admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 13, 2005 9:42:02 GMT -5
MENURUT Zen Ahmad, gejala penyakit pneumonia berupa napas cepat, napas sesak, demam mendadak (tinggi, kadang menggigil), napas dan nadi cepat, dahak berwarna kuning kehijauan atau seperti karet, nyeri dada, dada berdebar-debar. Gejala ekstra pada paru, mual, muntah, nyeri otot, pusing dan lesu. Pada keadaan umum batas napas cepat adalah pada saat sok frekuensi pernapasan sebanyak 32 kali per menit, pre sok 24-32 kali per menit dan baik kurang dari 24 kali per menit. Pada saat kesadaran suhu badan menurun lebih dari 39 derajat celsius, apatis 38-39 derajat celcius dan dalam keadaan baik lebih dari 39 derajat celcius. Sedangkan batuk sering dan mengganggu.
|
|
dewi
Geng KenalMesra Kandang
Posts: 18
|
Post by dewi on Jun 17, 2005 3:43:05 GMT -5
kalau pasal penyakit i memang kurang arif but bile i tengok my mum or myfriend selalu saje terbatuk2, ini termasuk dalam kumpulan pneumonia juge ker teruk tak bile seseorang terkena penyakit ini.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 17, 2005 6:26:20 GMT -5
penyakit ni ada beberapa tahap kritikalnya.. kalau cam I ni tunggu saatnyer jerk.. lee.... hehe batuk2 tu cepat2 makan ubat batuk cap ibu dan anak..dan pun ubat batuk cap kapal laut.. tapi kalau asma ada kawan saya yang kena asma.. kesian.. tengok dia.. ubat asma laks mahal gila.. cam ubat saya gak.. hee nanti kita risik lagi cam ner penyakit tu leh sangkut..sedang buat kajian ni.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2006 21:23:25 GMT -5
KESAN SAMPINGAN UBAT - UBATAN
Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.
Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.
Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.
Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya. Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam seleselma dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbullah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab. Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan.
Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat ' gastritis ' sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin. Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah. Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.
Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia .
Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini . Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan. Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan. Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi adalaporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi saya tegaskan disini bahawa ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.
Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya. Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.
Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.
Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ). Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.
Kesimpulan
Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan. Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketapikan.
Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Jun 20, 2006 21:32:16 GMT -5
Pneumonia Symptoms
After having symptoms of a mild upper respiratory tract infection, such as a runny nose and mild cough, children who develop pneumonia may have a sudden worsening and develop other symptoms, including: worsening cough fever increased respiratory rate (tachypnea) retractions (labored breathing) wheezing (usually a sign of viral pneumonia) cyanosis decreased breath sounds crackles chest pain abdominal pain vomiting nasal flaring Diagnosis of Pneumonia Most cases of pneumonia are diagnosed clinically, meaning that your Pediatrician makes the diagnosis after examining your child based on your child's symptoms and after a physical exam
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Aug 11, 2006 12:43:12 GMT -5
Penyakit Pneumonia Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong
Pneumonia ialah sejenis jangkitan serius oleh bakteria atau virus yang menyerang di bahagian paru-paru. Penyebab yang paling lazim ialah serangan bakteria streptococcus pneumoniae, atau pneumokokus. Penyakit ini merupakan penyakit utama di kalangan kanak-kanak dan merupakan satu penyakit serius yang meragut nyawa beribu-ribu warga tua setiap tahun.
Bakteria ini juga boleh menyebabkan jangkitan invasif dalam darah (bakterimia) dan lapisan yang melindungi otak (meningitis).
Penyakit invasif pneumokokus boleh dicegah dengan vaksin pneumococcal yang boleh diberi serentak dengan vaksin influenza, tetapi pada bahagian tubuh yang berlainan.
Vaksin ini amat selamat dan kesan sampingannya pada biasanya adalah ringan dan sekejap sahaja seperti sengal-sengal pada bahagian suntikan, demam dan sengal-sengal otot.
Tanda-tanda serangan pneumonia
Demam panas. Sesak nafas. Batuk berkahak kuning, hijau atau perang. Sakit dada yang bertambah teruk dengan penarikan nafas, batuk, bersin dan pergerakan. Kurang selera makan.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on Sept 24, 2012 14:15:25 GMT -5
FAKTA Bakteria terhasil dalam paru-paru
PARU-PARU adalah dua organ berongga yang dikelilingi, membran lembap dan nipis dikenali sebagai selaput paru-paru (pleura). Paru-paru kanan memiliki tiga lobar (lobe - bahagian berbentuk bulat) dan paru-paru kiri memiliki dua lobar. Dianggarkan, 90 peratus paru-paru dipenuhi udara dan 10 peratus dipenuhi tisu.
Apabila seseorang itu menarik nafas, udara memasuki paru-paru dari trakea melalui bronkus. Seperti cabang pokok, bronkus ini terbahagi kepada jutaan laluan udara dinamakan bronkiol.
Pada setiap paru-paru orang dewasa ada jutaan saluran kecil dinamakan alveoli (saluran udara bersifat mikro dalam paru-paru) yang membenarkan oksigen dan karbon dioksida melaluinya dari kapilari.
Selalunya pneumonia terjadi selepas jangkitan pada bahagian atas sistem pernafasan (jangkitan pada hidung dan tekak). Apabila ini terjadi, simptom pneumonia akan mula kelihatan selepas tiga atau dua hari ditandai dengan selesema dan sakit tekak.
Sistem imun tubuh selalunya menghalang bakteria menjangkiti paru-paru, tetapi dalam kes pneumonia, bakteria akan terhasil dalam paru-paru sementara tubuh cuba melawan jangkitan ini. Tindak balas tubuh pada penaklukan bakteria ini dinamakan keradangan.
Apabila keradangan terjadi dalam alveoli ia akan dipenuhi cecair. Paru-paru akan kurang elastik dan tidak dapat menyampaikan oksigen ke dalam darah atau membuang karbon dioksida dari darah seperti selalunya.
Jika alveoli tidak berfungsi dengan baik, paru-paru terpaksa berkerja lebih keras untuk memenuhi keperluan oksigen tubuh. ini menyebabkan munculnya simptom nafas pendek. Keradangan menyebabkan banyak lagi simptom seperti demam dan sakit dada. Pneumonia boleh menjadi serius kerana ia mengganggu keupayaan tubuh menukar karbon dioksida dan oksigen.
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 21, 2016 8:14:02 GMT -5
MENURUT Zen Ahmad, gejala penyakit pneumonia berupa napas cepat, napas sesak, demam mendadak (tinggi, kadang menggigil), napas dan nadi cepat, dahak berwarna kuning kehijauan atau seperti karet, nyeri dada, dada berdebar-debar. Gejala ekstra pada paru, mual, muntah, nyeri otot, pusing dan lesu. Pada keadaan umum batas napas cepat adalah pada saat sok frekuensi pernapasan sebanyak 32 kali per menit, pre sok 24-32 kali per menit dan baik kurang dari 24 kali per menit. Pada saat kesadaran suhu badan menurun lebih dari 39 derajat celsius, apatis 38-39 derajat celcius dan dalam keadaan baik lebih dari 39 derajat celcius. Sedangkan batuk sering dan mengganggu.
Opsss alah bisa tegal memang luar biasa
|
|
admin™
AdminKandang™
BossMung kandang kamben
Hello Hello Hello Goodbye
Posts: 13,619
|
Post by admin™ on May 21, 2016 8:16:18 GMT -5
Penyakit Pneumonia Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong Pneumonia ialah sejenis jangkitan serius oleh bakteria atau virus yang menyerang di bahagian paru-paru. Penyebab yang paling lazim ialah serangan bakteria streptococcus pneumoniae, atau pneumokokus. Penyakit ini merupakan penyakit utama di kalangan kanak-kanak dan merupakan satu penyakit serius yang meragut nyawa beribu-ribu warga tua setiap tahun. Bakteria ini juga boleh menyebabkan jangkitan invasif dalam darah (bakterimia) dan lapisan yang melindungi otak (meningitis). Penyakit invasif pneumokokus boleh dicegah dengan vaksin pneumococcal yang boleh diberi serentak dengan vaksin influenza, tetapi pada bahagian tubuh yang berlainan. Vaksin ini amat selamat dan kesan sampingannya pada biasanya adalah ringan dan sekejap sahaja seperti sengal-sengal pada bahagian suntikan, demam dan sengal-sengal otot. Tanda-tanda serangan pneumonia Demam panas. Sesak nafas. Batuk berkahak kuning, hijau atau perang. Sakit dada yang bertambah teruk dengan penarikan nafas, batuk, bersin dan pergerakan. Kurang selera makan. Opssss...... penyakit urg degil tahap gaban
|
|