Post by admin™ on Aug 24, 2008 18:42:46 GMT -5
Aku kebanyakan waktu tidak mengerti maksud sebenar untuk perkataan "cinta".
Sungguh, ia suatu perkataan yang amat kompleks untuk dihurai dan diterjemahkan. "cinta",
adakah semudah aku suka kamu, dan kamu suka aku?
adakah semudah aku cinta kamu dan kamu cinta aku?
tapi aku musykil dengan "cinta",
mengapa semakin lama ia semakin mengurang, bukankah sepatutnya ia semakin bertambah?
mengapa semakin lama semakin mencair, bukankah sepatutnya ia semakin pekat?
mengapa semakin lama semakin sedikit, bukankah sepatutnya ia semakin banyak?
mengapa semakin lama semakin pudar, bukankah sepatutnya ia semakin terang dan menyerlah?
kenapa ya?
semalam semalam semasa berjalan di kota, aku terkejut mendengar jerkahan seorang lelaki, kepada isterinya, aku amat pasti itu isterinya, sang suami duduk dalam kereta sambil menghisap rokok, dengan anak anak bermain di seat belakang, menjerit jerit. si isteri dengan tangan penuh dengan plastik Mydin, barang keperluan seharian.
"apasal ko lambat nih? keta banyak tau tak kat belakang tu, dah laa anak ko memekak je dari tadi." dengan suara yang sangat kuat,aku yang berdiri jauh sebegini pun boleh mendengar dengan jelas. sambil itu aku menjeling dan melihat dia memulas stereng dengan kuat dan berlalu pergi.
aku benci yang teramat dengan situasi itu, dan aku menjerit dalam hati.
"oi ! ko bajet mydin tu ko punya ke, ko tak tau nak beratur tu punyalah ramai orang !"
"oi, bini ko tu beli barang keperluan seharian, ko tak reti nak bantu ker angkut plastik tu semua, bukan barang barang tu memboncitkan perut ko tu ker?"
"oi... abis tu anak anak tu bukan anak anak ko jugak ke, ko pun tak reti reti nak suruh dia orang tu berkelakuan elok elok sedikit ke?"
"oi, ko dah tau banyak kereta, kenapa tak park betul betul? kuar dari keta tu, pergi masuk dalam mydin tu bantu isteri ko tu, kalo isteri ko tu mati pengsan dalam mydin tu, ko masih boleh hisap rokok tu ker? silap hari bulan aku sumbat rokok ngan abu abu tu sekali dalam mulut ko, baru tau!"
ohhh... namun semua itu aku hanya jerit dalam hati. hahaha. menahan geram.
dan kemudiannya aku duduk di tepi kiosk aiskrim Mcd, sambil menikmati aiskrim, duduk memerhatikan manusia yang lalu lalang. duduklah sebelah mamat ntah dari mana ntah. eh... mamat tu laaa duduk sebelah aku. aku duduk dulu kat situ.
ya, aku melepaskan geram dengan makan dua kali aiskrim tu, dua dua perisa vanilla ya. dan mamat tu masih duduk di situ, dengan sekejap sekejap menegok jamnya. kalau makan dua kali aiskrim tu, kamu kira sebentar sahajakah waktu berlalu? aku kurang pasti tentang takrifan masa ini. huh.
habis aiskrim kedua, aku keluarkan pula jajan dari dalam beg. habis.
tiba-tiba, entah dari mana arahnya datang seorang minah ini. dengan kasut tumit tinggi ketak ketuknya. si lelaki ini pantas sahaja bangun dan memberi tempat duduk kepada sang perawan.(perawan? wekk.. muntah kejap.)
"sowy bang, lama ke abang tunggu tadi?"
"tak adalah, kejap je. gi mana? lamanya." (tak paham aku, kejap kata sekejap, kemudian kata lama pula, kompius!)
"alaa... lepas kuar dari toilet tadi, singgah jap kedai tu, leka pula. jom prgi kedai tu, kat tingkat atas tu haa.."
dan mereka pun berlalu pergi. sambil si pria itu masih tersenyum. dan sayup aku menangkap suara perempuan itu marah marah manja,
" siapa awek sebelah abang tadi tu?"
"alah, saja je duduk situ tadi, tunggu ayang. tak ada apa lah."
hek eleh, kamu punya pacar itu yang mengedik duduk situ ya !
kalau kamu mahu tahu sebentar tadi dia siap kacau aku lagi. dasar! geram aku. entah apa apa.
tak apa, aku faham, kalau kamu dah dah kahwin nanti, nantilah nasib kamu wahai perawan seperti isteri tadi yang dijerkah oleh si dia itu.
hahahahaha.. . aku gelak dalam hati dan membeli aiskrim untuk kali ketiga.
ceritera ceritera seperti di atas itu sudah selalu dilihat, bukan sekali, bahkan terlalu kerap.
lalu, kamu mahu aku takrifkan bagaimana erti "cinta" itu sebenarnya.
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah aku pegang tanganmu, kita pergi jalan jalan?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah aku dan kamu ambil foto sama sama muncung bibir, duduk dekat dekat?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah aku dan kamu pakai tshirt yang sama warna?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah aku berdiam sahaja melihat kamu menyalakan rokok, sedang hakikat aku teramat benci perokok?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah berhabisan kredit bertelefon dan bersms?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah kamu harus memujuk aku tatkala aku merajuk dan aku harus berdiam tatkala kamu emo dan marah?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
adakah semudah itu?
aku cinta kamu, kamu cinta aku,
sebenarnya harus bagaimana?
aku musykil. dan. oleh itu. aku tidak pernah percaya akan "cinta".
dan . aku jelik dengan "aku cinta kamu, kamu cinta aku,"
(sedangkan tidur sebantal punya mimpi berbeza...hiks! )
tapi pasti ada jugak yang berlaku disebaliknya bukan?