admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 4, 2008 8:18:01 GMT -5
JADUAL PERLAWANANAhad 8 Jun 2008 1 Kum A Switzerland 12.00 pg Republik Czech Basel - St. Jakob-Park 2 Kum A Portugal 2.45 pg Turki Geneva - Stade de Genève Isnin 9 jun 2008 3 Kum B Austria 12.00 pg Croatia Vienna - Ernst Happel 4 Kum B Jerman 2.45 pg Poland Klagenfurt - Wörthersee Selasa 10 jun 2008 5 Kum C Romania 12.00 pg Perancis Zurich - Letzigrund 6 Kum C Belanda 2.45 pg Itali Berne - Stade de Suisse Rabu 11 jun 2008 7 Kum D Sepanyol 12.00 pg Rusia Innsbruck - Tivoli Neu 8 Kum D Greek 2.45 pg Sweden Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim Khamis 12 jun 2008 9 Kum A Republik Czech 12.00 p Portugal Geneva - Stade de Genève 10 KumA Switzerland 2.45 pg Turki Basel - St. Jakob-Park Jumaat 13 jun 2008 11 Kum B Croatia 12.00 pg Jerman Klagenfurt - Wörthersee 12 Kum B Austria 2.45 pg Poland Vienna - Ernst Happel Sabtu 14 jun 2008 13 Kum C Itali 12.00 pg Romania Zurich - Letzigrund 14 Kum C Belanda 2.45 pg Perancis Berne - Stade de Suisse Ahad 15 jun 2008 15 Kum D Sweden 12.00 pg Sepanyol Innsbruck - Tivoli Neu 16 Kum D Greek 2.45 pg Rusia Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim Isnin 16 jun 2008 17 Kum A Switzerland 2.45 pg Portugal Basel - St. Jakob-Park 18 Kum A Turki 2.45 pg Republik Czech Geneva - Stade de Genève Selasa 17 jun 2008 19 Kum B Poland 2.45 pg Croatia Klagenfurt - Wörthersee 20 Kum B Austria 2.45 pg Jerman Vienna - Ernst Happel Rabu 18 jun 2008 21 Kum C Belanda 2.45 pg Romania Berne - Stade de Suisse 22 Kum C Perancis 2.45 pg Itali Zurich - Letzigrund Khamis 19 jun 2008 23 Kum D Greek 2.45 pg Sepanyol Salzburg - EM Stadion Wals-Siezenheim 24 Kum D Rusia 2.45 pg Sweden Innsbruck - Tivoli Neu Jumaat 20 jun 2008 25 Suku Akhir Juara Kum A 2.45 pg Naib Juara Kum B Basel - St. Jakob-Park Sabtu 21 jun 2008 26 Suku Akhir Juara Kum B 2.45 pg Naib Juara Kum A Vienna - Ernst Happel Ahad 22 jun 2008 27 Suku Akhir Juara Kum C 2.45 pg Naib Juara Kum D Basel - St. Jakob-Park Isnin 23 jun 2008 28 Suku Akhir Juara Kum D 2.45 pg Naib Juara Kum C
Vienna - Ernst Happel Khamis 26 jun 2008 29 Separuh Akhir
Pemenang 25 2.45 pg Pemenang 26 Basel - St. Jakob-Park Jumaat 27 jun 2008 30 Separuh Akhir
Pemenang 27 2.45 pg Pemenang 28 Vienna - Ernst Happel Ahad 30 jun 2008 31 Akhir
Pemenang 29 2.45 pg Pemenang 30 Vienna - Ernst Happel
|
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 13, 2008 21:39:39 GMT -5
Belanda belasah Perancis.........
Belanda membuktikan bahawa mereka adalah pilihan juara EURO 2008 yang sebenar apabila mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Perancis. Kejayaan menewaskan Juara Dunia Itali sebelum ini diteruskan dengan memalukan Naib Juara Dunia pula, Perancis.
Perancis menyenaraikan Henry dalam kesebelasan utama setelah pemain itu kembali cergas dari kecederaan. Ribery diberi tugas memainkan peranan di bahagian tengah untuk membantu Henry memburu jaringan. Peluang pertama hadir buat Perancis seawal minit ke -5 menerusi tandukan Ribery tetapi ianya tidak menepati sasaran.
Belanda mengejutkan Perancis 4 minit kemudian hasil jaringan Dirk Kuyt yang mudah menanduk masuk menewaskan Coupet daripada sepakan sudut. Belanda terus menguasai perlawanan dan pada minit ke – 21 dan Kuyt sekali lagi berpeluang menjaringkan jaringan tetapi berjaya diselamatkan pertahanan Perancis.
Perancis berusaha mencari jaringan penyamaan dan peluang hadir buat Govou namun Van der Sar bertindak cekap untuk menyelamatkan percubaan Govou. Van der Sar terus mempamerkan aksi yang cukup mantap dengan menyelamatkan 3 percubaan Perancis dalam masa 2 minit daripada percubaan Ribery, Govou dan Molouda.
Separuh masa kedua menyaksikan Perancis lebih garang dan cubaan Henry pada minit ke -49 berjaya dihalang pertahanan Belanda namun ianya terkena tangan di dalam kotak penalti. Pengadil perlawanan menafikan dakwaan peamin Perancis dan hanya memberikan sepakan sudut.
Sneijder melakukan percubaan pada minit ke -59 tetapi tandukannya berjaya diselamatkan Coupet. Namun, 3 minit kemudian, gandingan pemain gantian, Robben dan Persie membuahkan hasil menerusi serangan balas yang pantas untuk memberikan jaringan kedua buat Belanda.
Perancis akhirnya berjaya menembusi gawang gol Belanda hasil daripada hantaran cantik Sagnol yang bijak disempurnakan Henry pada minit ke -71. Walaubagaimanapun, hasrat Perancis untuk menyamakan kedudukan terencat gara – gara jaringan cantik Robben seminit kemudian.
Belanda hampir meranapkan impian Perancis pada minit ke - 83 apabila Nistelrooy menanduk tinggi menewaskan Coupet tetapi berjaya dikejar semula oleh Coupet untuk menolak keluar bola yang sudah berada di atas garisan. Akhirnya Sneijder menambah malu Perancis pada masa kecederaan dengan rembatan kencang jarak jauhnya terkena palang sebelum menrjah masuk ke dalam jaringan.
Kemenangan Belanda ke atas Perancis melayakkan mereka ke pusingan suku akhir sebagai juara Kumpulan C. Sebuah lagi pasukan yang akan mengiringi Belanda akan ditentukan dalam perlawanan terakhir dan finalis Piala Dunia 2006 boleh pulang awal sekiranya Romania berjaya mencatat kemenangan ke atas Belanda dalam perlawanan terakhir
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 13, 2008 21:40:28 GMT -5
Romania ikat Itali
Romania terus membuktikan kebolehan mereka dalam persaingan kumpulan maut dengan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Itali. Jaringan Mutu dan Panucci dalam masa dua minit kekal sehingga tamat perlawanan.
Itali menguasai perlawanan pada permulaan permainan dengan berusaha mengasak kubu pertahanan Romania namun ianya begitu kental untuk ditembusi. Pada minit ke-15, Buffon berjaya menyelamatkan cubaan Mutu yang ketika itu telah melepasi barisan pertahanan Itali.
Itali terus membalas serangan dan hantaran lintang Grosso tepat ke arah Toni namun tandukannya melepasi palang gol. Tidak lama selepas itu, Buffon sekali lagi menyelamatkan sepakan percuma Tamas diikuti sepakan percuma Chivu yang hanya terkena tiang gol.
Toni turut gagal melakukan tandukan kemas pada minit ke – 27 hasil hantaran lintang Camoranesi. 5 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Lobont menyelamatkan dua percubaan Toni yang hampir menghasilkan jaringan gol.
Buffon sekali lagi menafikan cubaan Mutu dalam memburu jaringan sulung 10 minit selepas sepak mula babak kedua. Akhirnya Mutu berjaya menewaskan Buffon setelah Zambrotta melakukan kesilapan besar apabila tandukannya memberi Mutu untuk mendahului Itali pada minit ke – 56.
Namun Itali terus membalas jaringan itu seminit kemudian hasil sepakan sudut yang ditanduk Chiellini berjaya disambut Panucci yang mudah menolak masuk jaringan penymaan. Itali hampi berjaya menghasilkan jaringan kemenangan menerusi De Rossi namun tandukannya diselamatkan oleh Lobont.
Pada minit ke – 80, kekasaran Panucci ke atas Chivu di dalam kotak penalti mengakibatkan pengadil perlawanan terpaksa memberi sepakan penalti kepada Romania. Walaubagaimanapun, Buffon menjadi wira Itali apabila berjaya menafikan sepakan penalti Mutu yang mungkin jaringan kemenangan buat Romania.
Keputusan seri 1-1 ini terus mengikat Kumpulan C dalam perebutan dua slot ke peringkat kalah mati. Romania mengumpul dua mata setakat ini setelah seri kedua – dua perlawanan sementara Itali hanya mempunyai satu mata
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 13, 2008 21:41:30 GMT -5
Jerman tewas ..croatia ke suku akhir
Crotia mengejutkan gergasi bola sepak Eropah, Jerman dengan kemenangan 2-1 untuk melangkah ke peringkat suku akhir. Perlawanan yang penuh ketegangan dari kedua – dua pasukan ini dicemari dengan 1 kad merah dan 6 kad kuning.
Jerman menguasai perlawanan dari awal sepak mula perlawanan tetapi jentera serangan Jerman gagal melepasi kubu pertahanan Crotia yang kental. Namun nasib tidak menyebelahi Jerman apabila sebaliknya Crotia memperolehi jaringan terlebih dahulu daripada Srna yang menyambut kemas hantaran silang Pranjic pada minit ke -24.
Jerman cuba bangkit sejurus selepas itu dan peluang hadir buat Mario Gomez tetapi beliau gagal menanduk tepat ke arah gol. Crotia hampir menjarakkan kedudukan kepada dua jaringan namun rembatan Kranjcar hanya melewati palang gol.
Ketua pasukan Jerman Michael Ballack mencuba nasib menerusi sepakan percumanya tetapi Pletikosa berjaya menepisnya untuk mengekalkan gawang Crotia dari dibolosi. 5 minit sebelum tamat babak pertama pertahanan Jerman Metzelder berpeluang menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut tetapi tandukannya sekadar melepasi palang gol.
Crotia sekali lagi memberi mimpi ngeri kepada Jerman untuk menghasilkan jaringan kedua dua minit selepas itu namun peluang Kranjcar itu dinafikan oleh Lehmann yang berjaya menolak bola keluar. Ballack gagal memanfaatkan peluang pada permulaan separuh masa kedua apabila sepaknnya melambung keluar ketika Pletikosa telahpun tertewas.
Crotia terus memberi tekanan kepada Jerman dengan menjaringkan jaringan kedua pada minit ke – 62 menerusi Olic selepas Lehmann gagal menyelamatkan percubaan jarak jauh Rakitic yang terkena tiang. Schweinsteiger dimasukkan bagi membantu Jerman menyelamatkan kedudukan dan ianya berhasil pada minit ke – 73 namun cubaannya berjaya dikuis oleh Pletikosa.
Akhirnya, Podolski berjaya merapatkan kedudukan kepada 2-1 apabila tandukan Ballack gagal dikeluarkan kemas oleh pertahanan Crotia yang tertanduk bola ke arah Podolski untuk melepaskan rembatan kencang menewaskan Pletikosa.
Pemain gantian Leko hampir berjaya menjaringkan jaringan ketiga buat Crotia namun percubaannya berjaya diselamatkan Lehmann. Masa kecederaan 3 minit diberikan gagal dimanfaatkan Jerman sebaliknya Schweinsteiger dihadiahkan kad merah setelah mengasari Leko.
Kekalahan Jerman ke atas Crotia menyebabkan Jerman terpaksa berhempas pulas untuk pertemuan terakhir menentang tuan rumah Austria bagi merebut satu lagi slot ke peringkat suku akhir bagi mengiringi Crotia dalam Kumpulan B.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 16, 2008 21:02:34 GMT -5
german menang semalam... crotia pun menang atas poland... zazzzzzzzzzz
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 21, 2008 12:33:29 GMT -5
Turki berjaya membaiki pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan EURO yang dilakukan 8 tahun lepas dengan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti.
Turki mempamerkan aksi yang memberangsangkan dengan mengawal perlawanan dalam usaha memburu jaringan gol. Namun, barisan pertahanan Cotia cukup kental buat Turki untuk menembusinya menyebabkan hanya sekadar cubaan jarak jauh yang mampu dilakukan.
Crotia hampir –hampir menjaringkan jaringan pada separuh masa pertama menerusi gerakan cantik Modric yang membuat hantaran tepat kepada Olic namun cubaan Olic hanya tepat ke arah palang gol. Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan kedua – dua pasukan bermain dengan berhati –hati untuk mengelakkan kesilapan yang boleh mengakibatkan kekalahan. Bagaimanapun peluang dilihat banyak dimiliki oleh Crotia terutamanya menerusi sepakan percuma Srna yang berjaya diselamatkan Rustu yang mempamerkan aksi cmerlang sepanjang perlawanan.
Akhirnya, masa 90 minit gagal menentukan pasukan yang lebih layak untukke suku akhir dan masa tambahan 30 minit terpaksa dilakukan. Masa tambahan separuh masa pertama tidak memberi sebarang petanda jaringan apabila kedua – dua pasukan memperlahankan rentak perlawanan untuk mengelakkan dari dibolosi.
Ivan Klasnic akhirnya berjaya menjaringkan jaringan pada minit ke – 119 berikutan kesilapan penjaga gol Turki, Rustu yang cuba menyelamatkan bola di luar kawasan jaringan. Modric yang bijak mengambil kesempatan it uterus membuat hantaran lembung kepada Klasnic yang mudah menanduk masuk.
Masa kecederaan 1 minit diberikan dan sesuatu yang sukar dipercayai apabila Semih berjaya menjaringkan jaringan penyamaan menerusi cubaan luar kotak penalti. Bilic dan pemain Crotia cuba membantah jaringan itu dengan mendakwa bahawa perlawanan sepatutnya sudah tamat berikutan jaringan itu dilakukan pada minit ke -122.
Penetuan sepakan penalti dimulakan oleh Crotia terlebih dahulu dengan Modric mengambil sepakan pertama namun gagal menyempurnakannya apabila sepakannya tersasar keluar. Rakitic menerima nasib yang serupa seperti Modric dalam sepakan ketiga Crotia dengan hanya melihat sepkannya melencong ke arah kiri pula. Barisan pemain Turki tidak menghadapi masalah untuk menyempurnakan semua sepakan penalti dan akhirnya Rustu menjadi wira Turki apabila berjaya menyelamatkan sepakan Petric untuk mencatat kemenangan 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti.
Kejayaan Turki melangkah ke separuh akhir adalah pencapaian yang terbaik setakat ini dan lawan mereka adalah Jerman yang berjaya menumbangkan rakan sekumpulan Portugal.
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jun 21, 2008 12:34:19 GMT -5
Jurulatih Rusia, Guus Hiddink berhasrat untuk melihat kecelakaan paling buruk buat Belanda pada tahun ini dengan menyingkir pasukan itu dari saingan kejohanan EURO 2008. Hiddink begitu yakin bahawa anak buahnya mampu menyekat kemaraan Belanda dan membuka ruang untuk skuad Belanda pulang lebih awal pada pagi esok.
Belanda yang merupakan pasukan terbaik kejohanan setakat ini telah membuktikan kehebatan mereka apabila mencatat kemenangan dalam ketiga – tiga perlawanan dengan 9 jaringan dihasilkan dan hanya satu jaringan dibolosi. Marco van Basten sama sekali sudah bersedia untuk menjadi orang pertama yang menjulang Henri Delauney selaku pemain dan juga pengurus.
Belanda menjanjikan akan bermain dengan corak menyerang seperti mana yang dilakukan dalam perlawanan –perlawanan sebelum ini. Kepantasan serangan balas dari Belanda gagal disekat setakat ini dengan memiliki kelebihan barisan pemain – pemain yang pantas dan hebat. Bagaimanapun, Hiddink sudah bersedia menghadapi segala asakan Belanda dan berjanji untuk memberi Belanda nasib yang serupa ditimpa Crotia.
Rusia memiliki kekuatan untuk menyenaraikan barisan terkuat mereka termasuk Andrei Arshavin. Menurut jurulatih Belanda, Van Basten ‘kami sangat berpuas hati sekarang tetapi ianya baru bermula dan berharap dapat bermain untuk beberapa perlawanan lagi. Saya melihat semua perlawanan Rusia dan kami perlu melakukan sebagaimana Sepanyol lakukan. Rusia hadapi masalah dengan gandingan penyerang, Torres dan Villa tetapi mereka menukar beberapa pemain dan menjadikan pasukan mereka lebih baik.’
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jul 3, 2008 7:03:15 GMT -5
sepanyol juara mengalahkan german 1 0........
|
|