admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 24, 2008 10:14:43 GMT -5
Di hadapan ada perjalanan yang cukup, cukup jauh merentangi dataran luas, perbukitan, sungai – kristal sejuta mimpi dan dia pergi bersama angin, air matanya bergenang bagai ada muzik yang beralun di tengah kesesakan di stesen lagu sedih melingkari kelopak puspa lili meruntuni seluruh lembah terlapik ke atas perasaan yang mencurah. Ucapan selamat jalan, pada hari yang indah ini menjadi buih-buih yang pecah dalam udara ketika dia melarikan diri daripada realiti sehelai sapu tangan renda terbentang ingatan di bawah rembulan penuh. Bunyi hon kereta api memanggil, dia pergi, dan menangisi sebuah takdir yang menyusup ke dada suria hari yang cerah akan tetap menjadi hari yang cerah cuma kisah di bawahnya menguraikan semua rahsia perpisahan mengajar kami betapa rapuhnya usia yang bertamu di permatang sepi, lepas mengerbang. Selamat jalan. Rifhan Rasuli, Ogos 2008 Pekan, Pahang http://gotdosed. wordpress. com
|
|