admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 22, 2004 0:26:41 GMT -5
kdg2 kita bila sihat tak teringat masa sakit tapi bila sakit baru teringat masa sihat gitu sikap kita sebenarnya dalam realiti hidup...apabila merasa susah baru teringat akan senang... dah bila sudah senang lupa pada kesusahan... sebenarnya... diwaktu2 senanglah kita harus berdoa akan waktu susah kita...dan supaya kita tidak alpa diri..tidak gah pada semua yang ada... kata orang doa diwaktu senang adalah lebih mudah dimakbulkan Allah dari doa waktu susah...kerana doa orang yang diwaktu senang sentiasa berlapang dada... doa orang yang diwaktu susah adalah orang yang hendak melepaskan diri...waallahualam..
|
|
|
Post by Riaqistina on Sept 23, 2004 23:59:05 GMT -5
kita lak..kalau dah susah tak ingat senang lagi arr..ahakss...kita dok melopong je tgk org senang..dunggu je..adeyyy..tapi kalau masa senang mudah je nak lupa masa susah..huhhh..apa nak jadi dgn kite sekarang ni.. oleh itu..sama2lah kita buat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...kita muhasabah diri..muzakarah diri..
|
|
juliet
Geng Bergaduh Kandang
evergreen
Posts: 56
|
Post by juliet on Sept 25, 2004 4:24:53 GMT -5
doa orang yang diteranaiya.. antara doa yang termakmul [/b]
|
|
Adik
Geng penyepak kandang
juniour member
Posts: 33
|
Post by Adik on Sept 25, 2004 6:55:04 GMT -5
kita lak..kalau dah susah tak ingat senang lagi arr..ahakss...kita dok melopong je tgk org senang..dunggu je..adeyyy..tapi kalau masa senang mudah je nak lupa masa susah..huhhh..apa nak jadi dgn kite sekarang ni.. oleh itu..sama2lah kita buat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...kita muhasabah diri..muzakarah diri.. Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan yang beriman dan beramal soleh Aaa…. Aaa…. Aaa…..
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran Aaa…. Aaa…. Aaa….
Gunakan kesempatan yang masih diberi Moga kita takkan menyesal Masa usia kita jangan disiakan Kerana ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara Sihat sebelum sakit Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup sebelum mati
|
|
|
Post by ^dundeq^ on Sept 26, 2004 19:40:39 GMT -5
mohon agar diberikan kelapangan ketika menuju ke umur 40 nanti...kat situlah bermulanya langkah kaki untuk benar-benar berdiri...sebelom tuh kene pinang orang tuh dulu...adeh! ;D[/color]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 27, 2004 19:37:00 GMT -5
kadang2 kita terlalu alpa dalam hidup..begitu juga aku sering kali teralpa dan terbabas dari landasan biarpun seringkali aku kembali semula... aku mencintainya....benar2nya mencintainya kewajaran dari satu perasaan yang turun dari bongkah hatiku yang jauh tersudut....masih belum terlambat lagi untuk aku tidak menoleh kepadanya... setiap kali melihat tatapan mata bundarnya yang sebening kaca...yang menatap tulus mulus kedalam anak mataku.....duhai!! anehnya perasaan ini.. cinta itu tak pernah mahu pergi... tapi aku pernah berjanji pada diriku dan pada takdirku untuk tidak merampas kembali cinta yang telah aku berikan pada orang lain... bahgia yang aku sembahkan pada orang lain dengan luka yang menanah di dadaku sampai saat ini... melihat engkau sekarang sama seperti aku melihat engkau yang dulu2... hati ku tergetar..rindu usah didalihkan..mengalir terus bagai air yang tak pernah kering dikali.. kau menipu rasamu.. kau menyingkirkan semua rasa yang sepatutnya kau lepaskan.. kau benamkan ke dalam hatimu.. kau keliru..sangat keliru.. hemm!! dalam hidup ini memang aku sering keliru.. dan mengelirukan ..tapi dalam soal perasaan itu aku tidak pernah keliru.. yang aku mencintaimu sampai kapan pun.... memang aku berhak untuk membuka jalan baru dan ada getar2 cinta baru patut aku lakarkan pada dadaku.. tetapi itulah seorang aku yang berdiri dalam lorong yang gelap dan sangat gelap.. kosong dan hambar.. berdiri dalam puin2 kenangan yang sepatutnya terlakar cuma pada diary usang... ha'ah cinta mengajar aku erti kehilangan yang sebenarnya kerana disaat kau mencintaiku...aku tak pernah mencoba untuk setia padamu.....akhirnya aku kehilangan cintamu.. dengan izinku aku kehilangan segalanya.. kerana seorang aku bukanlah ditakdirkan untuk termilik oleh sesiapapun...aku adalah kembara yang merentasi benua hidup.. sendirian.. sendirian... sayang!! dan datangmu pada malam2 ku adalah syurga duniaku untuk seketika..kau kembali memagarkan hatiku dengan kerinduan yang mengebu.. tapi kau selalu bisikan..ha'ah... cuma sayang ..cuma sayang..cuma sayang..saja.. tapi sayangku buatmu terlebih.. seakan2 meragut waktu ku untuk terus teringat padamu setiap ketika.. kadang2 lucu juga.. memanggilmu cuma pada kata nama... satu wajah yang tak pernah aku gambarkan dalam fikiranku.. tetapi menghantuiku setiap ketika.. dan kau juga sedemikian juga... pitt ..... pitt.... anehnya perasaan ini...perasaan yang sepatutnya tidak ada padaku lagi.. dan pernah aku diam2 kan diri untuk tidak menyapamu .. untuk menyingkirkan rasa yang mahu hadir kembali dalam rasaku.. tapi aku tiba2 menjadi tidak kuat... ikut larut bersama2 rasa... dan untuk saat ini.. ku tahu aku amat menyayangimu.....
|
|
|
Post by Cendanadewi on Oct 4, 2004 11:18:43 GMT -5
KASIH SAYANG TERLALU INDAH UNTUK DI KENANG
|
|
|
Post by Riaqistina on Oct 5, 2004 1:52:00 GMT -5
LEMAH SEMANGAT..TIDAK BERKEYAKINAN..RENDAH DIRI..DEGIL... antara yang terkeluar dari mulutmu..mungkin dah lama kau pendamkan...terima kasih kerana meluahkannya dan menyedarkan aku..aku tidak akan berkecil hati kerana itulah aku...kau berikan aku semangat untuk berjuang namun aku tidak mampu berjuang kerana senjataku tidak setajam belati...peluruku tidak mampu menembus jiwa...kubuku tidak sekukuh mana..lantas aku berdiam diri agar engkau gembira dgn tidak memikirkan aku...aku rasa bersalah kerana membebankan fikiranmu..
Namun bukan mudah untukku lalui semuanya...kerana sayang aku bertahan walaupun seringkali jiwa ini merintih melihat bicar2 romantismu..tapi siapalah aku untuk meminta lebih dari itu..aku sedar semuanya..kasih sayang tidak boleh dipaksa..dan biarlah..aku rela mengalah sebelum berjuang kerana aku sedar lawanku siapa..aku akan ingati setiap kata2mu..dari i luv u (kau pernah lafazkan tapi mungkin itu leluconmu)...kata2 nasihatmu..gelak tawamu...gurau sendamu...dan kata2 marahmu..terima kasih kerana mewujudkan pelbagai rasa dalam jiwaku..
andai aku berdiam diri bukan bermakna aku membenci..segalanya sentiasa wujud dalam hati ini...semoga sirna sentiasa melintasi ruang hatimu... [/i][/color][/center]
|
|
|
Post by lylynn on Oct 5, 2004 2:29:33 GMT -5
aku seperti kehilangan kehilangan bayu yang sering mencium sayang pipiku saban waktu tanpa jemu suatu tika dahulu tiada lagi bicara manis yang bisa memberi kekuatan untuk ku lewati liku-liku kehidupan yang penuh onak duri ini aku bukan lagi tersandung duri semalu malah telah terpijak serpihan kaca tajam yang mana aku tak mampu menghentikan darah merah yang terus laju mengalir itu sederas mutiara kaca milikku tak daya untuk ku menahan lagi dahulunya bagiku lorong berliku itu cinta duri semalu itu rindu serpihan kaca itu sepi... apa yang tinggal kini.. hanyalah serpihan kaca bersama darah merah menjadi peneman sepiku tanpa cinta dan rindu lagi
pemergianmu teman membuatkan aku menjadi seorang pemikir bagaimanakah aku nanti bilakah pula masaku telah bersediakah aku untuk menemui - NYA
[/b][/center]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 5, 2004 6:13:47 GMT -5
sehari dua ini aku agak sibuk sikit dengan apa2 saja... pagi sudah awal pagi bangun...melangut di luar beranda banyak yang ada dalam fikiran.. kemudian hantar bonda aku kat kelas fardu ain... makan pagi..ya..temankan orang makan pagi.. satu tak ada satu lagi yang muncul..kadang2 aku terdesak dengan waktu.. pergi ke hospital..anak buahku yang kecik masuk hospital kerana demam yang tak kebah2...cam aku demam tak kebah tak apa..aku lawan sakit dengan sakit...aku dah tua.. tapi sikecik banyak lagi yang perlu diteruskan dalam hidup ini... tak tahan tengok dia dicucuk dengan jarum semacam buat ujikaji...seperti kelinci percubaan...setiap kali melihat bekas jarum seperti aku yang dicucuk...kata mama dia.. kalau nampak misi yang pakai baju putih dia dah menangis.. apa tak nyer semalam 6 jarum di kerjakan dekat ahmad albab.. nama sebenarnya adalah Mohd.Idham Firdaus bin Saifulzaman.. aku kadang2 panggil mat adam jerk..dengan si sebelah.. senang .. tengahari si sebelah tepon suruh amik dua anaknya di tadika..kerana dia tak sempat nak amik ada meeting.. amik anaknya dari tadika kemudian singgah ke hospital lagi.. tengok perkembangan ahmad albab...hari ni dah okies..tengok aku dia dah gembira..dia memang suka dengan aku cuba kadang2 aku tak ada ruang waktu untuk bermain2 dengannya...masa ku entah hilang kemana..kebanyakkan aku habiskan di depan pc.. petang pergi lagi.. ke hospital bawa bonda ku.. penat.. juga kadang.. tadi tengahari sebelum aku ke hospital aku berjalan2 sendirian di pantai..dah lama tak jelajah pantai..duduk diam2 dalam kereta sambil dengar lagu.. ada rindu yang berbisik ada sayang yang terbawa.. tapi untuk apa semua itu.. untuk apa.. kalau bakal melukakan orang.. kadang2 aku akur dengan keadaan hidup aku yang tidak menentu ini.. yang tak ada harga nya dimata orang.. tetapi untuk seketika ini aku ingin senang2 kan diriku.. dengan apa yang aku suka.. aku ingin lakukan apa yang aku suka...aku ingin nikmati hidup yang seketika ini... kadang2 aku sedar aku telah menyakitkan ramai orang... tetapi apa dayaku .. aku cuma seorang..dan orang seperti aku terlalu banyak kata manis.. kerana aku tidak mahu melukakan orang.. jadilah aku seperti menjual jiwa.. menjual rasa.. tetapi kenali aku.. kasih dan sayangku pada teman2 sama rata saja... tetapi hati didalam sana cuma engkau saja yang tahu..aku sembunyikan semua kesakitan itu... aku lakarkan cerita gembira buat semua orang..tetapi kesakitan didalam aku simpan diam2...kegelisahan dalam keseorangan... itulah aku...yang benar2 kenali aku saja yang tahu apa yang ada didalam hatiku.. yang tahan dengan sikap ku...aku suka cakap dengan apa yang aku rasa saat itu..dan akan aku luahkan apa saja.. aku tidak simpan lagi .. untuk apa disimpan kalau kita tahu itulah yang ada dalam dada kita..kalau melukakan orang itulah aku seringkali aku melukakan orang...dan menyakitkan orang...tetapi kemahuan keras kalau aku mahukan sesuatu aku akan cuba dan ikhtiarkan untuk dapatkan apa yang aku inginkan tak kira apa saja yang mesti aku korbankan.. dan itulah aku kalau benar2 cinta.. matipun aku sanggup.. [/i][/color][/center]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 5, 2004 6:22:43 GMT -5
hehehe tadi masa kat hospital ada yang nak mengorat ngan haku ekeke.. pastu masa amik anak buah kat tadika..dia cakap cikgu kita kenal acik arr...uik aku berseloroh..dah kawin lum cikgu kau orang...ekeke anak buah ku sisulung jawab "uik galak arr acik ni.." ...tu disambung dengan gelak lebar cousin aku yang ikut sama ke hospital...ekeke memang arr misi2 comel2 tu gak dok melangut ramai2 sambil kerling2 kat haku dekat ngan adik ipar aku..ekeke.. abis tu sisebelah tu cam orang tua skit dari aku..memang umur kami cuma terbatas dua tahun....hemm... kadang lucu juga..lihat gelagat orang.. dan kadang2 aku buat bodoh dan serius..kan wajah tu pun ada yang berani tanya dengan aku..semasa aku dukung ahmad albab ke koridor.. main2 dengan ahmad albab..dia tanya aku.."anak ke?" ..aku senyum sambil jawab.."anak buah" ekeke cam hader cam ar dier nak mengorat lagik...hahaahaa...kacao daun tul si angah dan si sulung datang menyakat adiknya ..tak jadi lak budak cute tu nak ngorat haku ekee....hahhaa...ader juga kenangan manis..kener cubit bahu ngan cousin aku.. "tak abis2 goda orang erk.." laaa mana ader aku diam2 jerk..jalan pun cam robot jerk...tapi tu arr dier orang yang nak takcle aku..tak per nanti esok aku datang ngan pakai kemeja koyak jerk...ekeke tak pun ngan baju road care... ;D ;D ;D [/i][/color][/center]
|
|
|
Post by dorez on Oct 5, 2004 20:11:09 GMT -5
Ya Allah, betapa engkau menguji aku dengan segala dugaan MU. Aku hanya manusia biasa yang lemah dan daif di sisi MU. Berikanlah kepada aku kekuatan untuk menerima perkhabaran ini...... Sayang, mengapakah kau lakukan semua ini kepada ku. Apakah kesalahan ku pada mu. Inikah yang harus aku terima dari mu di atas kejujuran dan keikhalasan ku selama ini. Sungguh ku tidak menduga kau sampai hati mendustai ku. Kenapa sayang? Kenapa ?. Apa salahnya menerangkan kedudukan sebenar pada ku. Selama ni tak pernah terlintas di hati ini bahawa aku telah di dustai oleh orang yang telah mengembalikan senyuman kepada ku... Bagi ku, kejujuran dan keikhlasan itu adalah tugu sesuatu perhubungan yang berlandaskan kasih dan sayang. Untuk apa kita merahsiakan hal yang sebenar jika kelak akan terserlah juga kebenarannya. Aku terima dirimu seadanya. Tapi kenapa kau memilih jalan sedemikian untuk menjalinkan perhubungan ni. Betapa hati ini begitu yakin akan kejujuran dan keikhlasan mu, kerana kepercayaan itulah aku curahkan segala perasaan ini pada mu dan kerana kepercayaan itu jugalah aku membiarkan perasaan sayang dan kasih ku tumbuh mekar di hati ini. Sayang, dirimu juga tahu apa erti sebuah kekecewaan, dikau juga cukup masak dengan unkapan kelukaan. Aku pernah merana dengan kecurangan kekasih hati yang tidak berterus terang dengan ku. Aku juga terluka dan kecewa dengan kehilangan kekasih hati yg sangat disayangi. Kali ini aku kecewa lagi dengan mu yang mendustai ku. Ketahuilah, hati ini remuk setelah mengetahui pekara yang sebenar dari mu. Apakah alasan mu tergamak berbuat demikian pada ku. Entahlah, sukar untuk ku nyatakan.......
Biarlah kisah kita ini kuserahkan pada takdir, jika benar ini ketentuanNya...aku terima dengan redha....
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2004 20:21:15 GMT -5
[shadow=red,left,300]dear dorez pasti ada sebabnya yang tersendiri..cuba cari sebab itu dah ketahuilah setiap orang melakukan sesuatu itu ada sebabnya...[/shadow]
|
|
|
Post by dorez on Oct 6, 2004 22:16:58 GMT -5
[shadow=red,left,300] dear dorez pasti ada sebabnya yang tersendiri..cuba cari sebab itu dah ketahuilah setiap orang melakukan sesuatu itu ada sebabnya...[/shadow] [glow=red,2,300]Dear pitt...timer kasih dorez tau setiap yang berlaku ada sebab² tertentu...dorez juga sedar kelukaan dan kegembiraan tak akan lari dari kehidupan kita sebagai seorang insan di muka bumi ini....inilah kehidupan..... [/glow]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 6, 2004 22:47:51 GMT -5
[shadow=red,left,300]dear dorez ada benarnya kita tidak dapat lari dari mentaliti sebuah kehidupan.. yang tabah dan yang tegar hati saja yang akan terus berdiri dan berdiri biarpun rekuh takdir tak terpilin untuk mereka.. kadang2 orang itu senang saja mendapat bahgia.. tanpa ada kedukaan...asam garam hidup mereka simple..tetapi kadang2 mereka tak tahu bersyukur... dan orang2 yang seperti pitt sentiasa saya berlawan dengan takdir...sendu sentiasa ada dalam rekuh jiwa.. semangat masih kuat mahu berlari seiring dengan takdir tetapi kadang2 kekuatan batin tertinggal jauh kebelakang...itulah pitt...orang yang keseorangan dan kesepian...dalam kehidupan yang realitinya sedang dimaya ini pitt punyai semuanya... itulah beza diantara realiti dan maya yang mana...pitt terbang tanpa batas dan sempadan....[/shadow]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 7, 2004 2:04:54 GMT -5
hari ni aku kemaruk malas..semalam awal2 dah baring kat katil dendiam.. online sekejab tadi diluar jendela ada hujan.. ada guruh2 kecil malas..takut ader guruh besar dan pc ku di sangkut dek guruh...aku close jerk...baring2 dendiam di katil...tiba2 sms masuk...ehemm ada rindu yang terlangir dihati...ader rasa resah yang melanda jiwa.. akukah yang kau cari...benarkah akukah yang rindu.. atau cuma mainan rasa untuk parahkan rasaku yang sedang parah ini... dunia berputar dan memutarkan dalam kesepian malam yang dingin diluar hujan turun bercurahan tidak lebat tapi mendinginkan..ku tarik selimut tebalku untuk menutupi ruang diri...sakit dada..ahh sememangnya itulah kalau hujan2..kalau kedinginan... pesannya pakai baju lengan panjang...tapi sememangnya aku tak betah tidur dengan berbaju lengan panjang...sememang nya dirumah seharian aku lebih senang bersinglet dan bersuar tight..sahaja... kerana kat rumah ku tak ada siapa2... kalau nak keluar hantar omak atau amik dia aku sarungkan jeans..dan tukar pada t'shirt kadang2 kemeja..tetapi kalau nak pakai kemeja mesti bergosok dulu...ekeke tapi saper yang nak gosokkan kemeja erk.. hahaa... bangun awal di kejutkan untuk solat subuh seperti biasa.. baring dendiam..lagi..tarik selimut lagi..dingin arr..sangat dingin samer seperti hatiku yang kedinginan dan semalam lama aku fikirkan...yang aku akan kehilangan engkau...akan aku lepaskan semuanya... untuk apa kalau nanti aku bakal menyakit dan melukakan orang...lebih baik aku yang melukakan diriku sendiri... itu yang baiknya..dan terbaik.. [/i][/color] [/center]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 7, 2004 20:18:45 GMT -5
ada kesakitan didalam rasa ada pualam yang merekuh ruang kalbu..semalam sepetang aku offkan YM malas nak bermain games rumahtangga(yang selalu aku cakapkan pada izza..skang aku suka melangut kat YM main bounce.. dah banyak dah lebih dari ciguk cyda.. )petang kelmarin hujan lagi..sekarang selalu saja musim hujan ada guruh dan kilat lagi... tersakit dalam mimpi ngeri.. ada cinta yang mahu ditagih ada rindu yang mahu melata... ah!! aku cuma seorang.. bagaimana dapat membahagikan seorang diriku kepada semua orang... aku diamkan diri.. termenung dan merenung dari luar beranda rumahku.. hujan mulai turun dengan lebat.. diam diam aku keluar dari kamar...berdiri diam2 dalam hujan... kebasahan.. ada kilat yang mahu menyambar ada guruh yang mahu memekakkan telinga..aku biarkan semua itu dalam diri dan aku mencari diriku... siapakah aku yang berdiri didalam realiti ini..beranikah aku keluarkan hasrat yang telah lama aku paku matikan dalam diriku... berlamaan di dalam hujan...diam2 naik ke bilik air aku mandi lama2.. menghilangkan segala kepahitan dan kesakitan tetapi tetap juga tak mahu hilang dari rekuh hatiku..masuk ke dalam selimut.. baring dengan mengigil kesejukan.. tapi sebelum aku keluar bermain hujan ada sms masuk.. "telah selamat sampai rumah.. kiss bibir pitt erk.." yer.. kadang2 berjauhan seperti berada berdekatan serumah.. perhantian dari sebuah mesin kecik..yang menghidupkan seorang aku yang sudah mahu menguburkan impian akan manisnya sebuah kehidupan yang mulus dan tulus.. kehilangan orang yang kita sayang kadang2 menjadikan semua orang yang mahu menyayangi diri kita seolah olah musuh... tertidur dendiam.. hujan reda.. aku online seketika tetapi still dalam mood moody lagi..biarpun parking di CN dendiam sambil berborak dlm pm. .. kemudian diamkan diri... apa yang sebenarnya ada dihatiku saat ini... offline YM si llia dan si ria tak ku jawab.. biarkan begitu..begitu juga dengan siapa entah.. malas ..menjawab.. kembali aku baring di katil.. tertidur tetapi dalam kul 3am banyak sms masuk.. si luv ke klinik..sakit lagi dia.. dah banyak kali call tapi tak dapat..mungkin waktu itu ribut... kuat.. ehemm rajin2 makan ubat.. tetapi ada rindu yang mahu aku rembeskan dari tangkai hatiku... [/i][/color][/center]
|
|
|
Post by lylynn on Oct 8, 2004 1:33:51 GMT -5
[glow=purple,4,500] pandangan mata selalu menipu pandangan akal selalu tersalah pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki kalau HATI itu bersih
kalau hati itu bersih pandangannya sampai ke hijab kalau hati telah dikotori pandangan bukan lagi kebenaran
[/glow]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 8, 2004 1:59:12 GMT -5
entahlah sukar nak aku memandang dalam hati ku sendiri...dari semalam seolah olah ada kedinginan dalam perhubungan.. ada batas yang mahu merajukkan diri...ada rekah yang mahu merabak jatuh pada denai kasih.....sukar rupanya menghidupkan hati yang telah lama mati... [/i][/color][/center]
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 9, 2004 19:08:54 GMT -5
hari ni awal pagi dah bangun mandi....melangut depan pc.. semalam tido awal.. tak sampai kul 11pm dah terguling meniarap atas katil...hilang lenyap dibawa arus mimpi...kul 5am lebih cam biasa orang kejutkan solat subuh... ada kedinginan terasa dalam diri ... bangun pagi berdiri diam2 dijendela..masih gelap..tengok omak dah ke masjid untuk solat subuh.. kembali ke katil baring2 malas2... sambil sms.. hem.. ada rindu dalam rekuh hati..rindu yang tak terpadam dari denai rasa..ingin dekat dan didekati..tetapi bagaimana sedang orang yang seperti aku cuma menunggu masa dan bila tiba masa aku akan pulang.. pulang tanpa dendam...tanpa keresahan lagi.. tanpa merasa kesakitan lagi... bangkit... mandi.. awal pagi.. jab lagi turun antar omak ke kelas fardu ain...sehari lagi akan aku lalui....masihkah ada cinta di hatiku.. dan untuk siapakah cinta ini akan aku hanyutkan...? [/i][/color][/center]
|
|
|
Post by lylynn on Oct 10, 2004 16:36:15 GMT -5
|
|
|
Post by Riaqistina on Oct 11, 2004 4:25:22 GMT -5
kalau kuturutkan hati, semuanya lemah..malas..tapi aku nak buat macam maner lagi..aku dah cuba sedaya upayaku tapi kerana rindu aku langkahkan jua..aku kuatkan jua jari jemariku menari didada keyboard ini...untukmu terima kasih segala2nya..
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 14, 2004 0:08:46 GMT -5
esok dah nak puasa... camna nak sambut puasa..buat aku bulan puasa atau tidak kadang2 sama saja... berdua dengan bonda berpuasa...hemm mesti aku tak bangkit sahur.. aku dapat rasakan...bonda ku tak akan kejutkan aku untuk sahur... aku tahu itu pasti... menu pasti berubah tahun ni..sebab stepfatherku dah tak ada... makan mesti lebih kurang jerk.. bonda aku dah malas masak.. kalau aku teringin makan..mesti aku kena rajin turun padang.. tapi orang macam aku yang kemaruk malas..apa lagi gunakan alternatif yang ada..telur goreng dengan kicap kipas udang...atau.. belikan telur asin..sedikit buah2 an.. itu saja... kadang2 kalau orang ajak berbuka.. akan aku penuhi..tapi tahun ni..entahlah malas rasanya...
selamat berpuasa pada warga desumpitt [/i][/color][/center]
|
|
|
Post by Riaqistina on Oct 14, 2004 4:53:56 GMT -5
semalam....kugagahi jua kaki ini melangkah ke gigi tepian pantai...seperti ada semangat untukku menjejaki pantai itu... tatkala ombak kecil memukul ke pantai, hati ini tersentuh...imbauan kenangan silam yang tertinggal di situ cuba ku jejaki namun tapak yang dibina hanya tinggal bekas2 torehan sekeping hati yang telah dilukai....setitik demi setitik airmataku mengalir..kenangan bersama sidia satu waktu dulu melintas ruang hatiku...bagaik si uda dan dara memadu kasih berlari2 anak apabila sesekali ombak memecah pantai lalu memukul kaki..ahhh!!! bahagianya...
semalam bila kujejaki kembali bekas2 yang pernah ditinggalkan aku merenung jauh di dada laut...melihat unggas berterbangan bebas..riang..alangkah gembiranya mereka..sebak dadaku..jiwaku bagi direntap kerinduan yang teramat..ingin kulaungkan..ingin ku sampaikan pada ombak..inginku pesan pada angin tapi untuk siapa??...siapa yang bisa menerimanya..kerana aku rasakan kelukaan sentiasa tertulis untukku...namun sesekali aku terfikir, tidak layakkah aku mengecapi kebahagiaan seperti orang lai??..tidak berpeluangkah aku untuk bersama orang yang aku sayangi??...kulakarkan nama didada pantai..kurenung..kuamati tulisan yang terhakis dek ombak..sedih, pilu, sayu....aku tidak menyesal andai aku terluka lagi..aku telah mencuba apa yang terdaya olehku namun perjuanganku amat tipis....
panas terik berubah wajah..mendung menyelubungi segenap pantai..seperti kata bidalan "kusangka panas hingga ke petan..rupanya hujan ditengah hari"..begitulah hari semalam, seakan ia turut mengerti perasaan ini..sudah lama bumi ini tidak ditimpa hujan..setitik demi setitik air hujan mula membasahi bumi..aku berlari anak mencari tempat perlindungan sambil ditemani seorang rakanku..aku tinggalkan lagi tapak itu tapi kali in kutinggalkan dgn hati yang kosong dan aku biarkan kenangan dulu bermastautin di sana agar seandainya aku masih berpeluang menjejakkan kaki ke sana lagi aku akan mengembalikan kebahagiaan itu..hanya itu harapanku..
aku diamkan diri di dalam kereta sambil memandang sepi ke dada pantai itu..namun sesekali terhibur dgn gelagat teman2 yang sedang mandi-manda..gembiranya mereka....
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 14, 2004 16:50:55 GMT -5
[shadow=red,left,300]uik Ria naper tak mandi samer..luper bawak bikini ker..keh keh keh.. meh laa hang tulis aper2 jerk kat dader pitt ni ekeke ;D ;D
ria jangan sedih2 arr...mesti hader yang sayang.. kat hang.. pitt pun sayang kat hang.. jangan dok ghisau bebukan ekeke.. jum arr hidup bersama sama ekeke ;D ;D
tiap2 lakaran takdir kenkadang memang gitu sifatnya.. ada orang dipermudahkan dan dipersenangkan didalam semua urusan dan ada yang melata dengan penderitaan ketabahan dan ketegaran itu perlu dalam hidup...[/shadow]
|
|
|
Post by Riaqistina on Oct 14, 2004 21:07:56 GMT -5
ekekeke..ingat nak mandi guna tu gak..tapi takut lak org lari macam pelesit..hahhaha...
tima kasih arr pitt kerana selalu bagi nasihat pada ria..ria ni ketegaq..ehehhehe...
|
|
|
Post by dAunPiSanG on Oct 18, 2004 10:02:38 GMT -5
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 22, 2004 22:57:01 GMT -5
[shadow=red,left,300]hem....hari ni penat arr... adeeiiii baru baper hari poser ni..nak menulis pun malas arr.... cam nak kawin jerk ghasernyer ;D[/shadow]
|
|
|
Post by Riaqistina on Oct 25, 2004 23:54:12 GMT -5
[shadow=red,left,300] hem....hari ni penat arr... adeeiiii baru baper hari poser ni..nak menulis pun malas arr.... cam nak kawin jerk ghasernyer ;D[/shadow] uikk...bila cakap nak kawen segar je ghupenye yer..ahakss...hang tak yah tulis arr..hang tiap je..ekekkek.. ;D ;D
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Oct 26, 2004 20:01:27 GMT -5
[shadow=red,left,300] ;D ;Doghang citer kawin ni best per...nak taip tu arr malas...pc ni selalu wat hal jerk skang ni...terenter sendiri jerk.. semalam entah baper kali kener restart hampagas[/shadow]
|
|