Post by admin™ on Jan 21, 2006 8:16:04 GMT -5
[glow=black,2,300]suasana riuh diluar jendela kacaku
tari jemariku di keyboard terhenti seketika
tetiba ada rindu yang mengalir laju
pada raut wajah bondaku nun disana
apakhabarkah bondaku?
masihkah sihat seteguh dulu..
paling paling rambut bonda yang dulu hitam dan lebat
sudah menjadi nipis dan putih seperti kapas..
tubuh yang tinggi dan lampai..
paling paling sudah sedikit bongkok dan mengurus
bonda..
tetiba aku merasa sangat rindu padamu
aku gelandangan yang tak tau diri
merantau jauh meninggalkan bonda nun disana
paling paling ku kirim rindu cuma pada angin
kejam perasaan kerana mengikut kata hati
merajuk pada bonda yang menegah dengan keras
pilihanku bukan pilihan bonda
nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
tinggallah bonda tinggallah segala
kerana dia semuanya ku tinggalkan
pisang emas dibawa belayar
masak sebiji diatas peti
hutang emas boleh ku bayar
hutang budi bonda tiada bertukar ganti
namun kerana pilihan hati
kasih sayang bonda tertolak ke tepi
pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
bonda nun jauh disana terkenang jua
bonda....
telah ku regut segala suka dan duka
di rantauan seperti yatim piatu
namun kerana hati nan tegal
segalanya ku telan biarpun sekeras batu
bonda...
dalam suasana petang nan riuh ini
terkenang aku pada redup dan teduh wajahmu
terasa terdengar di daun telinga
bunyi mesin jahit
masihkah bonda rajin menjahit?
bagaimana mahu menjahit perasaan yang telah koyak
tidak sama seperti kita menjahit pakaian
bonda...
paling paling tangan bonda dulu yang mulus
telah berkedut seribu.. dan kasar
rindu.... paling paling kalau rindu mengebu pada bonda
ku kirimkan pada ingatan pada doa
supaya bonda sentiasa dalam perlindunganNya
apa daya ku ...
tuai padi dalam gerimis
anak keli meliar di bendang
bonda dalam hatiku menangis
bila terasa rindu mendatang...
[/glow]