admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 17, 2007 8:54:35 GMT -5
Tun Mai Ulat Bulu & Tok Guru MEMANG sudah suratan nasib, bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling peramah sifatnya. Apa sahaja perkataan asing , sesuai atau tidak, diterima dengan senang hati dan perkataan sendiri yang semakna dengannya ditolak ke tepi. Bahasa Melayu pun seperti orang Melayu juga , mudah mesra dan meniru, mudah menyesuaikan dirinya dengan keadaan. Waktu seorang guru Arab mengajar Tun Mai Ulat Bulu, terjadilah pertengkaran kata-kata begini :
" Anta ni syakap Arab pun tak boleh, " kata tuan guru itu.
" Ana boleh cakap tapi ana malas. Ana boleh sebut lebih baik dari ustaz. "
Lalu guru Arab itu pun memilih beberapa perkataan Arab yang sukar dan menyuruh Tun Mai Ulat Bulu menyebutnya. Tun Mai Ulat Bulu dengan mudah menyebut perkataan-perkataan itu. Kemudian , untuk tidak mahu kalah, Tun Mai Ulat Bulu mencabar guru Arab itu supaya menyebut perkataan-perkataan Melayu pula.
" Sekarang cuba ustaz sebut perkataan Melayu pula. "
" Apa dia ? "
"Kucing ! "
"Kusying."
"Salah. Kunyit ! "
"Kuzit. "
"Salah. Nyiru ! "
"Niru. "
Khabarnya , kerana kejadian itu, guru bahasa Arab itu pun tidak mahu lagi mengajar Tun Mai Ulat Bulu. Tun Mai Ulat Bulu boleh menyebut dengan baik, cuma dia malas sedikit. Menurut ceritanya, sejak itu semua orang Arab tidak mahu lagi mengajar orang Melayu membaca Al- Quran. Di sini timbul persoalan kepada cerdik pandai sejarah tentang siapa sebenar yang mengajar agama Islam kepada orang Melayu di Tanah Melayu ini.
(Abdullah Hussain. "Bahasa Melayu yang menjadi Igauan " dlm. Dewan Masyarakat, hlm.30-31, 1987 )
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jan 7, 2008 6:05:48 GMT -5
ulat bulu naik daun.......
|
|
LeeSeungPitt©
Berater (BossMu)
hey!! yOu i miss yOU...........
Posts: 597
|
Post by LeeSeungPitt© on Jan 1, 2010 23:28:56 GMT -5
ekekekkee... daun dah kena naik ngan ulat bulu
|
|