Lucu pula bila baca thread ni. Jodoh ajal maut itu rahsia tuhan. Kalau kita ketahui semuanya tak adalah indahnya itu kehidupan. Tak semua orang mampu bahgia. Itu benar. Walaupun kamu memiliki semuanya yang kamu inginkan didalam kehidupan tapi tak semestinya kamu akan bahgia.
Bahgia itu satu hal yang sukar untuk di ungkapkan dengan kata kata. Bahgia dengan bercinta? pada awalan memanglah bahgia tapi masuklah tahun tahun seterusnya. Tak semua orang mampu mengekalkan pada tahap yang sama. Kalau ada itu satu keberuntunganlah yang dapat dari anugerah tuhan.
Tadi masa bikin sarapan , just cuma apa yang ada dalam fikiran aku lah kan. Bonda cakap tak ada kah anak anak yang ingat kepadanya. Hurmm... aku cakap "malas nak ulas nanti ada orang cakap kita mengumpat saudara sendiri". Manusia ni selalu nampak yang salah tapi jarang nak ambil yang positif. Apa lagi kalau dah ada rasa benci, meluat dekat seseorang. Apa pun orang itu buat dia fikir akan ditujukan kepada dia. Padahal tak ada pun. Tapi kalau niat dia sebegitu memanglah dia akan fikirkan orang lain pun macam dia. Susahkan.
Tapi kamu semua sebagai anak or cucu kepada seseorang ingatlah kepada orang tuamu. Aku tidak pernah nak bangkitkan atau banggakan diri, tapi aku korbankan semuanya untuk bonda ku. Itu hakikat kan? Hubungan aku walaupun dengan bonda kadang seperti yoyo tapi itulah akibat dari kita hidup dengan orang tua. Kena banyak bersabar dan mengalah. Bukan ikut kepala kita saja. Kita saja yang betul. Kadang penat tapi bila tidur dan mulai fikir kembali apa yang telah aku lakukan hari ini untuk bonda tak cukup pun untuk mengantikan apa yang telah beliau berikan kepada ku.
Jangan lah sia sia kan orang tuamu. Belajarlah mengalah selalu. Mencium pipi orang tua itu beda dari mencium pp orang yang kamu cintai percayalah. Aku mulai melakukan hal hal yang tidak aku lakukan waktu dulu. Mencium pp bonda. Memeluk bonda kuat kuat. Kerana aku ingin bonda tahu, bonda masih ada aku, bertahanlah bonda. Anakmu ini walaupun orang panggil "the loser" tapi tetap ada disisimu bonda. Kadang aku menangis sendirian bila fikirkan aneka tuduhan orang terhadap aku. "tak ada kehidupan" 'pergi mati" "or rupanya aku orang yang begini' dengan siapa lagi aku mengadu, baru tau begitulah diriku, Bertahun tahun hanya kenal dengan words aku saja. Padahal aku tidak pernah menipu apa pun. Semuanya bercerita. "aku yang melukai diri orang lain tapi anggap orang lain melukai aku". Itulah hakikat hati manusia. Aku memaafkan. Aku menerima setiap hinaan orang. Hingga di suruh makan makan kotor pun aku terima. Kerana itulah nilai aku di mata mereka. Takut aku untuk bercerita dengan kawan kawan pun, kerana aku tidak ingin di maki dan dihina. Aku mencari ruang ruang lain untuk mengisi hari hari ku. Itu pun tidak cukup untuk tetap menganggap aku itu apa? masih berprasangka buruk dengan aku.
Kalau aku ini orang jahat.. hati busuk aku boleh lakukan apa saja. Tapi hakikatnya aku sering berdoa dengan tuhan "jangan ada rasa benci dalam hati ku" waluapun aku tidak ingin temui lagi hal hal yang membuat aku terluka.
Menjadi orang tua, kesepian, kesunyian? itu yang ada anak anak macam bonda. Apa lagi orang seperti aku yang memang sejak kecil sendirian. Kawan aku jarang membawa kawan ke rumah. yang terpilih saja mampu datang itu pun dengan paksaan ku suruh pulang cepat. Kehidupan setiap orang itu berbeda.
Tapi aku syukur aku banyak pengalaman dengan manusia. Aku temui ramai manusia yang memberi kesan sangat besar ke dalam fikiran dan apa yang ingin aku lakukan. Woh cepatnya jam berjalan. Sudah hampir 8 setengah. Mau siap siap pergi work.
Aku tak tahu siapa yang sering membaca apa yagn aku tulis, walaupun aku tengok ramai yang login selain dari aku dan saudara maraku ada lagi seorang tua yang setia dikandang. kadang ada kadang tiada. kali terkesan dengan email untuk semua warga kandang. Doa yang terbaik untuk mereka kerana pernah hadir di kandang. Walaupun kandang banyak cerita dan kopi paste tapi itulah belajarlah mencari kebaikan bukan keburukan dari aku bercerita.
Manusia fikiran mereka tidak akan sama. Itu benar. Tapi yang penting kita ikhlas walaupun orang tuduh kita fake hakikatnya manusia yang kamu kenali secara berdepan itulah paling fake, apalagi kalau kamu jumpa dalam perjumpaan kumpulan atau berborak di mana mana laman sosial. Mereka cakap yang bagus bagus di depan kamu tapi dibelakang kamu mereka bercerita lain. Dan mengambil cerita orang lain pula untuk ditambah tokok dan ada yang aneka nama timbul padahal cuma orang itu seorang saja tapi banyak identitinya kali dunia mereka tersempit dalam dunia yang terkembang dan mereka tak mampu keluar dari lingkungan laman sosial. Entahlah. Belajar lah menjadi orang yang bermoral dan menghormati orang lain sebelum kamu mahu orang lain menghormati diri kamu.
Esok sudah jumaat... Sudah setengah bulan 7 dan nanti timbul bulan ogos makin tambah lagi usia aku. Terimakasih tuhan kerana tetap memberi aku nikmat dalam kandang walaupun kadang cuma menulis sendirian. Terimakasih kerana tetap ada disamping aku.
Happy working kawan kawan.!!! jom mandi