Post by sue_hana on Feb 2, 2007 22:40:09 GMT -5
JIKA anda selalu diserang selesema, sakit belakang dan kepala, bahu tegang, seluruh badan rasa tidak selesa, sukar berfikir dan menumpukan perhatian, mudah terganggu serta tidak boleh tidur malam, itu bermakna badan ‘memberitahu’ bahawa anda sebenarnya mengalami tekanan.
Gejala yang ditunjukkan di atas adalah reaksi badan terhadap tekanan. Ramai tidak sedar mereka sebenarnya mengalami tekanan kerana masih dapat pergi kerja dan menguruskan rumah tangga seperti biasa, walaupun dalam keadaan demikian.
Secara purata, kebanyakan orang menghabiskan 10 jam sehari di tempat kerja. Justeru, tempat kerja memberi kesan besar dalam kehidupan dan kesihatan mental setiap orang.
Semua orang bekerja, sama ada makan gaji, bekerja sendiri atau suri rumah. Jangan ingat suri rumah adalah ‘kerjaya’ mudah kerana kerja mereka bermula sebaik bangun tidur dan hanya berakhir apabila masuk tidur semula pada waktu malam. Tekanan dihadapi sesetengah suri rumah mungkin lebih tinggi berbanding individu yang makan gaji, terutama jika mereka turut berdepan masalah rumah tangga.
Ramai menganggap tekanan adalah dugaan atau asam garam kehidupan yang harus ada dan tidak perlu dirisaukan. Ada yang berpendapat hidup tanpa dugaan tidak bermakna kerana asam garam seperti inilah yang menjadikan hidup lebih ‘berwarna-warni’ dan boleh mematangkan fikiran kita.
Syukur jika anda berfikiran positif begini. Persoalannya, berapa ramai boleh menerima tekanan atau dugaan sebagai penggerak untuk memajukan diri? Ini yang menyebabkan ramai mula mengalami masalah kesihatan serta tekanan emosi dan mental.
Tekanan di tempat kerja dikenal pasti punca masalah kesihatan yang berkembang secara perlahan-lahan jika tidak ditangani. Tekanan berkaitan kerja memang banyak. Kadangkala perkara yang dianggap biasa seperti keadaan persekitaran, suasana, penggunaan alat baru dan pendekatan kaedah kerja baru juga boleh mendatangkan tekanan.
Selain masa kerja yang lama, terlalu kerap berubah bidang tugas juga boleh memberi tekanan emosi. Itu belum masuk hubungan antara rakan sekerja, orang atasan, majikan atau pelanggan.
Perkembangan kerja juga mempengaruhi kestabilan emosi dan minda seseorang. Ramai kecewa apabila kesetiaan dan kesungguhan mereka melakukan tugas tidak dihargai. Lebih buruk jika ia dibalas dengan kritikan tajam dan menyakitkan hati.
Penghargaan ini bukan hanya berbentuk insentif seperti kenaikan gaji atau pangkat, tetapi ada juga ketua unit tidak pandai memberi penghargaan mahupun pujian terhadap usaha yang dilakukan pekerja mereka.
Keadaan seperti ini menyebabkan ramai kerap bertukar kerja. Ada yang sanggup meninggalkan pendapatan lumayan semata-mata mahukan persekitaran lebih baik dan ceria kerana ia boleh memberikan kepuasan bekerja.
Malah, perubahan struktur organisasi, pengurusan baru, terlalu kerap syarikat diambil alih dan kedudukan kewangan syarikat yang tidak kukuh juga boleh menimbulkan kebimbangan serta tekanan kepada pekerja.
Sebenarnya kita memerlukan tekanan untuk kekal produktif dan berdaya saing. Namun, tekanan berlebihan boleh menjejaskan prestasi kerja dan kesihatan.
Banyak perkara yang kita lakukan boleh menyebabkan tekanan kepada badan, termasuk bersenam. Kita masih memerlukan tekanan dalam hidup. Sama ada tekanan fizikal atau psikologi, ia akan merangsang penghasilan hormon kortisol, epinefrin dan norepinefrin.
Kesannya, jantung berdegup cepat, tekanan darah meningkat, kepekaan bertambah dan paras gula dalam darah juga menjadi lebih tinggi yang membuatkan kita bertenaga untuk melakukan banyak perkara.
Justeru, ada yang berpendapat tekanan adalah sumber tenaga segera dan menjadikan seseorang berasa lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan.
Ada penyelidik percaya, tekanan yang menjadi sumber tenaga segera (dan singkat) ini mampu meningkatkan daya ketahanan badan dan memperbaiki ingatan. Kita memerlukan sedikit tekanan untuk menjadi efektif. Contohnya, apabila kita dalam keadaan terdesak untuk menyiapkan tugas sebelum tarikh tertentu. Biasanya dalam keadaan ini kita mampu bekerja lebih baik dan berfikir dengan cepat.
Walaupun ia memberi kesan positif, lambakan hormon tekanan melebihi 24 jam boleh mendatangkan banyak masalah. Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan tekanan emosi kronik yang berlanjutan beberapa minggu atau bulan. Akibatnya tekanan darah meningkat dan seseorang itu berisiko mengalami masalah jantung atau kemurungan.
Justeru, apabila menyedari badan mula menunjukkan tanda tertekan, anda perlu lakukan sesuatu untuk mengatasinya. Kita tidak dapat lari daripada tekanan, tetapi ia boleh ditangani dan diuruskan dengan baik.
Gejala:
Sentiasa resah.
Emosi mudah terganggu (walaupun disebabkan perkara kecil).
Lesu.
Sukar menumpukan perhatian.
Tiada semangat atau motivasi untuk bekerja.
Hilang selera.
Menjadi agresif.
Sentiasa berasa bimbang.
Rasa tidak selesa.
Banyak minum minuman keras.
Sukar tidur atau kerap terjaga di tengah malam dan sukar menyambung tidur semula.
Kerap diserang selesema.
Sakit kepala.
Sakit seluruh badan, terutama belakang.
Sesetengah orang mula mengalami masalah kelemumur.
Otot terasa tegang dan sakit. [/font]