jarak jauh berdasarkan apa yang saya baca, dengar dan bincang dengan kawan-kawan yang lebih arif mengenai politik Sarawak.
1. Ada keistimewaan kepada PRN ini kerana ia adalah PRN pertama selepas era Tun Abdul Taib Mahmud selama 33 tahun.
2. Rakyat Sarawak, khususnya yang cergas dan faham politik, sudah letih (fatigue) di bawah pentadbiran Abdul Taib dan mahukan perubahan.
3. Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri pada 1 Mac tahun lalu, (Tan Sri) Adenan Satem yang pada awalnya dianggap sebagai pengganti sementara berjaya membawa kelainan dan pada pandangan mata kasar, menjadi begitu popular dalam jangka masa yang singkat.
4. Dia telah diangkat oleh media massa ke tahap wira rakyat (folk hero) dan berkemungkinan menterjemahkan kedudukannya menjadi undi.
Adenan: modal besar status "folk hero" 5. Walaupun Sarawak tersentuh teruk oleh masalah ekonomi, khususnya akibat kejatuhan harga petroleum mentah dan hasil pertanian desa, ia lebih terlindung daripada angkara politik nasional.
6. Kemelut politik yang dicetuskan oleh skandal 1MDB, SRC International Sdn Bh dan “derma” RM2.6 bilion (atau lebih) dalam akaun peribadi Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak rasanya tidak mempengaruhi politik Sarawak seteruk ia mempengaruhi politik negeri-negeri lain.
7. Ini adalah kerana politik Sarawak terlindung daripasa politik nasional sebab ia diperintah oleh Barisan Nasional negeri yang tiada kaitan dengan parti-parti BN pusat.
8. BN Sarawak terdiri daripada parti-parti anak negeri dan dengan itu pengaruh BN pusat ke atas politik Sarawak adalah terhad.
9. Namun begitu, cara Adenan dan BN Sarawak menjalin dan mempamerkan perhubungan dengan Kerajaan Pusat, khususnya dengan Perdana Menteri, boleh memberi kesan negatif kepada keunikan Adenan dan peluang BN Sarawak menang besar.
10. Mohd Najib tetap beracun kepada sebilangan pengundi Sarawak, khususnya di bandar-bandar dan di kalangan pemilih yang berpendidikan tinggi
11. Parti-parti pembangkang, khususnya DAP, mempunyai harapan yang berpatutan untuk terus mengekalkan pengaruh di kawasan bandar di mana ramai pemilih Cina.
12. Kegagalan parti-parti Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR, menyetujui pembahagian beberapa buah kerusi mungkin memberi gambaran negatif kepada pemilih dan menjejaskan harapan mereka untuk terus mara seperti yang mereka lakukan pada PRN 2011.
13. Ada persamaan di antara kedudukan Adenan sekarang dengan (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dalam Pilihan Raya Umum 2004. Abdullah menang besar selepas mengambil alih teraju pentadbiran daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang mentadbir selama 22 tahun. Pengundi Sarawak mungkin memberi sokongan yang serupa kepada Adenan kerana mengharapkan perubahan dan kelainan.
14. Cuma imej Adenan sebagai “folk hero” tercemar apabila beliau “merestui” tindakan menghalang beberapa orang pemimpin politik Semenanjung daripada memasuki Sarawak. Nampak seolah-olah beliau tidak demokratik dan takut cabaran.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 10, 2016 0:27:43 GMT -5
Show Us Genuine China Money
MUTAKHIR, 3 November – Najib berhutang RM55 bilion lagi. Kemungkinan negara bankrupt semakin menakutkan. Kantung kerajaan semakin kosong. Peruntukan pelajaran, kesihatan dan kebajikan dikurangkan, dibekukan dan ditarik balik.
Dalam lawatan ke China sekarang, Najib gembira dapat pinjaman mudah RM55 bilion dari China untuk Projek Kereta Api Pantai Timur. Kontrak sudah tentulah dibagi kepada China.
Hutang 1MDB pula dipercayai telah naik melepasi RM50 bilion kepada RM53 bilion. Johari sila nafi atau jelaskan. Kemudian Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura dijangka makan belanja RM50 bilion.
Campur semua jadi RM158 bilion. Kita pun tak pasti hutang 1MDB lebih RM50 bilion itu sudah masuk buku atau belum. Yang kita tahu hutang itu sudah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan. Bank Negara Malaysia kata pada akhir Jun lalu, hutang kerajaan RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan macam ini: Akhir zaman Dr Mahathir RM189 bilion, Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Najib sekarang RM655.74 bilion. Hampir 55 sen daripada setiap RM1 ekonomi yang dijana adalah untuk tanggung hutang. Najib layak diberi gelaran “hutang king”.
ORIGINAL POST
IN the spirit of inclusiveness – that every Malaysia has a say and the right to be heard – I would like to challenge the International Trade and Industry Minister, the Finance Minister 2 and the Bank Negara Governor to prove to us that China is actually bringing in the billions it promises.
In case we have forgotten, inclusiveness is the cornerstone of the Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak’s New Economic Model.
I challenge Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Johari Abdul Ghani and Datuk Muhammad Ibrahim to show us the pay-in slips to prove that the China companies are actually bringing in the capital.
According to Malaysian media reports, RM143.64 billion worth of deals were signed during Najib’s this week’s visit to China.
Let us see that the Chinese capital is really flowing in and every sen is accounted for to avoid the repeat of the 1MDB-type corporate manipulation for illegal purposes.
There’s a lot of commission and consultancy income to be made on that amount of money. Here the role of Bank Negara as the gatekeeper is paramount. It cannot allow itself to be tricked once again after that shameful 1MDB episode.
We do not want the China companies, most of which are state-owned, to come to Malaysia on the pretext of investing in huge projects but raise the capital from the local market.
This has been the trick of many so-called foreign investors. They came to Malaysia as foreign investors but borrowed working capital from local banks.
Just a few days ago, Bloomberg news service reported that China General Nuclear Power Corp, which bought 1MDB’s power assets for US$2.3 billion (RM9.2 billion) this year, is considering listing the business as early as 2017.
The state-owned company could raise as much as US$400 million (RM1.6 billion) from a Malaysian initial public offering of Edra Global Energy Bhd.
Who would be the buyers of its IPO shares – PNB, EPF, KWAP and the local banks?
Why should we be funding foreign companies to buy our domestic assets?
Yes, 1MDB is so toxic that very few local companies would dare buy its assets. But not all assets that are being sold or franchised to China companies are related to 1MDB.
But since Najib had committed us to these massive China-led investments and had even aligned us to China militarily, we must raise our vigilance to ensure that we do not end up becoming the 21st century vassal state of China.
Wallahuaklam.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Nov 10, 2016 0:34:15 GMT -5
kita tunggu siapa lagi yang akan kena bunuh kes hutang piutang negara ini dan siapa yang akan jadi kambenz hitam akibat dari kebodohan rakyat memilih pemimpin yang bengap. TQs
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 5, 2020 17:17:55 GMT -5
Lama admin tak update tulisan pak kadir.. tapi today ada rasa lucu dan nak menyimpan kata kata azimat dia ehekzz.. makin aneh tulisan beliau sejak kebelakangan ini kan? tapi tak apa ambil ilmu yang bagus untuk kita cerna dalam otak kecil kita biar berkembang sikit
Anda mungkin menggunakan butir-butir palsu dan nama samaran untuk mewujudkan akaun anda, tetapi di mana pun anda berada di dunia ini, pergerakan anda tetap diketahui.
Kalau anda seorang yang diklasifikasikan sebagai “terrorist” (pengganas) berbahaya, Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) boleh melancarkan drone (pesawat terbang tanpa pemandu) untuk membunuh anda.
Agensi perisikan kita pun mempunyai kepakaran untuk mengesan akaun palsu. Sebab itulah sudah ramai pengguna akaun palsu dan akaun “anonymous” yang dikenal pasti, disiasat, dihadapkan ke mahkamah dan dihukum kerana melakukan pelbagai kesalahan, khususnya menghasut.
Anda mungkin berasa selamat dan gembira kerana beranggapan anda telah berjaya menyembunyikan identiti anda apatah lagi mendapat bayaran untuk masuk ke laman saya ini dan mana-mana juga laman, sama ada untuk berbahas secara sopan atau sekadar melakukan “spam”, mencarut dan memaki-hamun.
Anggapan bahawa kaedah komunikasi Internet adalah bebas, percuma dan selamat adalah salah sama sekali khususnya mengenai kerahsiaan.
Mungkin ramai sudah tahu tetapi saya rasa banyak lagi yang belum tahu bahawa Internet yang sedang kita gunakan untuk mengakses laman ini adalah produk ketenteraan.
Ia adalah hasil penyelidikan ketenteraan Amerika melalui projek Arpa yang bertujuan mewujudkan saluran komunikasi barisan hadapan pasukan tentera Amerika. Setelah pihak tentera berjaya mewujudkan platform komunikasi yang selamat untuk kegunaan mereka, aplikasi sampingan Internet dibebas dan diperluaskan bagi tujuan awam mulai tahun 1969.
Masakan satu alat (tool) yang dicipta untuk tujuan ketenteraan dan kemudiannya dibenarkan untuk kegunaan awam bebas daripada pemantauan dan perisikan keselamatan?
Tentunya tidak.
Semua Dipantau
Komunikasi Internet digunakan untuk menyalurkan pelbagai platform media sosial seperti blog ini, Facebook, YouTube, WhatsApp, Messenger, WeChat, Instagram, QQ, Tumblr, Qzone, Tik Tok dan Twitter.
Jadi, walaupun pemilik akaun media sosial berasa bangga dan gembira menyebarkan “spam” untuk tujuan berseronok-seronok atau mendapatkan bayaran (dedak) dengan menggunakan akaun palsu (fake accounts) namun siapa mereka dan dari mana mereka beroperasi tetap diketahui.
Facebook dianggarkan mempunyai 2.23 bilion MAUs (monthly active users/pengguna aktif bulanan) dan ramai daripada mereka adalah pemegang akaun palsu yang diwujudkan khas untuk “spamming”, penandaan (tagging) iklan dan yang paling luas adalah menipu untuk mendapatkan wang.
Pemilik dan pengguna akaun palsu selalunya menggunakan nama, gambar profil dan pengenalan diri yang luar biasa atau pelik.
Daripada cara mereka menyamarkan diri kita sudah boleh mengagak status pendidikan, sosial, keintelektualan, budi pekerti, afiliasi politik dan matlamat mereka.
Umumnya pengguna akaun palsu ini tidak ada keyakinan diri atau bermotif jahat, mencari makan sebagai pendedak dan soldadu siber parti politik.
Sayugia diulang sebut bahawa istilah “dedak” ini tercetus di kalangan penggiat media sosial Umno, khususnya blogger pada tahun 2014 berikutan herdikan Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Mohd Najib Abdul Razak terhadap blogger Umno. Mohd Najib melabelkan mereka bangang kerana mengkritik parti sendiri. Tonton Di Sini.
Dalam konteks yang lebih khusus, penggunaan media sosial di Malaysia mendedahkan banyak ciri yang boleh dijadikan petunjuk tentang tahap kesihatan mental masyarakat kita.
Kita akan mendapati ramai pengguna media sosial, khususnya yang menggunakan akaun palsu, tidak berakhlak, cetek pengetahuan, terbelenggu pemikiran dan tidak toleransi.
Dalam bahasa yang mudah, media sosial mendedahkan kehambaran pemikiran, nilai moral dan iman kelompok masyarakat yang umumnya amat taasub dengan jenama Melayu-Islam, maruah Melayu dan slogan agama, bangsa dan negara.
Wallahuaklam. Terima kasih.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 12, 2020 9:14:41 GMT -5
Dulu dulu admin memang suka baca tulisan pak kadir sekadar mencari alternatif lain untuk menilai pandangan politik dan mencari tahu hal hal yang agak samar. Tetapi semakin hari semakin tidak lagi berminat untuk membaca kerana bila mengetahui yang pak kadir ini adalah penulis upahan dan mendapat banyak saham free dengan tulisan beliau yang menyokong satu pihak saja.
Bila admin membaca posting yang diatas lagi lah admin tergelak, apa agaknya yang dicari oleh drone drone US or periskan us dengan rakyat malaysia yang mengutuk setengah2x ahli politik yang mereka tidak suka. Bukan kah sekarang berita di hujung jari dan komen pun boleh dibuat mengikut hak kebebasan seseorang bersuara. Tetapi itulah anehnya pemikiran pak kadir. Apa gunanya data data rakyat malaysia ini kepada mereka? macam data admin? apa agak nya yang akan berguna untuk risikan tentera2 us? lucu kan macam pemikiran nobita pula or barangkali pak kadir terlalu banyak tengok cerita sains fiksen. Hahahaa.. aduii admin masih gelak sendiri bila membuka pintu kamar di malam hari mencari drone drone yang dikatakan akan menyerang fake fake acc fb or pengkritik2x setengah pihak . Anehkan??? Itulah penulis Malaysia.
|
|
|
Post by pencarikayuapi☪ on Sept 9, 2020 0:33:03 GMT -5
Pak Kadir ni makin teruk skang membackup pejuang.. rupanya dia tukang karut atok!! kaya yang mendapat dari kroni kroni huhuhu patutlah tulisan dia mengodam jer
|
|