Post by minahkampung on Aug 3, 2007 4:36:51 GMT -5
DIHIMPIT MAKHLUK SEAKAN ORANG UTAN.
Hari ini Kiah terpaksa menggantikan rakannya yang demam untuk memeriksa peralatan makmal di universiti tempatnya bekerja. Rutin ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaannya setiap minggu. Bilangan pelajar yang terlalu ramai enggunakannya memaksa rutin ini dijalankan setiap minggu. Ini kerana, sudah banyak kali peralatan makmal berkurangan sedikit demi sedikit sehingga sukar untuk melengkapkan kajian tanpa peralatan sepatutnya.
Setelah memeriksa peralatan makmal di blok berkenaan, kiah berjalan menuju ke blok berdekatan pejabatnya, di sana, masih ada beberapa makmal yang masih belum diperiksa lagi. Sambil menoleh memeriksa jam di tangannya, kiah mengeluh udah hamper tiga jam dia di situ. Seharusnya dia pulang awal pada malam ini kerana ibunya meminta dia membawanya ke pasar raya untuk membeli barang2 dapur. Terpaksa pula kiah meminta tolong daripada dua adiknya menemani ibunya.
Seperti biasa, kiah memeriksa setiap laci di dalam makmal tersebut dan memastikan kelengkapan peralatan di setiap laci masih ada. Begitu juga dengan peralatan serta bahan2 uji kaji yang terdapat di bilik persediaan makmal. Semuanya masih berada dalam keadaan baik. Selesai memeriksa, kiah duduk di meja untuk melengkapkan beberapa boring dan menandatanganinya sebagai bukti semuanya sudah diperiksa. Sedang asyik menulis, tiba2 bulu romanya meremang. Terasa sejuk sekali udara dibelakangnya. Kiah cuba menoleh tetapi kepalanya berat sehingga tidak mampu untuknya menoleh.
Tersirap darah.
Melalui ekor matanya, kaih memandang ke kanannya. Tersirap darahnya melihat lembaga seperti di dalam bungkusan berdiri di sebelahnya. Kiah memejamkan matanya untuk memastikan apa yang dilihatnya. Namun, nyata kiah tidak bermimpi. Lembaga tersebut kini sudah benar2 berada di sebelah kanannya sambil cuba menunduk mendekatinya. Kiah cuba bergerak, tetapi tidak semena-mena sesuatu menyentuh tangan kirinya. Bagaikan mahu menangis tatkala matanya melihat tangan lain yang menyentuhnya. Sejuk, bagaikan daging beku yang baru dikeluarkan di dalam peti sejuk. Itulah yang kiah rasakan. Anak matanya melirik ke kiri dan alangkah terkejutnya, makhluk seakan orang utan yang begitu besar menggenggam erat tangannya.
Kiah kaku. Hendak menjerit, tetapi lidahnya keli. Bagaikan ada sesuatu yang menyekat suaranya daripada keluar. Hendak bangun dan melarikan diri, tangannya di pegang erat. Kakinya pula bagaikan di paku. Kiah tidak tahu untuk berbuat apa lagi. Kiah tunduk dan memejamkan matanya sekuat hati.
Entah apa2 doa dan surah2 yang pendek dibacanya kiah sendiri tidak pasti. Hatinya berkata supaya bertenang agar dia dapat mengingati surah2 pendinding diri, namun akalnya tidak mampu melakukannya. Peluh dingin yang sedari tadi memercik perlahan kini laju menuruni pipinya.
Kiah sudah menangis. Tiada siapa yang dapat membantunya. Hanya dia sendirian menangani dua makhluk yang mengganggunya. Tiba2 hilaian panjang dan menyeramkan menerjah ke telinganya. Menggigil dan lemah seluruh anggota tubuhnya. Peliknya, serta merta sahaja ringan kepalanya mendongak. Namun apa yang dilihanya lebih menakutkan. Kelibat lembaga wanita berpakaian serba putih dengan muka yang hodoh dan bertaring lagi menyeramkan kini berada di hadapannya.
Menangis melolong.
Entah dari mana dating kudratnya, kiah menjerit sekuat sambil bingkas bangun berlari menginggalkan makmal tersebut. Sambil sesekali menoleh ke belakang memastikan dirinya dapat melepaskan diri dari gangguan ketiga2 makhluk tersebut. Tanpa disedari, kaki kiah tersadung batu pada pasu bunga di koridor blok makmal tersebut memmbuatkan dirinya hampir2 terjatuh. Kiah masih terus berlari, sambil menangis melolong. Air mata yang berjuraian mengaburkan pandangan matanya sehingga kiah terlanggar dinding. Kiah jatuh tidak sedarkan diri.
¡°Mak tolong kiah mak. Tolong kiah mak. Ada hantu.¡± Kiah melolong kuat. Bertambah kuat lolongan kiah bila merasakan tangannya digenggam erat dan pipinya pedih bagaikan ditampar. Suara ibunya membangunkan kiah. Kiah memberanikan dirinya membuka mata. Dilihat, ibunya dan dua adiknya berada di sisi. Kiah berada dihospital.tiga hari kiah tidak sedarkan diri akibat insiden itu. Ibunya berkata, kiah dijumpai pengsan dengan luka di dahi akibat terhantuk di dinding.
Selepas sembuh, kiah kembali bekerja walau perasaannya berbelah bahagi. Namun, selepas insiden itu diceritakan, rutin tersebut tidak lagi dijalankan selepas kerja, tetapi dijalankan dua jam sebelum habis waktu pejabat oleh semua pembantu makmal.ini dilakukan untuk mengelakkan gangguan seperti itu berlaku lagi.
**perhatian.cerita ini adalh di kupi paste dari majalah wanita keluaran minggu lepas. harap maklum