Post by admin™ on Apr 21, 2008 23:25:27 GMT -5
Amil Jaya: Sasterawan besar yang tidak dilupakan sejarah
Oleh Jasni Matlani
SETIAP zaman akan melahirkan sasterawan besar yang tidak dilupakan sejarah. Barangkali inilah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan kedudukan Amil Jaya dalam konteks sastera Sabah. Beliau lahir pada zaman di mana rakyat dan negeri ini memerlukan kehadirannya dan beliau telah melakukan apa yang terbaik untuk itu. Beliau bukan sahaja meninggalkan sejumlah besar karya sastera yang hebat dalam pelbagai genre, tetapi sumbangan pemikirannya diiktiraf bukan sahaja di negara ini, malah di peringkat serantau.
Amil Jaya atau nama sebenarnya Datuk Ismail bin Abas lahir pada 5 November 1939 di kampung Pirasan Kota Belud. Beliau mendapat pendidikan awal di Government Primary School. Tenghilan, Tuaran. Setelah tamat sekolah rendah, beliau menjadi guru di Sekolah Sukarela Rakyat di Kampung Wangkod, Tenghilan. Beliau kemudian memasuki Pusat Latihan Guru-Guru Bumiputera dan setelah menamatkan latihan di pusat itu beliau kembali bertugas sebagai guru besar di Sekolah Sukarela Rakyat Wangkod, Tenghilan. Tidak lama kemudian beliau menjadi guru besar di SRK Selupoh, Tuaran sehingga tahun 1968.
Pada tahun 1969 beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab perguruan Bahasa Kuala Lumpur dan kemudian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Perak. Kerana minat yang mendalam dalam bidang ksusasteraan, pada tahun 1974 beliau menyertai Biro Kesusasteraan Borneo (Borneo Literature Bureau) Cawangan Sabah, sebagai editor.
Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menubuhkan cawangannya di Sabah dan Biro Kesusasteraan Borneo diserapkan ke dalam DBP, Amil Jaya turut menyertai agensi baharu itu sebagai pegawai penyelidik. Pada tahun 1976 beliau mengikuti kursus pengajian luar kampus Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang sehingga berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda sastera pada tahun 1982 dan pada tahun 1990 beliau menjadi Pengarah DBP cawangan Sabah sehingga bersara pada tahun 1994.
Beliau mula menulis pada tahun 1958, tetapi puncak kegemilangannya dalam bidang sastera ialah pada tahun 1970-an sehingga tahun 1990-an. Sebagai sasterawan, beliau adalah tokoh besar yang paling konsisten dan paling menyerlah di Sabah pada zamannya. Pada tahun 1990, beliau menerima Anugerah Sastera Negeri Sabah, Pada tahun 1992, beliau menerima hadiah SEA Write Award daripada Kerajaan Thailand. Beliau juga turut menerima penghargaan daripada kerajaan Negara Brunei Darussalam kerana sumbangannya yang besaqr terhadap bidang sastera di kepulauan Borneo ini.
Walaupun pemikiran beliau amat tajam dalam merombak keadaan, dianggap pejuang yang revolusioner, peka terhadap kedaifan ekonomi masyarakat di sekeliling, tetapi beliau bukanlah seorang ahli atau tokoh politik. Seperti yang beliau perakui sendiri, beliau tidak pernah menyertai sebarang parti politik di Sabah. Penglibatannya dalam politik mungkin hanya berkisar dalam institusi atau gerakan sastera sahaja, terutama sekali penglibatan beliau sebagai tokoh pemimpin dalam “Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) yang diterajuinya pada tahun 1984 apabila badan ini dihidupkan kembali dengan bantuan beberapa aktivis sastera di Sabah. Beliau kemudian digulingkan Allahyarhamah Hajah Sairah Haji Antin yang bertanding pada pemilihan tahun 1995.
Ketika BAHASA mengalami tahun-tahun kritikal dengan berlakunya pergolakan dalaman pada awal alaf baharu, nama beliau disebut semula sebagai antara tokoh yang layak menerajui kembali badan bahasa dan sastera yang berpengaruh di Sabah dan menjadi kerabat GAPENA itu. Akhirnya beliau muncul semula merebut Jawatan Yang Di Pertua Badan BAHASA pada pemilihan tahun 2003. Walau bagaimana pun pada pemilihan tahun 2007 beliau mengundur diri atas sebab-sebab kesihatan dan menyerahkan kepimpinan BAHASA kepada Jasni Matlani.
Sesungguhnya Amil Jaya adalah sasterawan besar di Sabah, malah di peringkat kebangsaan dan serantau. Beliau sebenarnya layak dicalonkan sebagai penerima anugerah ’Sasterawan Negara’ berdasarkan keterlibatan dan sumbangannya yang tidak terhingga itu. Beliau layak dicatat dalam tinta emas sejarah negara ini dan malah sangat wajar menjadi kebanggaan bangsanya. Beliau bukan sahaja mempunyai identiti tersendiri di sepanjang penglibatannya, tetapi karyanya sama ada dalam genre puisi, cerpen, esei kritikan sastera dan novel, meninggalkan segugus besar pemikiran dan gagasan yang tidak ternilai untuk bangsa dan negaranya.
Beberapa buah novelnya yang dianggap penting dan begitu dominan dalam kerjaya penulisannya seperti Cerah, Bagaton dan Ngayau akan sentiasa mendapat perhatian. Malah terus diperkatakan oleh kritikawan dan sarjana dalam dan luar negara daripada pelbagai perspektif, pendekatan dan teori.
Justeru, kerana sumbangan beliau yang besar dan tidak terhingga dalam bidang sastera di negara ini, maka Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Bahagian Teori dan Kritikan DBP serta bahagian sastera Antarabangsa DBP menganjurkan beberapa siri majlis seperti Malam Persada Puisi Amil Jaya di dewan besar DBP pada 26 April, jam 7.30 malam. Sementara Seminar Pemikiran Amil Jaya akan diadakan di tempat yang sama keesokannya, bermula jam 8.30 pagi.
Antara tokoh yang terlibat mendeklamasikan puisi pada malam Persada Puisi Amil Jaya antaranya Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Arifin Mohd Arif, Ketua Pengarah DBP, Dato’ Firdaus Abdullah, Bekas Ketua Pengarah DBP, Dato’ Aziz Deraman, Pengarah DBP Cawangan Sabah Encik Zubaidi Abas dan Ketua Bahagian Sastera Antarabangsa DBP, Hajah Zaiton Haji Ajmain.
Turut mendeklamasikan puisi ialah Johan Sayembara Deklamasi Puisi kebangsaan tahun 2006, Encik Dulamid Rudin serta beberapa penedkalamtor lain seperti Datuk R. M Jasni, Datuk Jamdin Buyong, Ali Hasan, Zaza Maslina Zaman dan beberapa orang lagi.
Sementara itu sebanyak sembilan kertas kerja akan dibentangkan sempena Majlis Seminar Pemikiran Amil Jaya. Antara pembentang kertas kerja berkenaan ialah Ketua satu GAPENA, Tan Sri Prof Ismail Hussein. Bendahari GAPENA yang juga mantan Pengarah DBP cawangan Sabah, Tuan Haji Hamzah Hamdani, Yang Di Pertua Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Encik Jasni Matlani, Timbalan Yang Di Pertua BAHASA, Encik Ramli Jusoh, Ketua Bahagian Sastera Antarabangsa DBP, Hajah Zaiton Haji Ajmain, Ketua Bahagian Teori dan Kritikan DBP, Encik Mohamad Daud Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah, Dr. Chacho Haji Bulah dan seorang Pensyarah daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) Siti Aidah Haji Lokin.
Di samping itu, sebanyak 11 kertas kerja iringan turut diedarkan kepada para peserta sempena seminar berkenaan yang antaranya ditulis oleh Puan Rubiah Nurdin, Encik Aliuddin Mohd Salleh, Encik Raymond Majumah, Encik Juilis Mokujal, Encik Amran Daud, Puan Asmiaty Amat, Encik Sukor Usin, Cik Ruhaini Matdarin, Encik Mabulmaddin Shaiddin, Encik Nadin Haji Salleh dan Encik Nordin Zainal Abidin.
Kedua-dua majlis ini adalah julong-julong kali diadakan di Sabah bagi menghargai jasa Amil Jaya dalam bidang sastera di negeri ini, malah di peringkat kebangsaan dan serantau. Amil Jaya sesungguhnya tetap dominan dalam konteks sastera di negara ini, pemikirannya yang tercerna melalui karya yang dihasilkannya akan sentiasa terserlah dan dikaji sama ada oleh generasi kini, mahu pun akan datang.
Beliau akan terus dikenang dan dihargai untuk jangka masa yang lama. Sasterawan lain mungkin akan tumbuh, tetapi Amil Jaya sentiasa disebut namanya sebagai sasterawan besar untuk zamannya. Beilau akan terus hidup dalam ingatan khalayak sastera negeri ini sampai bila-bila kerana beliau adalah sasterawan besar yang tidak mungkin akan dilupakan sejarah.
Kreatif Hasyuda Abadi