Post by admin™ on Apr 20, 2008 8:38:24 GMT -5
IPS diminta nilai kembali peranan dalam sastera Sabah
KOTA KINABALU: Ikatan Penulis Sabah (IPS) digesa agar menilai kembali peranan mereka di persada kesusasteraan negeri ini bagi memastikan usaha memartabatkan sastera dan budaya kebangsaan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, kata Budayawan Sabah, Laliman Haji Ahmad.
Beliau yang juga Ahli Kehormat IPS berkata, sebagai sebuah persatuan yang matang dan berpengalaman selama 17 tahun dalam dunia kesusasteraan di negeri ini, sudah pasti IPS telah mencipta pelbagai kejayaan dalam usahanya memartabatkan sastera Sabah.
Bagaimanapun, IPS harus menilai semula peranan mereka supaya program-program sastera yang mereka laksanakan tetap relevan dengan masyarakat hari ini, kata Laliman yang juga mantan Pengarah Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sarawak.
Oleh itu beliau menggesa supaya IPS merenung kembali sejarah dan menilai semula peranan mereka sebagai sebuah organisasi penulis yang terpenting di negeri ini.
Dengan mengimbau kembali masa lampau, maka kita akan dapat mengetahui sejauh mana kita berada. Adakah kita telah Berjaya mencapai matlamat atau tujuan asal kita seperti mana yang kita akan rancang atau sebaliknya,†katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Ikatan Penulis Sabah (IPS) ke-17 di Bilik Serba Guna Wisma SEDCO di sini pagi kelmarin.
Melalui mesyuarat agung tahunan seumpama ini, kita akan dapt menilai sejauh mana akan kekuatan dan kelemahan kita. Di samping itu, kita juga dapat mengenal pasti kegagalan dan kejayaan kita.
Maka kerana itu, jika ada silap dalam mengemudi perjalanan atau perancangannya, kita akan perbetulkan. Kalau ada kelemahan dalam berorganisasi, kita perkukuhkan. Kalau ada kegagalan dalam menjayakan program seperti yang dirancang, maka usaha perlu dilipat gandakan agar kejayaan yang diharapkan dapat dicapai sepenuhnya,†katanya.
Beliau juga menggesa agar perjuangan memartabatkan sastera dan budaya tanah air ini dapat diterjemahkan dengan penuh keazaman yang kental serta daya fikir yang mantap.
Menurutnya, sebagai golongan karyawan atau sasterawan, kita tidak sekadar menjadi ‘pencatat peristiwa atau menjadi penulis kreatif yang berilusi dan sering mempersembahkan tulisan atau karya-karya rapuh.
Penulis yang mantap dan agung perlu dapat menggarap dan mengangkat karya-karya yang besar yang berpaksikan kepada permasalahan masyarakat sejagat," katanya.
Katanya, dunia sekeliling kita telah dibelenggu dan diwarnai oleh permasalahan kemasyarakatan yang cukup ironik dan kronik. Permasalahan sosial, gejala rasuah, keruntuhan moral, penagihan najis dadah, pelacuran, kekejaman, pembunuhan, perang dan kezaliman sejagat kini telah dan sedang meruntun dunia kehidupan kita.
Kita semacam lemas dan sukar bernafas oleh timbunan permasalahan sejagat ini. Oleh itu garaplah dan angkatlah permasalahan sejagat ini sebagai bahan utama karya anda. Jadikanlah diri anda sebagai medium bagai menyampai permasalahan masyarakat, katanya.
Perjuangan menegakkan bahasa, sastera, budaya dan agama dan juga maruah bangsa di Negara ini merupakan cabaran kepada golongan sasterawan dan budayawan, katanya sambil menambah, perjuangan ini tidak sekadar dizahirkan dalam bentuk ucapan atau karya tetapi ia perlu diterjemahkan dalam bentuk wawasan dan peradaban bagi membina sebuah tamadun bangsa.
Beliau juga menyarankan IPS melakukan penjenamaan semula agar matlamat membina penulis dan karyawan dapat dipupuk dan diasuh secara terancang dan tersusun dalam bentuk latihan sistematik dengan bantuan agensi dan jabatan berkaitan.
Sementara itu, dalam majlis yang sama, Pengerusi Institut Penyelidikan Sastera Sabah (INPES), Janathan Kandok dilantik sebagai Ahli Kehormat IPS yang keempat. Sebelum ini, IPS telah melantik Budayawan Nasional, Datuk Haji Shuhaibun Yussuf, Sasterawan Ibu Dayang Salmah Salam dan Laliman Haji Ahmad sebagai ahli kehormat IPS. (Utusan Borneo 20 April 2008)
Hasyuda Abadi